Thursday, March 25, 2010

Fakta Menarik Tentang Kidal

harap maklum...entry ini memerlukan anda membaca dari mula sampai abis...hehehe

Orangtua selalu membiasakan anak menggunakan tangan kanan. Menjadi kidal (aktif menggunakan tangan kiri) kadang dianggap tidak sopan. Tapi menjadi kidal ternyata banyak sekali keuntungannya.

Orang menjadi kidal kerana dominasi dari otak sebelah kanannya, namun sebagian besar (80-90 persen) anak lebih dominan kerja otak kirinya sehingga gerakannya lebih banyak menggunakan bahagian kanan.

Penyebab kidal saat ini masih belum jelas ada yang bilang karena keturunan tapi banyak yang sepakat kerana kebiasaan.


Apa untungnya menjadi kidal?
Salah satunya adalah boleh memproses berbagai rangsangan lebih cepat dibandingkan dengan mereka yang menggunakan tangan kanan.

Penelitian yang diterbitkan dalam jurnal Neuropsychology menunjukkan orang kidal lebih cepat merespons rangsangan. Kidal juga memiliki keuntungan dalam bidang-bidang tertentu seperti menjadi pilot jet tempur atau berbicara sambil mengemudi pada waktu yang bersamaan.

Di dalam otak terdapat dua bahagian yang hampir identik dan sebahagian besar memproses data yang masuk melalui salah satu jalur saraf besar. Tapi, tugas seperti pengolahan bahasa cenderung terjadi di salah satu bahagian otak saja. Proses ini pada sebahagian besar orang terjadi di belahan otak kiri, tapi untuk orang kidal kemungkinan terjadi di kedua belahan otak.

Seperti dikutip dari Howstuffworks, Selasa (17/11/2009) biasanya data ditangkap oleh sisi bahagian kanan tubuh (mata kanan dan telinga kanan) lalu pergi ke bahagian kiri otak untuk diolah hingga akhirnya manusia dapat mengetahui apa yang dilihat dan didengarnya.

Peneliti dari Australian National University mengungkapkan orang yang menulis dengan tangan kiri kemungkinan memiliki otak yang kondusif dalam pengolahan informasi. Peneliti menggunakan tes yang dirancang untuk menguji kecepatan informasi antara kedua bagian otak.

Studi ini melibatkan 80 orang yang menggunakan tangan kanan dan 20 orang yang kidal. Dalam salah satu tes, komputer akan menunjukkan satu titik entah di kiri atau kanan dari garis pemisah dan peserta harus menekan tombol yang menunjukkan dimana titik tersebut muncul.

Didapatkan peserta kidal lebih cepat merespons keseluruhan tugas ini dibandingkan tangan kanan. Dalam tes lain pun tangan kiri lebih cepat mencocokkan huruf yang muncul pada kedua sisi dari garis, sedangkan tangan kanan hanya cepat mencocokkan huruf pada salah satu sisi saja.

“Hubungan antara otak kiri dan kanan lebih besar terhubung pada peserta yang menggunakan tangan kiri (kidal),” ujar Ketua penelitian Dr Nick Cherbuin. Ini bererti orang yang kidal memiliki keuntungan dalam bidang olahraga, permainan atau kegiatan lain di mana mereka dihadapkan pada rangsangan secara serentak. Secara teori orang kidal lebih mudah menggunakan kedua belahan otak untuk mengelola rangsangan, sehingga lebih cepat dalam hal proses dan waktu responsnya.

Selain itu, ketika salah satu belahan otak sudah kelebihan beban dan mulai melambat maka belahan otak lainnya dapat lebih mudah mengisi kekosongan. Para ahli juga mengungkapkan orang kidal akan memiliki mental yang lebih baik saat memasuki usia tua di mana kemampuan otak sudah melambat.


Definisi
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Hubungan kidal dengan otak
 


Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.


Fakta menarik

1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.

Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.

“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn


TOKOH-TOKOH KIDAL
1. Presiden Amerika Syarikat
I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
IV. Gerald Ford (1913- ) 38th
V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd
VIII. <!--[endif]-->Barrack Obama 44th


leh klik SINI kalau nak nengok nama tokoh² dunia yang bertangan kidal

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
1. Kesukaran bagi individu kidal:
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.

Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.

 Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar

2. Kelebihan bagi individu kidal:
Tulisan Arab:
Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:
Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :
Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

Adaptability:
Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”

Peperangan :
Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.

Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan menentang pahlawan kidal.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:

a) Teknologi Maklumat
Bill Gates

b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )
Saidina Umar Al-Khattab
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci

c) Musik dan hiburan
Michelangelo Buonaroti,
Beethoven
Selebriti
Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Asmawi bin Ani( Mawi )
Man Kidal

d) Sukan
Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)

Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan
7. Individu Kidal, Individu Elastik

Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

Orang kidal pintar?
Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.

Makan tangan kiri
Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)

Pasal isu makan guna tangan kiri. Aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.

_______________________________________________

naper saya citer pasal kidal???sebabnya adalah kerana si kakak pun kidal...saya tertanya² adakah kakak akan kidal selamanya sebab saya dan suami serta keturunan kami seorang pun tiada yang kidal tau...tapi saya perhatikan kakak dari lahir sampai sekarang dia lebih cenderung menggunakan tangan kiri berbanding kanan dalam apa jua yang dia lakukan...termasuklah menulis...hurmm...hinggakan makan pun gunakan tangan kiri...alahaii anak...owhh anak...

nengok...pegang pen tangan kiri, walaupun pada mulanya dia akan pegang tangan kanan...tapi tak lama kendian dia akan tukar tangan kiri...
mungkin beliau lebih selesa menulis dengan menggunakan tangan kiri...kidalkah dia???atau masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan???
sampai terbaring² punyalah nak menulis kan kakak...

kesimpulannya...bagaimana dengan korang semua...kidal atau kanan???dan anak² korang pulak???ada sesapa yang ingin berkongsi pendapat???sharing kan caring...

12 comments

Thursday, March 25, 2010 11:46:00 AM

bak aku ngan sara kidal..

orang kidal ni katanya kreatif...

kalu menulis tu, berpusing kertas tu kan?

Thursday, March 25, 2010 11:46:00 AM

k.izan..w/p masih terlalu awal utk menilai, tp mcm ada potensi ni.. hehehe.. mana tau boley jd jutawan mcm Bill Gates!

Thursday, March 25, 2010 11:51:00 AM

fiza
tulah tu...harap2 takdelah dia kidal hingga ke tua...sebab cam pelik tau...kami semua kanan...nan ado yang kidal cam dia...wahh kalu jutawan cam bill gates kayo akak weiihhh...amik pembantu rumah lam 10 orang gitu...hahaha...

cik geli
haah tul...tul...memang kretip...memang berpusing la...

Thursday, March 25, 2010 11:59:00 AM

farhan pun kidal.. tak de keturunan kami kidal.. kalau bab makan dia sentiasa konpius nak guna tangan mana.. tapi dia boleh guna tangan kanan juga, contoh main badminton, pegang mouse komputer (tanpa rasa kekok, cuba kita pegang mouse tangan kiri, sure terkial2 kan?)

tp emily tak kidal pulak

Thursday, March 25, 2010 12:22:00 PM

ye..saya kidal.abah saya kidal,abg dan adik saya pun kidal.ape nk buat dh keturunan hehe.kdg rase best..tp bile bab brg2 yg payah nk guna ni jadi masalah jugak.kdg2 dipandang serong jugak..terutama kalau gi umah org ke..tmbh kalau mkn pakai sudu tu tgn kiri..mkn guna tgn pandai pulak tgn kanan.ada makcik yg tegur apsal pegang sudu tgn kiri..huhu..ape nk buat..xreti sungguh la guna tgn kanan :-p so takyah mkn pakai sudu..pakai tgn jela :-p xtau la aiman ni guna tgn mana..nmpk mcm kanan je :-)

Thursday, March 25, 2010 2:22:00 PM

Owyh.. camtu ker!
Rajinnyer cari fakta yeh!..
teruskan ye!.. leh sharing selalu.. ^_^

Thursday, March 25, 2010 3:10:00 PM

saya guna otak kiri bila mengira cekgu..tapi tulis tangan kanan...

Thursday, March 25, 2010 3:24:00 PM

hehehe...malam tadi aku baru wat entry yg melibatkan kanan & kidal xpublish lagi.jgn kata aku tiru topik ko plak tau hahahah....lawak la kebetulan plak

ehehe esk aku publish

tp aku tangan kanan.sekian

Thursday, March 25, 2010 3:39:00 PM

aku tulis pakai kaki... heheh org kidal mmg tulis pusing kertas.. wandi kidal kan. unik sungguh tgk dia menulis.
daryn aku xtau lg, aku tgk dia mkn mmg byk tgn kiri. pegang pensel kiri kanan. huhuh

Thursday, March 25, 2010 10:53:00 PM

abg mi pun kidal..fakta mengatakan keturunan..mungkin juga sebab mak mertua & abg ipar aku kidal..

Friday, July 26, 2013 2:34:00 PM

betol2...

Monday, August 03, 2015 4:10:00 PM

salam...sy wakil nii ank sy ni kidal ..sjer nk syer pengalaman ank kidal ni.sifat ank awak sama mcm ank sy msa kecil dlu...sy pon x sangka dia kidal sampai skrg ni....dh 18 thn dh.x der ape masaalah pon o.k jer sekrg.ketrunan sy x de kidal pon..tp msa kecik sy tetap ajar mkn mesti tangan kanan...sy letak gelang pd tangan kanan utk melatih dia....alhamdulillah akhirnya bleh ikut mkn tangan kanan.tp....yg lain x bleh ubah smua kiri...x ape la asal yg lain dia sihat dan normal.pasal belajar pula bdak kidal ni fokus sbb cikgu yg mengajar dia cerita dia msa belajar.ape pon setiap manusia ni ade kekurangan dn kelebihan masing masing...tq la dpt kongsi maklumat tentang kidal ni...ank sy seronk ..dn dia kongsi dgn sy ..xde la dia rsa kekurangan dn dia bleh atasi kelemahan yg ade......

Post a Comment