Tuesday, June 16, 2009

Info Penyusuan Susu Ibu

Bayi Menggigit Semasa Menyusu
Kebiasaannya gigi pertama bayi anda mula tumbuh sekitar umur 4-6 bulan. Bayi anda akan suka untuk mengunyah, atau menghisap apapun yang dijumpainya (termasuk anda!) supaya gusinya yang gatal rasa lebih selesa. Sebenarnya semasa menyusu bayi tidak boleh mengigit kerana dia tidak boleh melakukan dua kerja (menggigit dan menyusu) ini secara serentak. Jadi apabila dia telah habis menyusu, cepat-cepat pisahkan puting anda dari mulutnya sebelum dia mula menggesek gigi. Jika dia sempat menggigit, katakan "JANGAN!", pisahkan mulut bayi dari puting anda. Rehat untuk seketika (2 minit) dan kemudian sambung semula. Jika bayi anda melakukannya lagi, katakan lagi "JANGAN!" dan jauhkan mulut bayi anda dari puting.

Kandungan susu Ibu dan Kandungan Susu Formula
Bayi terutamanya yang baru lahir memerlukan jumlah tenaga, protin, karbohidrat, lemak, elektrolit, mineral dan vitamin yang khusus. Ini dibekalkan dalam kadar yang tepat dan seimbang oleh susu ibu, dengan tambahan antibodi yang penting untuk bayi melawan jangkitan sepanjang bulan-bulan awal kehidupannya. Susu ibu dicipta khusus untuk bayi, manakala penyusuan selain daripada ini mengandungi kurang bahan-bahan yang terdapat dalam susu ibu. Daripada 200 elemen yang dikenalpasti dalam susu manusia yang kompleks ini, hanya 30 sahaja yang dapat dihasilkan di dalam susu formula.
Hormon Prolaktin untuk Penghasilan Susu
Prolaktin adalah hormon yang dihasilkan oleh kalenjar pituitari yang membolehkan berlakunya penyusuan susu ibu. Pada akhir kehamilan, kalenjar ini akan menghasilkan lebih banyak prolaktin. Hormon penting ini menyebabkan berlaku beberapa perubahan terhadap badan anda:
Susu badan dihasilkan
Haid terhenti (amenorrhea)
Keinginan seksual (libido) berkurangan

Setelah penyusuan susu badan berhenti, tahap prolaktin akan menurun semula ke normal dan haid akan kembali seperti biasa. Minda mengawal jumlah prolaktin yang dihasilkan menggunakan bahan kimia semulajadi yang dipanggil dopamine. Lebih banyak dopamine dihantar oleh kalenjar pituitari, maka semakin berkuranglah hormon prolaktin dihasilkan.

Prolaktin juga boleh meningkat sedikit sewaktu dalam keadaan tidur, tekanan, hubungan seks, senaman, rangsangan puting payudara dan ubat-ubatan tertentu.

Ibu Menyusu dan Kesuburan

Kesuburan seseorang wanita yang menyusu lebih bergantung kepada corak penyusuannya dan sejauh mana tindak balas tubuhnya terhadap hormon penyusuan.Kekerapan dan tempoh masa, jika dikurangkan (lebih-lebih lagi jika dilakukan dengan mendadak) mungkin membolehkan kesuburan kembali lebih awal kepada keadaan seperti sebelumnya.Penyusuan yang lebih diberi tumpuan kepada waktu malam juga melambatkan kesuburan kembali.Bagaimanapun, ketiadaan kembalinya haid tidak bermakna anda tidak subur. Ada wanita yang terus hamil selepas kelahiran tanpa didatangi haid sebelumnya.Secara purata, kajian melaporkan haid kembali datang selepas kira-kira 15 bulan. Hanya lapan peratus wanita yang lambat di datangi haid sehingga melebihi dua tahun.

"SHARING IS CARING"