Monday, July 20, 2009

Pa & Ma Edisi Ogos 2009

korang yang melanggan majalah pama ni amacam???dah dapatkan senaskah tuk bulan ni???baik korang dapatkan cepat...sebab bagi aku as bf mommy kan, isi kandungan tuk bulan ni, sangatlah menarik dan penuh dengan info2 yang berguna tuk aku terutamanya...tak rugi kalu korang milikinya...yelah, kali ni banyak kupasan berkenaan dengan minggu penyusuan ibu kan...bagi bakal2 ibu tu leh ar tambah ilmu di dada berkenaan dengan penyusuan ibu secara eksklusif gini...

Antara kupasan yang menarik untuk perkongsian bersama...
5 tips penyusuan susu ibu di depan khalayak
  1. Yakin Diri- Jangan ragu² untuk melakukan penyusuan depan khalayak. Fikirkan bahawa anda mahu memberikan yang terbaik untuk anak anda
  2. Fokus- Anda harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.
  3. Lokasi-Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.
  4. Pakaian khusus-Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan poncho atau nursing wear ketika menyusukan bayi
  5. Bantuan- Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi 'dinding' sementara saat penyusuan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu.
"SHARING IS CARING"

2 comments

Monday, July 20, 2009 10:13:00 AM

dah ade ke..aku tak bli lg la..aku mmg pelanggan tetap n setia mjlh ni..mmg bagus..byk ajo aku utk jadi umi yg lbh baik..kene gi cr cpt ni..

Monday, July 20, 2009 10:21:00 AM

tulah pasal lia...dan info pasal penyusuan ibu pun banyak...leh tokok tambah ilmu yang sedia ada...cpat p dapatkan sebelum kehabisan...

Post a Comment