Wednesday, December 30, 2009

2009 Hampir Melabuhkan Tirainya

salam semua...diam tak diam, tinggal beberapa hari jek lagi kita semua akan meninggalkan tahun 2009 ini...bagi aku, banyak perkara suka dan duka yang berlaku sepanjang tahun ni...yang paling beerti buat KAMI sekeluarga, adalah kelahiran si putera yang menjadi pelengkap idup kami suami isteri...baiklah, sebelum aku pergi dengan lebih jauh lagi, sudilah kiranya aku nak kongsi bersama perkara² atau tragedi² yang berlaku sepanjang tahun 2009 ni...dimulakan percutian bersama keluarga di Bukit Fraser pada 29 Januari 2009 yang lalu sempena ulangtahun perkahwinan KAMI berdua yang ke 3...syukur padaMU ya Allah kerana memberkati ikatan perkahwinan di antara KAMI berdua...
kendian, pada 2 Mac 2009 yang lalu, KAMI bertiga telah meraikan hari lahir en suami yang ke ? tahun...hanya sebiji kek yang mampu dihadiahkan pada tahun ni...memandangkan time tu aku sedang sarat mengandungkan dak ifan dan proses keluar masuk sepital yang berkali² akibat kontraksi yang tidak menentu...hehehe...ye ar, ada ke patut si suami suh aku bersalin time ni...katanya biar tarikh lahir si anak sama ngan tarikh lahir dia...tapi kita hanya mampu merancang, segalanya Allah jua yang menentukan...dan tarikh yang ditunggu selama 40 minggu telah pun tiba...ekseli due date aku pada 2 April 2009 tapi pada 20 Mac 2009 itu, lahirlah si putera yang diberi nama HADIF NASR IRFAN...irfan lahir di kala kandungan si ibu genap 37 minggu...dialah pelengkap idup kami sekeluarga...si adik dan si kakak...
manakala pada 16 Mei 2009 telah diadakan majlis cukur jambul dak irfan di rumah mak aku di Jengka...gambar ni memang aku tak wat entry...yang ni baru teringat nak publish...dan selain majlis tersebut, juga berlangsungnya majlis perkahwinan adik perempuan bongsu aku itu...maaf...tiada gambar disertakan...
pada 24 Mei 2009 pula, kami sekeluarga telah sepakat untuk mengadakan majlis kesyukuran sempena ulangtahun kelahiran si kakak yang ke 2 tahun...time ni jelah leh wat majlis makan²...pasni maybe potong kek kami 4 beranak jelah...tadop bajet...sob...sob...eh, ada dalam perancangan tuk buat majlis 1st besday si adik tu...tapi kena bajeting awal² la kan...tu pun bergantung pada rezeki...insya'Allah dengan izin Allah...
alhamdulillah...pada tahun ni jugak, merupakan tahun yang bermakna buat aku...aku telah dianugerahkan APC 2008...syukur padaMU ya Allah diatas rezeki kurniaanmu ini...makanya pada 25 Jun 2009 telah berlangsungnya majlis APC untuk jabatan aku...
wishlist yang pertama untuk tahun ini telah terlaksana pada 27 Jun 2009...yakni aku telah berjaya memiliki pam Spectra 3 yang sangat aku idamkan demi untuk merealisasikan hasratku untuk fully bf irfan secara eksklusif...pam tersebut masih berkeadaan elok dan dijaga dengan rapi sehingga kini...
dan buat kali pertamanya iaitu pada 3 Julai 2009 kami pulang berempat ke kampung halaman my hubby di Guar Perahu...dan peluang tersebut kami ambil bersiar² di Pantai Batu Feringgi dan jalan² di pulau pinang...
ekoran dari stok susu yang melimpah ruah, KAMI suami isteri telah sepakat untuk membeli chest freezer untuk menyimpan stok² susu dak irfan...dan akhirnya pada 29 Julai 2009, peti tersebut berjaya dimiliki dan terletak megah di sebelah Toshiba kesayangan KAMI...
akhirnya hasrat KAMI untuk membawa si kakak ke Zoo Negara telah dapat dilaksanakan...tanggal 8 Ogos 2009, KAMI sekeluarga telah melawat Zoo Negara...di sana kakak belajar banyak menda...dan dia sangat seronok dengan aktiviti sebegini...tanggal 28 Ogos 2009 yang lalu, umurku telah menginjak pertambahan 1 angka lagi (terpaksa dirahsiakan...ngeri woo...one more year i become 30 an...oh no...sangat tak percaya ok...) dan di hari lahirku ini, aku telah menerima satu kejutan...dapat a bouquet of roses dari my lovely hubby...alahaii...dah lama tak pat bunga gini...dulu masa belajar kat itm...hari² dapat tau...ekekeke...a-la-makkkk terlepas citer ar plak...jangan amik ati ye bang...lebiu so much la...
kalu ada suka, pasti ada duka...pada 3 September 2009 lalu, kakak terjatuh di taska...aku tak pasti atas kecuaian sape...sama ada si anak sendiri atau pihak jagaan...yang pasti, satu benjol besar telah terbit di dahi kakak...meruntum jiwa si ibu bila nengok keadaan si anak ini...hurmm...
20 September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430 hijrah...dan tahun ini, buat pertama kalinya KAMI beraya berempat...lengkap rasanya sudah keluarga kecil KAMI...dan pada tahun ini, KAMI memilih tema hijau (again???) untuk KAMI sekeluarga...
pada 1 Oktober 2009 satu jamuan sempena sambutan hari raya aidilfitri telah diadakan di opis...dan seluruh warga DCA dari setiap bahagian turut sama memeriahkan majelis...
hasratku untuk menggantikan carseat dak irfan dari yang ini...
kepada yang dibawah ini, telah tertunai pada 7 Oktober 2009...KAMI telah membelinya di JJ Equine Park dengan harga yang murah yakni RM159.00...tujuan utama carseat tersebut harus ditukar, memandangkan irfan sudah pandai duduk di kala itu...
apa yang boleh aku katakan, rezeki datang lagi...bila KAMI terpilih untuk memenangi TV LCD cap philips yang bersaiz 32 inci dari Anmum Sdn. Bhd...dan pada 28 Oktober 2009, tv tersebut telah selamat kami terima...syukur padaMU ya Allah di atas rezeki pemberianMU ini...amin...
ekoran dari kemenangan tv tersebut...KAMI sekali lagi dikejutkan berita baik dari pihak Anmum (tak sesia jadi pengguna tegar Anmum)...dan pada 6 November 2009, aku telah menerima 7 kotak susu Anmum 650g...semuanya rezeki si anak...terima kasih Anmum...

29 November 2009...KAMI ke Kuala Gandah yang terletak di Lanchang untuk melihat gajah di pusat jagaan tersebut...
dan semalam 29 Disember 2009, satu miting berkenaan dengan kenaikan yuran taska telah diadakan...dan miting telah sebulat suara, membenarkan kesemua penjaga yang menghantar anak di taska tersebut membuat bayaran secara ansuran...hurmmm...tak pelah kan, sekurangnya dapat gak lah rolling wang yang mana ada...nak dapat pengurangan buat masa sekarang memang susah sikit ar, terutama sekali bila pengurusan bertukar tangan...tapi aku amat berharap agar pengurusan dapat dipertingkatkan bila bertukarnya pihak pengurusan ini...

dan hari ini tanggal 30 Disember 2009, bos aku cuti...tu yang aku sempat buat entry ni...kalu idak tak pat la kan...dan lama jugak la tak bertukar² entry aku tu...hahaha...dan esok merupakan hari yang terakhir kita berada di tahun 2009...harap apa yang belum tercapai di tahun ini akan tercapai atau terlaksana di tahun akan datang...moga kita semua mendapat keberkatan dari Allah di atas apa jua yang kita lakukan...

pada kalian semua, selamat tahun baru...kalu sebut tahun baru, mulalah si azam akan muncul...so kalian semua...apa azam tahun baru???bagi aku azam tahun baru aku, banyakkkkk tak tersenarai disini...yang paling penting, aku berharap agar dapat menjadi isteri dan ibu yang terbaik buat suami dan anak²...love you all...daaa... eh panjang plak aku membebel ini hari ...

7 comments

Wednesday, December 30, 2009 10:20:00 AM

selamat tahun baru..semoga semuanya betambah baik di tahun baru nnti..hrp2 takdela perkara2 yg kurang baik belaku kan.tp kite hanya merancang..Allah yg tentukan semuanya..

Wednesday, December 30, 2009 10:50:00 AM

wah rentetan sepanjang tahun...menarik...bleh ditiru..ahahahaaha...mcm harianmetro plak rentetan ni...

yang pasti lagi jitu aku tetap jeles bab "TV LCD cap philips" huhhhh.....

wei aritu mazri nak bawak kami ke tempt gajah tu..kat mana ek? time tu aku tgh ada ulser..tak selera aku nak cari tempat mana gajah tu menginap..cuma ko backlink kan setiap cerita tu ke setiap entry yg ko buat sblm ni..

Wednesday, December 30, 2009 10:57:00 AM

lia-selamat tahun baru...

sha...wah kena ada backlink ker...ishh...ishh...jenuh nak cari...owhh tempat gajah ni kat lanchang...nama tempat kuala gandah...ada gak deerland kat situ...sekian...

Wednesday, December 30, 2009 11:47:00 AM

gile panjang cite... byk masa aku telah abis membaca ini... btw aku mayb x wat dh mende cam ko ni... last year ade buat, seminggu seblum taun baru prepare nk up entry tersebut... taun ni malas nk buat... kohkohkoh

Wednesday, December 30, 2009 12:31:00 PM

Salam Tahun Baru 2010.. banyak stori best sepanjang 2009 kann.. Moge 2010 akan bertambah baik dr yg baik.. suke la bace walaupun panjang.. hiksss

Wednesday, December 30, 2009 3:58:00 PM

aku pun lenguh gak mulut membaca nih..heheh..amboi hg izan..aku tabik spring la..hg mmg ada ingatan yg kuat la..dh entry hg pun mmg ikut flow..bagus2..alhamdulilah..semuanya berjalan lancar kan..cuma bab kakak benjui tuh la cian betui..tkpa la..pasnih dia tau kena hati2..
btw..azam thn 2010..bnyk izan..tatau la sempat tak wat wish list atau impian tuh..cuma aku harap bulan 3 nih final exam Sem 2 aku dpt 3.00 la..and above insyallah..then...aku nak uruskan rumah baru..nk prepare sekul baru sufiya..dn lain2 lagi la izan..

Wednesday, December 30, 2009 4:14:00 PM

jot-moga semenya berjalan lancar...insyaAllah...

Post a Comment