Thursday, March 5, 2009

Petua

Disini ada sedikit info dan diharap menjadian panduan berguna buat dikongsi bersama-sama terutama kepada suami isteri yang baru berumahtangga untuk merancang keluarga….Ketahuilah, untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan, semuanya boleh dirancang..

Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama
1. Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman)

2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan

3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah

4. Minuman berhalia juga bagus (suami juga - utk kepekatan air mani)

Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:
Sebelum & Selepas:

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormonsuami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging

2. Banyakkan makan yg berasid

3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama“Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)
Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.

Tips untuk mendapatkan bayi perempuan :

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.

2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, sosperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;Suami membawa XY, isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)
5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali

2. Banyakkan makan buah-buahan

3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :
1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)
Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.
GAMBAR SEKADAR HIASAN...


1. Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan

2. Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan


NOTA: bila korang nengok fizikal perut aku tu kan, mana satu keadaannya...situasi pertama atau yang kedua???

16 comments

Thursday, March 05, 2009 10:03:00 AM

aku nk anak 2nd girl... anak 3rd br boi.. ok x

sahabat
Thursday, March 05, 2009 10:03:00 AM

wahh...leh praktikkan ni, info yang bermaklumat

Thursday, March 05, 2009 10:09:00 AM

noj...ok jek...kata ko nak anak 10 orang kan...hehehe

Thursday, March 05, 2009 10:26:00 AM

aku dah amal kan petua ni..mmg menjadi...kiranye aku la testimonial ek...ehehehe

Thursday, March 05, 2009 10:33:00 AM

ha...yelah, ko lah testimoni pertama...ihikss...aku tak amalkan apa²petua pung...:P

Thursday, March 05, 2009 10:51:00 AM

bb boy..meruncing ke depan

Thursday, March 05, 2009 10:54:00 AM

sha...tak acilah gini..sebab ko dah tau result scan...huh...

Thursday, March 05, 2009 10:59:00 AM

aler tak perlu scan pun aku scan sendiri dari mata hati

Thursday, March 05, 2009 11:45:00 AM

mek..rasanya perut ko tu mmg confirm boy..kuat kicking tak skang?

Thursday, March 05, 2009 12:38:00 PM

maknanya aku kena selalu bagi bontot la masa tido ngan laki aku??gitu?

Thursday, March 05, 2009 1:01:00 PM

nora-haah...gitulah...jangan main ikut montot sudah...:P

kak yatispeed-haah...yang ni memang lagi kuat kicking dari kakak dia dulu..lain sesangat la...

Thursday, March 05, 2009 2:33:00 PM

1. Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan

2. Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan

masa anum ngandung, perut dia meleper @ membulat rata ke kiri dan ke kanan, tup tup keluar mat aqil. hehe..

Thursday, March 05, 2009 2:38:00 PM

aku tengok serupa jer zan oi...bab tengok perut2 bulat ke muncung ker aku tak berapa pandai sangat la..hang bagi penerangan kat aku skit..perut hang kat atas n bawah tu anak apa...ekekekkee

Thursday, March 05, 2009 2:44:00 PM

sue...tu gambar masa kandungan skang la...bukan kandungan yang berbeza...alahaii...

Thursday, March 05, 2009 2:45:00 PM

ntah..aku dulu masa ngandung airol pun alahan teruk..cuma ader hitam2 ler kat leher semua bagai kan..tapi yang ni aku takder jerawat..takder hitam2 bagai..tak tau lah...tido pun asyik nak mengiring ajer..suka makan buah..air gas..masa airol dulu suka sup2..ntahlah..aku tak amalkan apa2 petua pun nak dapat jantina anak..aku pasrah ajer...

Friday, March 06, 2009 12:28:00 PM

zan, masa akak ngandung farhan suka nor tido ngiring ke kanan, dan masa emily plak, suka nor tido ngiring ke kiri.. tu suratan atau kebetulan ek?

Post a Comment