Thursday, July 15, 2010

.:Kaedah Perancangan Keluarga:.

hai...sila baca artikel di bawah dengan tenang...aku skang mencari perancang keluarga...dan masih kabur2 nak guna kaedah yang mana satu...rupanya banyak kaedahnya...seperti di bawah...irfan sekarang dah setahun 4 bulan...ekseli aku memang merancang untuk TIDAK HAMIL dalam waktu terdekat ni...maybe umur irfan dalam 5-6 tahun aku akan fikirkan semula...

eh lupa...ni entry lama ni...aku up balik sebab malas nak copy paste menda yang sama ok...so korang jangan keliru ye...hanya untuk perkongsian bersama...

*************************
Perancangan Keluarga

Mencegah kehamilan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, alat, ubat-ubatan atau prosedur pembedahan. Pencegahan kehamilan membolehkan anda menikmati kehidupan seksual tanpa perlu bimbang tentang kehamilan. Hasil kajian dan penemuan perubatan kini terdapat pelbagai cara untuk mencegah kehamilan. Anda perlu mendapatkan nasihat pakar kerana kaedah yang dipilih adalah bergantung kepada keadaan kesihatan, kehidupan sosial dan jarak kandungan. Semua kaedah mencegah kehamilan adalah berkonsepkan untuk menghalang persenyawaan dan penempelan embrio.
Berikut merupakan antara senarai pencegahan kehamilan yang terdapat di pasaran;

1. Pil pencegah hamil (OCP)
2. Alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD)
3.Implan pencegah kehamilan
4.Suntikan pencegah hamil
5.Topi serviks
6.Diafragma
7.Kondom untuk wanita
8.Kondom untuk lelaki
9.Mengikat tiub
10.Vasektomi
11.Kaedah berkala (Perancangan Keluarga Semulajadi)
12.Pengunduran
13.Menyusukan

**************

Terdapat 3 jenis pil pencegah hamil:
(i) Pil pencegah hamil campuran
- Pil pencegah hamil ini mengandungi estrogen sintetik dan progestrogen (hormon yang berfungsi seperti progesteron).
- Ia menghalang ovulasi dan menyebabkan dinding endometrium menjadi nipis supaya embrio tidak dapat menempel. Selain itu, mukus di serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang ke ruang dalam uterus.
- Ianya mungkin menyebabkan haid yang pendek dan sedikit.
- Ianya mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan kenaikan berat badan pada awal penggunaannya.
- Ianya mesti diambil pada masa yang sama setiap hari berterusan sehingga 21 hari diikuti 7 hari rehat (haid akan keluar semasa tempoh rehat). Selepas 7 hari rehat, kitaran baru pil dimulakan.
- Pil pencegah hamil ini boleh dibeli di mana-mana farmasi atau klinik
- Contoh-contoh: Nordette, Microgynon, Marvelon, Mercilon and Gynera.
- Peratus kegagalan: 0.1%

(ii) Pil progesteron sahaja (pil mini)
- Pil mini hanya mengandungi hormon progesteron
- Ia menjadikan dinding endometrium menipis dan mukus di kawasan serviks menebal. Kadangkala ia juga berfungsi mengawal ovulasi.
- Aliran haid akan menjadi sedikit dan pendek. Kitaran haid juga menjadi tidak tetap. Ini menjadikan pil mini kurang popular dikalangan pengguna pil pencegah hamil.
- Ia dianggap pil yang paling lemah dan kurang kesan sampingan tetapi kurang berkesan jika dibandingkan dengan pil campuran.
- Ia diambil sepanjang tahun berterusan tanpa henti.
- Peratus kegagalan: 2%

(iii) Pil pencegah hamil kecemasan
- Pil pencegah hamil kecemasan digunakan untuk menghalang kehamilan sekiranya melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang perlindungan, dirogol atau mengesyaki kegagalan kaedah pencegah hamil contohnya kebocoran kondom.
- Ianya diambil 72 jam (3 hari) selepas melakukan seks.
- Ianya tidak setanding pil pencegah kehamilan lain.
- Tidak sepatutnya digunakan berterusan kerana peratus kegagalan yang tinggi.
- Contoh: Postinor
- Peratus kegagalan: 5%
- Cara alternatif bagi pencegahan kehamilan kecemasan adalah dengan memasukkan IUCD dalam masa 4 hari selepas menjalankan hubungan.

*******************
2. Alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD)

IUCD adalah alat kecil (3cm panjang) yang diletakkan ke dalam rahim untuk merangsang tindakbalas keradangan di dinding endometrium supaya penempelan embrio tidak berlaku.
Waktu paling sesuai memasukkan IUCD adalah sebaik sahaja haid berhenti, pada masa yang sama menggugurkan kandungan atau semasa pemeriksaan selepas bersalin (1 bulan selepas bersalin)
Terdapat 2 jenis IUCD
(i) IUCD Kuprum
- Ia mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki tiub fallopio.
- Ianya berkesan selama 3 tahun selepas dimasukkan.
- Aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas dimasukkan.
- Peratus kegagalan:<>
(ii) Progestogen IUCD (Intrauterine Contraceptive System)
- Ia mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang menjadikan mukus di serviks menebal untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
- Ianya boleh bertahan selama 5 tahun selepas dimasukkan.
- Kelebihan IUCD kuprum ialah, aliran haid tidak begitu banyak dan tidak menyakitkan.
- Peratus kegagalan: 0.1%

********************

*Implanon adalah alat seperti batang mancis, berwarna putih mengandungi etonogerstel yang dimasukkan di bawah kulit di lengan.
*Ianya dimasukkan oleh doktor terlatih dan bius setempat akan diberikan.
*Ianya menghalang ovulasi, dinding endometrium menipis maka menyukarkan penempelan embrio. Mukus di kawasan serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang ke kawasan uterus.
*Ianya boleh bertahan selama 3 tahun. Selepas tamat tempoh 3 tahun, ianya mesti diganti dengan yang baru.
*Aliran haid menjadi sedikit dan sakit ketika haid berkurang.
*Boleh menyebabkan kitaran yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan.
*Peratus kegagalan: <>

********************

*Juga dikenali sebagai suntikan mengawal kelahiran.
*Suntikan ini mengandungi hormon seperti progesteron yang menghalang wanita dari ovulasi (membebaskan telur yang matang).
*Suntikan di berikan di punggung. Dos kedua diberi selepas 2 bulan suntikan pertama diberikan dan dos seterusnya diberikan setiap 3 bulan sekali.
*Ia menjadikan aliran haid sedikit dan boleh menyebabkan haid yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan. Ini antara punca perlu menghentikan penggunaannya.
*Contoh: Depo Provera
*Peratus kegagalan: 1%

********************

*Topi serviks adalah sejenis getah berbentuk seperti topi yang secocok dengan serviks. Dengan ini, sperma akan di halang dari memasuki serviks.
*Biasanya ia digunakan bersama dengan spermisid (sejenis bahan yang membunuh sperma) yang disapu pada topi serviks.
*Ia perlu dikeluarkan selkurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi dan tidak sepatutnya berada dalam vagina melebihi 48 jam.
*Ianya mesti dimasukkan oleh doktor.
*Boleh meningkatkan risiko jangkitan serviks.
*Peratus kegagalan: 20%

********************

*Diafragma adalah getah berbentuk seperti kubah yang dimasukkan ke dalam vagina supaya menutupi serviks. Oleh itu, sperma akan dihalang dari memasuki serviks.
*Ia mesti digunakan bersama-sama spermisid (sejenis bahan yang membunuh sperma) yang disapu pada diafragma.
*Ia mesti dipasang oleh doktor.
*Ia perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi.
*Peratus kegagalan: 20%

********************


*Ia diperbuat daripada (polyurethane).
*Ia ditempatkan di dalam vagina supaya menghalang sperma dari memasuki rahim.
*Ia juga berfungsi untuk menghalang penyakit bawaan seksual.
*Lebih mahal berbanding kondom lelaki.
*Peratus kegagalan: 20%

********************

*Diperbuat daripada getah, plastik (polyurethane) atau membran semulajadi.
*Ia menghalang sperma dari memasuki vagina dan rahim.
*Membantu menghalang penyakit bawaan seksual.
*Peratus kegagalan: 4%-10%

********************

*Mengikat tiub dilakukan untuk menyumbat tiub fallopio supaya sperma tidak boleh sampai kepada telur.
*Ianya dilakukan dengan meletakkan cincin pada tiub atau memotong sebahagian daripada tiub.
*Prosedur ini mengambil masa satu hari dan insisi sepanjang 1cm akan dibuat pada pusat.
*Ia tidak akan menjejaskan kebolehan atau keinginan seksual.
*Ianya tidak boleh dipulihkan. Anda perlu pasti bahawa anda tidak mahu anak di masa akan datang dan tidak akan berubah fikiran lagi.
*Ianya dilakukan pada minggu pertama kitaran haid, 5 hari selepas pembedahan atau semasa melakukan pembedahan untuk bersalin.
*Peratus kegagalan: <1%>

********************

*Pemotongan vas adalah pembedahan minor untuk menghalang vas deferens (tiub yang membawa sperma dari testis ke urethra) dengan memotong atau mengikat vas deferens.
*Prosedur ini mengambil masa 1 hari dan pesakit akan diberi bius setempat.
*Pesakit mungkin akan merasa sedikit sakit atau tidak selesa di kawasan skrotum selepas prosedur ini. Pemakaian seluar dalam yang lembut dan longgar dapat membantu melegakan ketidakselesaan.
*Walaubagaimanapun, anda masih perlu menggunakan kaedah pencegahan kehamilan lain terlebih dahulu sehingga semen anda benar-benar bebas dari sperma. Analisis semen akan dilakukan 3 bulan selepas prosedur untuk melihat keberkesanan prosedur yang telah dilakukan.
*Kaedah ini tidak menjejaskan keinginan dan kebolehan seksual. Isipadu semen yang dikeluarkan mungkin berkurang.
*Ianya lebih murah berbanding mengikat tiub fallopio kerana komplikasinya lebih sedikit.
*Ianya tidak boleh dipulihkan semula. Anda perlu pasti bahawa anda sudah tidak berkeinginan untuk mempunyai anak sebelum menjalankan prosedur ini.
*Peratus kegagalan: <1%>

********************
11.Kaedah berkala (Perancangan Keluarga Semulajadi)

*Kaedah ini adalah berdasarkan teori bahawa telur boleh disenyawakan dalam masa 24 jam selepas ovulasi dan sperma boleh mensenyawakan telur dalam masa 3 hari selepas memasuki vagina.
*Kaedah ini sesuai diaplikasikan oleh wanita berusia 28 hingga 30 tahun yang mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hingga 30 hari.
*Ovulasi (pembebasan telur yang matang) berlaku antara hari ke 12 dan 16 bagi wanita yang mempunyai kitaran 28 hari. Maka, kemungkinan waktu subur adalah hari ke-9 (12-3) dan hari ke-17 (16+1) kitaran. Dalam erti kata lain, anda perlu menghindari persetubuhan dari hari ke-9 hingga hari ke-17 untuk mengelakkan mengandung. (Hari pertama adalah hari pertama datang haid).
*Semasa tempoh subur (hari ke 9 hingga 17) kondom boleh digunakan semasa persetubuhan.
*Ujian yang boleh ditentukan untuk menentukan waktu ovulasi.
(i) Merekodkan suhu badan normal sebaik sahaja bangun tidur setiap pagi. Kenaikan setengah darjah Fahrenheit merupakan petanda ovulasi berlaku.
(ii) Melihat perubahan pada mukus serviks. Mukus biasanya kurang melekit, lebih berair dan berbau semasa ovulasi berlaku.
*Peratus kegagalan: 20%

********************
12.Pengunduran

*Teknik ini memerlukan lelaki mengundurkan penis sebelum ejakulasi, oleh kerana lelaki berejakulasi di luar vagina maka, semen tidak memasuki vagina.
*Kaedah ini memerlukan kawalan yang baik oleh lelaki.
*Kegagalan boleh berlaku sekiranya lewat mengundurkan penis kerana cecair pra ejakulasi juga mengandungi sedikit sperma.
*Sesetengah lelaki mungkin tidak menggemari kaedah ini kerana berlaku gangguan sebelum mencapai klimaks.
*Peratus kegagalan: 20%

********************
13.Menyusukan

*Menyusukan bayi anda boleh mencegah kehamilan kerana ia melambatkan ovulasi dan haid.
*Ianya berkesan sekiranya anda menyusukan bayi anda sepenuhmya (tanpa sebarang makanan tambahan kepada bayi anda) untuk 6 bulan pertama selepas bersalin dan sebelum datang haid kembali.
*Ianya tidak berkesan selepas 6 bulan apabila bayi anda sudah mula mengambil makanan pepejal.

notadijariku: for sharing...bukan tuk perbincangan blogger pun...bincang ngan somi isteri la kan...tak gitu echa???:p

29 comments

Wednesday, April 29, 2009 9:14:00 AM

saya memilih kaedah yang ke 11... sbb nya: 1.sbb aku tak penah guna kaedah lain
2.sbb aku tak yakin ngan kaedah lain
3.sbb takut ada kesan sampingan lain.. lain orang lain pendapat.. sekian.. hehehhe

Wednesday, April 29, 2009 9:19:00 AM

aler...ce sajeskan aku kena pilih kaedah yang mana satu ni...huwaa...aku lak tak yakin nak rancang sendiri...hurmmm...camner ni???

Wednesday, April 29, 2009 9:34:00 AM

pada aku... kaedah yg ke 11 /12 pun ok... tak pun.. try guna kaedah ke 12 tu... pengunduran tu.. tapi ni somi kena main peranan la kan... ko try dulu.. kalau tak jadi.. ko try kaedah lain lak.. heheehehhe

Wednesday, April 29, 2009 9:44:00 AM

chaiitt...ko suh aku jadi penerai...takmo ar aku...kalu terbabas, aku yang naya...kes ngeri meneran masih kurasa sampai mati weii...hahaha...

Wednesday, April 29, 2009 9:58:00 AM

ya saya pun setuju ngan saudari echah..sila la pilih kaedah ke 11 puan norizan...

Wednesday, April 29, 2009 10:06:00 AM

btul2.. setuju ngan meke2 sume.. kaedah ke 11 dan 12 plg sesuai..

Wednesday, April 29, 2009 10:12:00 AM

uikss...korang ni sajeskan kat aku ker ni...ke aku ada minta sajesyen ni...huwa...

Wednesday, April 29, 2009 10:39:00 AM

la.. kan ko mintak pendapat sal kaedah yg sesuai.. ni kami bagi cadangan la wei.. terpulang nak ikut ke idak.. tapi rasanya dari amik kekdah lain lain tu.... payah gak... kekadang.. tak jadi jugak.. tu yg suh ko buat manual jek.. heheheheh

Wednesday, April 29, 2009 12:00:00 PM

aku xpakai ape2... agak2 la pastu pancut atas perut... hahahaha

Wednesday, April 29, 2009 2:23:00 PM

ini kira kekdah yg ke12 la ni kan... hehehehe... tu aku cakap.. kekdah 11/12 ni memang sesuai diamalkan untuk merancang..

Thursday, July 15, 2010 9:02:00 AM

oh yeee... saya ada cadangan baru... rasanya perancangan keluarga ni adalah perancangan suami dan isteri... bukan perancangan blogger.. hahahahahah... ko kena balik dan berbincang dengan suami la.. nak guna yg mana satu.. takut nanti masing masing ada kaedah sendiri... kan ke payah tu.. heheheehe

Thursday, July 15, 2010 9:05:00 AM

1pon tak dak.. rancang sendiri jela.. hehehe

Thursday, July 15, 2010 9:48:00 AM

thz coz share,,

Thursday, July 15, 2010 9:56:00 AM

uihh..bnyk rupenyer kaedah merancang family nie..thanks coz sharing this info..

Thursday, July 15, 2010 9:58:00 AM

uihh..bnyk rupenyer kaedah merancang family nie..thanks coz sharing all the info..

Thursday, July 15, 2010 11:36:00 AM

Saya pengguna tegar perancang keluarga dari anak pertama hingga no 2...tak pernah pulak terjadi kes termengandung jika kita ikut setiap aturan yang diberikan. Mudah je...suami selesa, isteri pun selesa. Sebab itu saya consume Shaklee iaitu alfafa kerana ia mmbuatkan kita rasa selesa dan ia mmg khas untuk keperluan seksual. Noriday cuma 6 bulan jer selepas itu saya ambil Depo Injection every 3 months. So far ok jer.

Thursday, July 15, 2010 11:46:00 AM

.:mrs fiza:.
owhhh...begitu...

.:mira ellyna:.
with my pleasure...

.:aLyNnZ:.
ok...no big deal

.:AlongAzrina:.
Depo injection tu tuk apa ye???

Thursday, July 15, 2010 12:08:00 PM

aku sll gune no 8..kdg2 klu laki aku mls nak gune no.8 dia gunela no 12..aku tak berani nak mkn2 or suntik2 ni..sbb aku ni tak suke mkn ubt..hahahaha...

Thursday, July 15, 2010 12:14:00 PM

IUD.... tak der efect pun...

Thursday, July 15, 2010 12:33:00 PM

izan, saya ada guna marvelon dari start anak pertama sampai sekarang.. nak merancang sendiri tak berani sebab masa nak pregnant yang second tu saya stop makan ubat sebulan je dah lekat... perancang keluarga yang melibatkan suami macam no 8,11,12 kena bincang ngan suami elok2... dia suami izan.. izan lebih tau dia macammana.... good luck...
p/s mana-mana cara pun ada kesan sampingan mengikut individu

Thursday, July 15, 2010 12:37:00 PM

pandai2ler nak idup!...hehe

Thursday, July 15, 2010 3:21:00 PM

saye guna no 12 dari dulu sampai sekarang..ok jek..5 tahun kawen,anak baru sorang..

Thursday, July 15, 2010 5:40:00 PM

12 agak risiko terbabas sbb sperma yg aktif akan cepat sampai dri awal secair pertama keluar...memasing benih adalh subur...jdi 11 pun boleh jugak..jdik nk lebih kita pg jumpa dr abg kt LPPKN..huhuhu...

Friday, July 16, 2010 8:45:00 AM

ermmm xde guna kekdah apa2 pun.. lalalala

tp kan aku suggest ko wt kekdah no.3..

Monday, June 06, 2011 7:26:00 PM

klu makan Postinor selepas 24jam xpe jugak kan?

Monday, June 06, 2011 7:28:00 PM

klu lewat makan Postinor lebih 24jam xpe ke? tp xsmapai 2 hari lg..

Monday, June 06, 2011 7:30:00 PM

aku makan Postinor lebih 1 hari xpe kan? tp belum lg 2 hari..xpe kan?

Monday, June 06, 2011 7:30:00 PM

klu aku guna Postinor lebih 24jam xpe kan?

Tuesday, March 29, 2016 2:44:00 PM

salam, saya nak tanya, pada 25/3/16 sy ambil postinor 2, then sy bersama suami pada 27/3/16.. perlu ke sy ambil postinor 2 lagi ?? mohon pencerahan. terima kasih

Post a Comment