Friday, January 8, 2010

Sambungan Isu Panas Semalam

dipetik dari ruangan surat akhbar
BERITA HARIAN 8 Januari 2009

Tanggungjawab Pembantu Khas bukan menaip semata-mata
SAYA rasa terpanggil memberi pandangan saya selaku Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) berkaitan surat tulisan 'PTPO Gred N17' di ruangan ini baru-baru ini. Mungkin 'PTPO Gred N17' agak samar dengan tanggungjawab seorang Pembantu Khas kepada seorang ketua bukanlah menjaga bos semata-mata. Ingin saya ketengahkan beberapa perkara yang mungkin beliau tidak nampak.

Kelayakan Akademik: Saya berpendapat kerajaan menaik taraf jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) ke gred N27 adalah bersesuaian memandangkan kelayakan akademik yang dimiliki oleh Pembantu Khas adalah diploma yang diiktiraf oleh kerajaan. Kalau dilihat pada mana-mana jawatan di dalam sektor awam sekalipun, semua jawatan yang menggunakan kelayakan masuk diploma adalah di gred 27/29.

Elaun Pembantu Khas (PA): Untuk makluman, kalau dikira dari segi nilai ringgit, ia masih belum setimpal dengan apa yang kebanyakan PA gunakan pada setiap bulan. Selaku PA kepada ketua, kebanyakan PA tidak lokek menggunakan wang poket sendiri untuk menghubungi bos mereka dengan menggunakan telefon peribadi dan menghantar SMS. Adakalanya kami selaku PA bekerja dari rumah di waktu malam, bagi membantu kerja bos. Walau tidak termaktub di dalam garis panduan menjadi PA, kebanyakan PA pulang lewat setiap petang, memastikan bos selesai dengan kerja mereka tanpa menuntut elaun kerja lebih masa. Malah, untuk menjadi seorang PA yang baik, kami juga perlu dibekalkan dengan sekeping hati yang cekal. Kami adalah 'penapis' yang akan menapis dan menerima segala bebelan/kemarahan/dimaki oleh bos terhadap orang lain.

Elaun Dwibahasa: Teknologi hari ini tidak memerlukan kami untuk mengambil nota daripada bos dengan menggunakan trengkas lagi. Kami bebas menggunakan apa-apa medium sekalipun asalkan apa yang ingin disampaikan oleh bos mencapai maksudnya. PA bukanlah diberi kerja menaip semata-mata, tetapi perlu membuat draf awal kepada bos, dan seterusnya akan disemak oleh bos. Saya berharap 'PTPO Gred N17' berpuas hati dengan pandangan saya selaku seorang PA dan mengapa kami layak diberi pelarasan gred lebih tinggi berbanding dulu. PUTERI NUUR AT-TERAWIS,
Putrajaya.

Sekian...

3 comments

Friday, January 08, 2010 9:29:00 AM

ayork...makin panas...padan muka kerani sengal tue...

Friday, January 08, 2010 9:38:00 AM

hahaha padan muka jugak... ade ptpo lain nk backing dia? ade? xnmpk pun?

Friday, January 08, 2010 10:51:00 AM

aku kenal penulis ni..tp bukanlah in person.. apapun saya sokong pendapat mama Idris n Sophia nih.. :)

Post a Comment