Thursday, January 7, 2010

Isu Yang Semakin Panazzz...

SILA baca SINI..dan SINI dan SINI jugak...ni antara isi kandungannya..

Kelayakan Diploma Sains Kesetiausahaan diiktiraf
TERPANGGIL dengan keluhan 'PTPO Gred N17, Putrajaya' dalam ruangan ini bertajuk 'Penyelarasan Gred Kumpulan Sokongan Tidak Adil', yang melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap PT (Kesetiausahaan) selepas skim itu ditambah baik daripada N17 kepada N27/N28. Saya percaya ramai sahabat saya di luar sana juga sangat gembira dengan keputusan kerajaan. Kelayakan Diploma Sains Kesetiausahaan kami diiktiraf akhirnya.

Wahai 'PTPO Gred N17, Putrajaya', untuk makluman kami sebenarnya penuntut politeknik tempatan dan juga Universiti Teknologi Mara dan menghabiskan masa selama dua hingga tiga tahun mendapatkan diploma itu serta membuat pinjaman PTPTN, Mara dan JPA untuk menampung pengajian itu. Mungkin beliau di kalangan 'PTPO yang memiliki Diploma', tetapi berada di Gred N17 disebabkan kesukaran mendapatkan kerja dengan diploma/ijazah dimiliki. Oleh itu, PTPO Gred N17 janganlah irihati terhadap golongan PT (Kesetiausahaan). Ia penggredan semula sesuai dengan kelayakan dimiliki.

PT (KES) N17, Selangor
*************************
Penyelarasan skim PA tak wajar dipertikai
BARU-BARU ini kerajaan mengumumkan dalam satu pekeliling baru untuk Pembantu Tadbir Kesetiausahaan/PA. Jutaan terima kasih di atas kepekaan kerajaan terhadap kakitangan kumpulan sokongan. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan kerajaan mengenai perubahan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, N22, N32 yang dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2007 kepada skim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat Gred N17, N22, N27/28, N32, N36. Saya ingin merujuk kepada rungutan dalam ruangan ini mengenai 'Penyelarasan Gred Kumpulan Sokongan Tidak Adil' yang antara lain menyatakan ketidakpuasan hati mengenai tugas pembantu setiausaha pejabat.

Di sini saya ingin tegaskan bahawa tugas seorang Pembantu Setiausaha Pejabat bukan sekadar 'membuat air dan mengemas kini jadual bos semata-mata' seperti yang diperkatakan dalam aduan itu. Di sini saya sertakan sedikit maklumat mengenai skop fungsi dan bidang tugas 'pembantu setiausaha pejabat'. Antara lain ialah pengurusan surat menyurat dan fail; pengurusan mesyuarat; menjaga kerahsiaan; pentadbiran pejabat; kewangan; perhubungan awam dan lain-lain. Di bawah bidang tugas itu memang banyak seperti mengurus rekod dan maklumat; menguruskan bil dan tuntutan seperti menaip borang tuntutan perjalanan, permohonan pendahuluan diri, bil rawatan perubatan dan bil telefon bimbit.

Tugas lain adalah seperti menyelia dan menyediakan senarai tugas harian bos. Mengenai elaun diberikan kepada Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) ia tidak sepatutnya dipertikaikan. Elaun trengkas yang diberikan kepada Pembantu Tadbir Kesetiausahaan sebanyak RM85 itu hanya dibayar kepada mereka yang benar-benar menjalankan tugas-tugas trengkas atau Rintas Dwibahasa. Isu ini juga tidak seharusnya timbul kerana syarat memohon bagi jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17 sudah dinyatakan selain kelulusan SPM, pemegang Diploma Sains Kesetiausahaan dari Politeknik dan UiTM layak memohon. Bagi pemegang Diploma permulaan gaji kami bermula pada tangga P1T9 iaitu RM1,219.66 berbeza dengan pemohon yang menggunakan kelayakan SPM, gaji mereka bermula pada tangga P1T1 iaitu RM820.38.

Di sini juga saya ingin menjawab pertanyaan 'mengapa kelebihan banyak diberi kepada Gred PT (Kesetiausahaan) N17? Bersesuaian dengan masa kami habiskan untuk mendapatkan diploma selama 2 hingga 3 tahun berbanding pemegang SPM. Kami juga layak diberi ganjaran setimpal seperti pemegang diploma lain. Seharusnya kita bersyukur kerana mendapat pekerjaan berbanding dengan mereka di luar sana yang masih menganggur. Yang penting kita semua mencari rezeki halal.
PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT, Putrajaya
******************
Bebanan tugas setimpal elaun
SEPERTI semua sedia maklum, Pembantu Tadbir Kesetiausahaan/PA sering dianggap perantara di antara bos dan pegawai/staf sokongan pejabat yang dikatakan sebagai 'orang penting' dalam sesebuah organisasi. Tugas sebagai pembantu khas atau pembantu peribadi (PA) tidak terhad sebagai 'pembancuh air' atau 'menjaga diari' bos saja, malah PA juga melakukan kerja yang sering dilakukan oleh Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi seperti menaip surat, merekod, memfail, malah melakukan kerja Pembantu Am Pejabat (PAP) seperti membancuh air dan mengemas bilik bos. Malah di satu tempat yang kritikal PA amat diperlukan untuk mengambil trengkas, menulis minit mesyuarat, mengatur mesyuarat, mengurus perjalanan mesyuarat dari A hingga Z. PA juga sering menjadi 'penunggu pejabat' yang setia menunggu bos selepas waktu pejabat malah hingga lewat malam, menguruskan hal berkaitan kebajikan bos termasuk hal perjalanan dalam dan luar negara selain sering menjadi orang tengah walaupun terpaksa 'menadah telinga'.

Tidak hairanlah, JPA prihatin dengan memberi kenaikan elaun PA kepada RM120 sebulan. Alhamdulillah. Selain itu elaun dwibahasa atau trengkas yang diberikan amat wajar kerana ia satu keistimewaan/kemahiran yang ada pada seorang PA yang tidak ada pada pembantu tadbir lain. Dari satu sudut lain, harus diingat bahawa PA mempunyai segulung diploma daripada IPTA yang diiktiraf oleh kerajaan dan tidak boleh dipandang enteng. Selayaknya PA juga boleh menikmati kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada pemegang diploma lain iaitu memulakan kerjaya dengan gred permulaan sebagai pemegang diploma, bukan gred permulaan setaraf kelayakan SPM. Jadi dalam hal ini, tidak perlu bersungut kerana masing-masing mempunyai peranan dan tugas. Apa yang penting tanggungjawab dan ikhlas melaksanakan tugas.
SETIAUSAHA PEJABAT N27,
Kuala Lumpur

so kengkawan semua...any comments???hurmm...

18 comments

Thursday, January 07, 2010 10:40:00 AM

hadoi la tah hape2 je... ramai sgt yg jeles

Thursday, January 07, 2010 10:48:00 AM

tulah tu...bikin hangat jek...menda orang nampak mang ar ramai tak puas hati...patutnya first lantikan dulu terus up to n27...so takdelah orang nak iri dan hasad dengki gini...haiya...

Thursday, January 07, 2010 10:49:00 AM

dier orang tak penah pk..kita terpaksa menanggung hutang ptptn selama 10 tahun demi untuk segulung diploma..aku kat sini..tak cukup tangan nak buat keje..sumer aku buat..dari tugas pap kepada tugas2 pegawai..ada dier orang tau..minit mesy takyah kiralah berapa banyak nyer aku yang ambik..pk kan lah...

Thursday, January 07, 2010 10:54:00 AM

bezanya ada diploma ker takde diploma..kalau diri tu takde diploma, sedar la diri sikit..jgn nak main dengki hasut sana sini ajer..tapi kalau ada diploma merapu2..then dapat jadi kerani..sapa suruh mohon jawatan tuh? sendiri fikirla..

Thursday, January 07, 2010 10:55:00 AM

tulah emie...derang tak leh samakan pa ngan tempat derang ngan pa tempat lain...tak semenya sama...bergantung pada situasi dan skop kerja yang diberikan oleh bos...kena bos yang seme keje dia buat, so kita kenalah cari keje lain sebagai pa kan...bukannya kita dok saje jek...hurmm...

Thursday, January 07, 2010 11:02:00 AM

setuju dgn surat dr PA² tersebut..hehe..

Thursday, January 07, 2010 11:04:00 AM

hahaha...bagus, padan muka PT P/O tue...apehal nak dengki sangat2 ngan PA2 nie... tak puas ati sampai tulis dalam paper...ingat kita keje pa nie goyang kaki ape?
aku plak teremo...

Thursday, January 07, 2010 11:24:00 AM

memang susah nak padamkan mentaliti orang2 yang tak de kelulusan ni. tu pasal la dorang tu duduk tahap tu.. sebab tak pandai nak menilai..

takkan la tak leh beza apa kerja PTPO dan PA ni. dah sah2 la lainkan.. ingat kita ni hanya buat dua kerja ke.. buat air dan jaga jadual bos jer ke.. macam2 oo kita buat

dengan nak tempah tiket kapal terbang, booking otel, taip borang mailage luar negara (ni PTPO buat ke) borang pendahuluan diri yang banyak tu, dan segala mak nenek borang tu.. tu pasal la kita dapat extra duit elaun PA.. kita ada tugas banyak tau sebenarnya.. PTPO apa la sangat..

tu belom masuk bab duduk pejabat. orang lain kul 12.30 dah ca alif but, aku ni kul 1 ptg baru la leh rehat.. dah tu balik pun tak de nyer aku nak balik sharp2 kul 5.. kang orang mengata plak, PA apa balik dlu dari bos..

banyak kerja sebenarnya PA ni, tapi oleh sebab duduk dalam bilik khas, mana PTPO tu nampak apa kerja kita2 ni.

sekrang ni HRMIS dah makin meluas, dah tambah kerja nak tolong bos luluskan/sokong cuti staf.. nak masukkan segala butiran2 peribadi boss, kena alert dan sentiasa update. ingat senang ker.

Thursday, January 07, 2010 11:26:00 AM

kalau nak senarai kerja PA lain meh aku senaraikan lgi.. banyak wooo

Thursday, January 07, 2010 11:28:00 AM

tul tuh...kalu nak bukti yang kami2 ni ada dip...meh sini aku dengan bangga p scan sijil dip yang aku ada...tu beso2 aku frame tu...

Thursday, January 07, 2010 11:45:00 AM

aku ada pluque tu lagi..korang masih ada tak..sila tjk kan sekali plaque (ejaaan kurang pasti, sebutan je reti)...

chaiyooo....izan ko dah dahului...time keje aku tak leh dah nak buat ni..aku dah delete dlm SKT 2010...typing in blog...ehehehe...mlm je aku buat dehh

ibuHanna
Thursday, January 07, 2010 11:50:00 AM

maleh nk layan dorang2 yg iri hati ni Zan..

Thursday, January 07, 2010 12:21:00 PM

nih ada yg nak aku maki hamun nih..hamoi2 dan hewah2..sapa la yg jaki jipang tuh..puak2 nih dengki la gamaknya..maybe not all.but sekoq dua cam tuh..(tp tatau la kan..CC kt tempt aku pun menafikannya..dh rezeki kita..akhirnya dh masuk thn ke 7 aku keja (aku la..) baru dpt pengiktirafan ijajah kita.eh silap dip kita nih..
selalunya org yg dengki ni..tak leh tgk org lain senang...bg aku..kalau kwn2 naik pangkat, naik gaji..aku tumpang seronok..len pulak ngan manusia2 yg kedengki ini..tak leh tgk orng naik skit..lantak la kt hmpa wahai org2 yg tak puas hti..grr geram betui aku ..

Thursday, January 07, 2010 12:32:00 PM

setakat nie.. sy lom ader lg rase busuk ati pasal kenaikan nie..walaupun sy pun ader diploma juge..tp yerlahhh.. mungkin bkn rezeki pt/po yg ader diploma & degree wat ms nie.. tp harus la berusaha meningkatkan kualiti diri.. dengki bkn blh naik pgkat punnn.. hmmm..sabaq jer la..

Thursday, January 07, 2010 1:05:00 PM

memang panazzz....tu ar orang melayu kita ni...tak abis2 nak jeles kat orang lain kan....

Thursday, January 07, 2010 3:23:00 PM

tula..aku mls nak komen..bace kat blog aku je la ek.hehehe...

Thursday, January 07, 2010 4:48:00 PM

yang tak puas ati tu.. toksah byk ckp.. sila p amik kursus diploma sains kesetiausahaan.. baru tau camner azab nak abiskan 2taun setengah tu..berbaloi la kalu dpt naik gred pun.. tak baik dengki2.. berdosa.. tak takut azab api neraka eh?..

Friday, September 12, 2014 5:59:00 PM

assalam. akak sy dpt interview sbg pembantu setiausaha. akak bleh bagi apa2 nasihat? dah tahun cuba. saya interview khamis depan 18/9. harap akak boleh bagi info. terima kasih

Post a Comment