Saturday, June 20, 2009

20 Perkara

20 Perkara yang anda perlu tahu tentang PENYUSUAN...

  1. Penyusuan pertama seelok-eloknya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan untuk meransang penghasilan dan pengaliran susu yang baik.
  2. Sebelum menyusukan bayi, ibu haruslah melembutkan payu dara dengan meletakkan tuala hangat pada payu dara selama beberapa minit.
  3. Susu badan mengandungi 87.5% air. Oleh itu, banyakkan minum air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
  4. Semakin kerap ibu menyusukan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
  5. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan makan apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya. Oleh itu, ibu haruslah mengawasi pengambilan kafeina, alkohol, nikotin dan gula kerana bahan-bahan tersebut mudah meresap kedalam susu ibu dan akan memberikan kesan buruk kepada bayi.
  6. Ibu yang menyusukan bayinya secara eksklusif akan kerap lapar.
  7. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusukan bayinya pada waktu malam kerana ketika itu hormon prolaktin akan dikeluarkan pada tahap yang paling tinggi.
  8. Ibu yang menyusukan bayinya dinasihatkan agar berhati-hati semasa mencuci payu dara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting bagi mengelakkan kekeringan pada bahagian tersebut.
  9. Mencuci payu dara dengan air suam adalah yang terbaik.
  10. Payu dara yang penuh dan tidak diperah akan menyibabkan bengkak dan tidak selesa.
  11. Ibu yang menyusukan bayinya tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini termasuklah pengambilan pil perancang.
  12. Bayi yang meminum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana antibodi yang berupaya melawan pelbagai jenis penyakit.
  13. Vitamin A, B kompleks, C, K, niasin dan asid folik adalah antara vitamin penting yang perlu ditingkatkan pengambilannya semasa menyusukan bayi.
  14. Susu ibu lebih mudah dihadamkan berbanding susu formula. Ini bermakna khasiat yang terkandung di dalamnya akan lebih cepat diserap.
  15. Menyusukan bayi dengan susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dengan lebih cepat.
  16. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi.
  17. Hormon oxytocin yang terkandung dalam susu ibu membantu mengecutkan rahim.
  18. 80% sel dalam susu ibu terdiri daripada 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus.
  19. Menyusukan bayi dengan susu ibu dapat mengurangkan risiko obesiti di kalangan kanak-kanak.
  20. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat dan protein yang tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka.

Sekian.

~nal~

"SHARING IS CARING"

1 comment

Monday, June 22, 2009 11:13:00 AM

ye aku tau itewww... hihihi

Post a Comment