Monday, March 22, 2010

Al-Fatihah..Dari Allah Kita Datang...Kepada Allah Kita Kembali

Berita terbaru yang Budiey terima pada petang tadi, penyanyi kelahiran program realiti TV, Mentor di TV3 – Yanie atau nama sebenarnya, Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia dalam usia 25 tahun selepas Zuhur 21 Mac 2010 di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita terlantar sakit selama 4 bulan.

Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Sembulan, Sabah dari Hospital Keningau dan akan dikebumikan esok di Kampung Sembulan Lama.
Ning Baizura selaku mentor Yanie telah menulis di Twitter mengatakan bahawa beliau telah mendapat panggilan berita ini daripada suami Yanie sendiri, Irfin Abdul Manan.

Memetik berita yang disiarkan di Utusan Malaysia – “Saya berasa terkejut dan tak sangka dia diserang penyakit itu. Kali terakhir saya berjumpanya ialah pada Julai lalu,” kata Ning ketika dihubungi di Bangkok, Thailand.

Ning yang berada di sana kerana menjalani penggambaran iklan komersial berkata, keluarga Yanie tidak dapat dihubungi oleh media massa kerana mereka tidak mahu diganggu ketika ini.

Pengacara Melodi, Fara Fauzana yang pernah berlakon drama Fara bersama Yanie juga telah mengumumkannya di Facebook Fanpage beliau:

“Salam semua.. FF nak mengambil kesempatan ni utk maklumkan kepada u guys pasal ‘kehilangan’ sahabat FF dalam SITKOM FARA .. marilah kita doa dan sedekahkan ALFATIHAH kepada allahyarham YANIE @ WANIE yang telah pulang ke ramahtulallah petang semalam atas masalah ketumbuhan di paru2. semoga rohnya dicucuri rahmat..”

Kepada pembaca yang masih samar-samar, Yanie pernah bergandingan dengan mentornya, Ning Baizura & Nikki dalam lagu Drama. Pernah lahir dengan lagu duet dengan Diddy – Saling Terpesona. Pernah berlakon drama Fara – memegang watak Wanda di bawah arahan Aziz M Osman.
Setelah lama menyepi dan dah lama juga tak mendengar berita tentang Yanie, akhirnya hari ini ramai yang terkejut dengan pemergian beliau


ulasan saya: itu masa dia...masa kita???tak siapa yang tahu...al-fatihah buat arwah dan keluarga...moga rohnya tenang disana...apa khabarlah si pelakon yang dikaitkan dengan dadah itu ye...hurmmm...

4 comments

Monday, March 22, 2010 12:11:00 PM

mmg btol2 terkejut ajal maut ditangan tuhan kan, tua ke muda ke tu semua kuasa dia yang maha esa

Monday, March 22, 2010 12:15:00 PM

tulah pasal nana...aku pun terkejut...cam tak caya pun ada...hurmmm...make me thinking something...ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini...

Monday, March 22, 2010 12:28:00 PM

Al-Fatihah...
terkejut jugak la siti sebab takde pun ura2 dia ada penyakit sebelum nih....
semoga rohnya ditempatkan dilkalangan orang2 yg beriman.

Monday, March 22, 2010 2:36:00 PM

setuju..rezekinya sampai situ jer kan..sakit pun sekejap cuma dan dijemput pula diusia muda, kita yg lebih tua darinya pun entah kemana persediannya...satu renungan buat diri...alfatihah.

Post a Comment