Wednesday, January 28, 2009

Al-Fatihah...Perginya Tak Kembali...

"Innalillah wa inna lillah hi rojiun..."
~Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita kembali~

hurmm...tak tau aku nak mulakan dari mana...rasa sedih dan simpati atas nasib sepupuku ini masih bersarang dihati...gini citernya...malam tadi masa aku dok terkelip² nak tido, aku menerima satu sms yang berbunyi begini dari Nuhaini (sepupu aku yang sebaya dengan aku) "kakde, suami ha meninggal semalam" gulpss...termanggu aku seketika...betulkah meseh yang aku terima itu...betul kah???lantas aku terus menelefon tuan empunya diri tuk bertanya tentang kesahihan cerita tersebut...

sedih benar aku rasa, bila kedengaran suara yang agak lemah di ujung talian...aku tau ha mesti masih bersedih di atas pemergian suami tercinta...yang lebih menambahkan kesedihannya itu, suaminya pergi ketika tidur...kata ha lagi...melalui hasil post mortem yang dibuat oleh pihak hospital, tiada spesifik penyakit yang mengakibatkan kematian...ni dikira cam sudden death la...subhanallah...besarnya dugaanMU itu keatas sepupuku itu...itu terjadi pada ha...kalu pada aku???huwaaa...tak dapat aku bayangkan keadaan aku tika dan saat itu...aku harap ha tabah menghadapi hari2 yang mendatang dalam membesarkan anak² mereka walaupun tanpa suami disisi...

untuk pengetahuan semua, ha adalah sepupu aku yang paling rapat...sebab kami adalah sebaya...dulu dia pernah mengikuti kursus pra sains selama 1 tahun di ITM Jengka...dan menyambung diploma dalam bidang Sains Komputer di UiTM Arau Perlis...dan dia telah berkahwin dengan orang perlis dan sekarang menetap di Perlis jugak sebab skang dia bekerja di Jabatan Akauntan Negara di perlis...

hurmm...tu jelah yang dapat aku taip tuk ha...sebab aku memang speechless...masih teringat² apa yang kami borakkan semalam...aku memang bersimpati dengan nasib ha...lagi pulak, aku belum pernah mengenali suami sepupuku ini...

Peringatan Bersama:
ni sebagai peringatan bersama...selagi hayat pasangan masing² masih dikandung badan, hargailah mereka...kerana apabila kita kehilangan salah sorang di antara kita, barulah kita mengerti dan tahu apa erti penghargaan...belajarlah untuk menghargai diantara satu sama lain...


WANITA AKAL SENIPIS RAMBUTNYA
Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walaupun ada segalanya
Apa yang tidak ada dalam syurga
Namun…
Adam tetap rindukan Hawa
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri
Dijadikan wanita itu dari tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tapi kalau sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok
Menghasilkan bayang-bayang yang lurus
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka semakin liar
Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan
Nantinya mereka semakin menderita
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Disitu punca kekuatan dunia
AKAL SENIPIS RAMBUTNYA
Tebalkan dia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera
Hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
Mereka lihat nilaian dan keadilan Tuhan
Bisikkan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Ia bukan dikriminasi Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pastikan tidak terhibur dan tidak menghiburkan
Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus
Bahkan akan terus membengkok
Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya
Apabila wanita derhaka
Dunia lelaki akan huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharap ketaatan
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Illahi
Pimpinlah dirinya sendiri kepada-Nya
Jinakkanlah diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu
“JANGANLAH MENGHARAP ISTERIMU SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHARA
ANDAI PERIBADIMU TIDAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARAM ALLAH WAJHAH…”

saat² bahagia ha dan arwah suami bersama anak sulung mereka...Aiman Najmi

ha bersama kedua2 anaknya Aiman Najmi dan Aniq Naufal

Tribute to Ha...harap ha tabah dalam mengharungi dugaan yang Allah berikan ini...Allah sayangkan arwah suami ha tu...ajal maut ditangan tuhan kan...tu masa dia...masa kita tahkan bila...dan yang pastinya seme yang bernyawa akan dijemput 'pulang' suatu hari nanti...

6 comments

Wednesday, January 28, 2009 10:22:00 AM

Al Fatihah utk biras Izan... semoga rohnya di cucuri rahmat n diletakkan di samping orang2 yang beriman.. amin.. n semoga spupu ngko tu tabah mengharungi dugaan..

Wednesday, January 28, 2009 10:34:00 AM

alfatihah.. mati semata tidur, sama ngan cousin aku.sedihnya..berat bahu memandang, berat lagi bahu memikul!

Wednesday, January 28, 2009 10:42:00 AM

ade 1 aritu... ktorg tgh tgk tv.. tetiba ade iklan yg pasal derma2 organ ni... yG ckp 'klu sy mati tlg dermakn seme organ2 sy'... huwaaaa aku terus nangis... aku ckp 'yG tlg la jgn mati'... boleh ke aku ckp camtu... sedangkan aku sendiri sedar yg 'pegang nyawa' kte bukan la kte sendiri... tiap kali aku teringat ayat yG... aku akan sedih + nangis...

tiap hari aku ingatkan diri aku utk menyayangi suami aku... semua kelebihan dan kekurangan dia... sbb bile dh terlambat... xde ape yg boleh aku buat... uwaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, January 28, 2009 10:44:00 AM

aku sedih ar...sedih sangat...walaupun kekadang dalam idup kita, kita kekadang makan ati gak ngan sikap suami...tapi hakikatnya, kita sayangkan suami kita kan...saper tak sayang suami...berjujuran air mata aku masa menaip ni...sedih ar...sedih sesangat...aku sayang somi aku walau camner keadaan dia sekalipun...

Wednesday, January 28, 2009 2:04:00 PM

takziah untuk sepupu zan, semoga dia tabah menghadapi kehidupan yang mendatang.. bukan senang nak pikul tanggungjawab jaga anak2 yang masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang seorang ayah..

betul kata nora, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. tak semua orang diduga dengan ujian seberat ini..

Sunday, February 01, 2009 12:21:00 PM

alfatihah tuk arwah...dan takziah tuk ha...mcm pernah izan kenalkan je...

aku ni lagi la selalu pk negative....aku selalu nangis tiba2...sbb aku bayangkan anak2 aku ke mati, suami ke mati....aku menangis sungguh2 tau...

betul kata mreka...berat mata memandang berat lagi bahu memikul...

Post a Comment