Monday, July 20, 2009

Pocong???Kat Jengka Aku???

tadi en hubby sms bitau, suh baca metro page 12...alahaii...biar betul weii...takut aku ni...korang leh baca berita selanjutnya kat SINI....

MARAN: Penduduk di Felda Jengka 4, dekat sini, dikejutkan dengan kemunculan kelibat makhluk berbalut kain kapan dipercayai pocong berdiri di perkarangan sebuah rumah, pagi kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kemunculan lembaga itu disedari seorang lelaki, Abdul Rahman Sabie, 25, sempat merakamkannya menggunakan telefon bimbit ketika pulang ke rumah.Menceritakan semula detik menakutkan itu, dia berkata, kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak di perkarangan rumah jirannya merenung tajam ke arahnya.Menurutnya, dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah pocong berkenaan berikutan keadaan gelap sebelum memberanikan diri merakamkan gambar makhluk itu.

Katanya, sebelum ini, makhluk sama pernah diceritakan penduduk lain, malah dia tidak menafikan ini kali ketiga dirinya melihat kelibat berkenaan.
“Sebaik sampai di rumah, saya membuka pintu dan secara tiba-tiba saya memalingkan muka ke arah rumah jiran dan ketika itu saya terlihat kelibat pocong terbabit.“Berderau darah saya apabila melihat kelibat terbabit yang langsung tidak bergerak sebelum memberanikan diri merakamkannya menggunakan telefon bimbit,” katanya.Abdul Rahman berkata, dia sebenarnya bukan orang yang senang percaya dengan benda pelik sebegini tetapi selepas melihat dengan mata sendiri berasa ada kebenarannya.

Katanya, sebelum ini, rakan sering mengusik dan bercerita mengenai pocong biarpun mereka sendiri tidak pernah melihat sebelum dia menyaksikan secara terbuka.“Saya melangkah perlahan-lahan ke arah kelibat yang berbalut kain putih berkenaan dengan harapan dapat merakam gambar lebih jelas sebelum makhluk itu menghilangkan diri.“Berikutan itu, saya terus berpaling dan berlari masuk ke rumah dan tidak berani melihat rakaman gambar dalam telefon bimbit berkenaan kerana terlalu takut,” katanya.Abdul Rahman berkata, dia melihat semula rakaman gambar itu dengan jelas sebelum terlihat bayangan tubuh putih memandang ke arahnya lalu menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.

apa komen korang...???ngeri weii...

5 comments

Monday, July 20, 2009 2:51:00 PM

ishh..tak bleh nak balik raya neh...mcono...minta derang potong dhan kelapa sawit..gelap..

Monday, July 20, 2009 2:53:00 PM

uikss...tu alasan takmo balik raya sana la tu...ishh...alasan tak munasabah langsung...huhuhu

Monday, July 20, 2009 4:34:00 PM

tul tul tul.. alasan jek tuh..

Monday, July 20, 2009 4:45:00 PM

mak aih....seramnyee... baru semalam balik Chenor...ahaks... jangan pocong tu merayap sampai ke Chenor udah la....wekekekek...

Monday, July 20, 2009 4:54:00 PM

tatut..eee..diri bulu roma tgk gambar tuh..

Post a Comment