Friday, March 19, 2010

Owhh...Malunya Saya!!!

"Hukum Diperiksa Oleh Doktor Lelaki"

S: Saya sedang hamil anak pertama dan dijangka melahirkan anak pada Mei depan. Pertama kali menjalani pemeriksaan antenatal di sebuah hospital swasta saya terkedu kerana diperiksa oleh doktor pakar ginekologi lelaki. Permintaan saya untuk menukar kepada doktor wanita tidak berjaya dengan alasan doktor tersebut sudah penuh senarai pesakitnya. Apa yang menjadi kemusykilan saya, apakah hukumnya saya membuat pemeriksaan kehamilan dan bakal melahirkan bayi dengan seorang doktor lelaki?

izan
Putarajaya, Bandar dalam Taman

(dah...dah...korang jangan wat spekulasi plak...bukan saya yang mengandung ok...)

J: Islam menegah lelaki memandang wanita dan wanita memandang lelaki. Allah SWT berfirman:
“Katakanlah kepada orangorang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka… Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.” [Sebahagian ayat 30 dan 31 surah al-Nur]

Maka tidak dibolehkan bagi seorang doktor lelaki memandang aurat pesakit wanita dan demikianlah sebaliknya. Ini kerana terdapat mudarat yang bakal muncul jika berlaku pemandangan yang melibatkan aurat di antara lelaki dan wanita, apatah lagi sentuhan dalam suasana rawatan.

Sungguh pun begitu, dalam Islam terdapat kaedah bahawa apabila bertembung dua mudarat, hendaklah dihindari kemudaratan yang lebih besar kesannya. Dalam kes ini, kemudaratan yang mungkin menimpa ibu yang hamil dan kandungannya adalah jauh lebih besar berbanding kemudaratan pemandangan dan sentuhan ketika rawatan. Berdasarkan
kaedah di atas, dapat dirumuskan beberapa hukum, iaitu:

Bagi pemeriksaan berkala setiap bulan dan kelahiran mengikut jadual, hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mencari doktor wanita. Jika tidak ada, maka boleh berjumpa doktor lelaki dengan syarat suami atau muslimat yang dipercayai turut hadir sepanjang masa ketika pemeriksaan dan kelahiran. Kehadiran jururawat wanita tidak mencukupi kerana kerap kali jururawat terpaksa meninggalkan ruang pemeriksaan dan bilik kelahiran atas tugasan lain.

Bagi kelahiran yang tidak dijadualkan, iaitu secara tiba-tiba bayi akan lahir, maka kelahiran itu boleh disambut oleh sesiapa jua, termasuk doktor lelaki. Ini kerana kelahiran yang tiba-tiba merupakan satu keadaan darurat. Dalam hukum Islam, suasana darurat membolehkan sesuatu yang haram menjadi halal, mengikut kadar yang diperlukan.


INFO : Semua soalan akan dijawab oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah, penulis buku agama dan penulis blog.

*****************
dah siap baca???bistu korang lak camner???saya akui masa saya mengandungkan si kakak dulu, saya pun telah diperiksa oleh seorang doktor pelatih lelaki...malu???masa tu dah tak pikir tentang malu lagi...yang paling penting masa tu saya dapat melahirkan anak tanpa sebarang komplikasi...bukan sekali dua malah berkali2 jugalah saya 'diseluk' oleh doktor2 tersebut..owhh...sampaikan satu tahap saya jadi malu kerana sehari 2-3 kali diseluk oleh doktor tersebut...

tapi, masa si adik pula, saya sangat bersyukur kerana sejak mula dari akhir dan sehingga saya melahirkan adik saya diperiksa oleh doktor perempuan...saya sangat bertuah kerana walaupun doktor2 tersebut masih muda malah ada yang lagi muda dari saya, namun mereka sangat terlatih...jauh beza semasa diperiksa oleh doktor lelaki dan perempuan...so bagaimana pula korang...

10 comments

Friday, March 19, 2010 11:51:00 AM

ms besalin yg abg aku tak sempat diseluk2 sebabnye smpai hosp bukaan ku trus 10 cm..teran2 tak lame besalin..so selamat..cume ms besalin yg adik ni skali la aku diseluk doc lelaki..sbbnye aku smpai2 je doc lelaki tu seluk cek tgk da bukak 5cm..so trus msuk blk besalin..pstu aku sakit2 nurse seluk tgk2 bukak 6cm..pstu aku sakit2 lg..nurse seluk da nak besalin n trus besalin..so takde malu la..
cume nye..aku ade cite yg aku sgt malu disentuh payudara ku oleh doc lelaki dan doc2 pelatih yglain..ramai beb..bygkanla..doc betul sorg n doc pelatih dlm 4-5 org..sumenye bkn melayu ye..doc yg rawat aku tu doc foreigner..sbb ape aku diraba payudara itu sbbnye nurse cek ade ketumbuhan skit kat payudara aku..huhuhu..tp doc tu kate bnda tu tak memudaratkan..kcik je..pttnye ade 2nd cek up tp aku tak gi..sbb aku malu..hahahaha..eh ni ms aku bujg dlu tau..ms kat kl..

Friday, March 19, 2010 12:07:00 PM

lia
ko bernasib baik ar tak kena seluk banyak kali...huhuhu

Friday, March 19, 2010 1:11:00 PM

aku tak pernah diseluk doktor lelaki dan tak jumpa pun doktor lelaki semasa menyambut kedua2 anak.....

ermmm nasib kot

Friday, March 19, 2010 1:35:00 PM

dua2 anak aku deliver kt gomen (hana kt hkl & haziq kt hukm). paham2 je la klu gomen ni kita ngadap sapa yg bertugas ikut shif. takde aku nk chop doktor itu doktor ini bagai.

alhamdulillah, masa time hana dulu serba serbi semua lelaki tp masa kena vagina hematoma aku kena masuk operation theater kena ada pakai bius & dan doktor2 lain segala. nak2 plak kes aku tu 1 dlm sejuta so mmg jd tumpuan masa tu. redha aje la demi anak.

masa haziq pn serba serbi pompuan kecuali doktor yg bertugas pecahkan air ketuban masa tu lelaki.

sbnrnya yg penting niat kita. tp klu ada bajet nk deliver kt private hospital blh le cari & pilih doktor pompuan kan.

Friday, March 19, 2010 1:52:00 PM

owhh... syukur aku xpenah sekali pun diseluk dek doktor lelaki walaupun ada la juga beberapa komplikasi masa mengandung Nasrul n Saiful..

Friday, March 19, 2010 1:54:00 PM

saya jugak 100%doktor lelaki jugak..dr yg dulu dan skrg..takde doktor perempuan..huhu..mmg le asyik kena seluk je..huhu..ni esok nk kena seluk lagi le :-p tp hubby sentiasa dok teman...

Friday, March 19, 2010 2:14:00 PM

siti pernah gak kena seluk ngan doktor lelaki...fisrt time tu siti ada gak rasa malu..tapi bila dah byk kali..takde malu dahnye..huhu..redha ejr la..

Friday, April 01, 2011 8:48:00 PM

kenapa korg x mita @ bt surat kpada dato sharizat spya tangani mslah ini..??? kdg2 bila pk lik cm xda maruah pn da bila kita selalu angguk pala je bila org ckp nk bt ptt la org ckp mlyu ni lrus bendul gramnya aku...

Friday, April 01, 2011 8:49:00 PM

kenapa korg x bsuara je.??? kdg2 bila pk lik dorg bt cm xda maruah je i2 kn hak kita knpa korg x bukakkn isu ni pda pu3 umno mita sume ni di tkar kita bkn brg eksperimen x fhm ku balik2 luahkn di tenet shja...

Monday, August 15, 2016 4:18:00 PM

assalam...kepada para isteri dan suami pergilah ke hospital swasta dan booking doktor perempuan...ingat booking awal2...jgn dah nak bersalin baru mintak tukar...kos bersalin di hospital swasta mahal tp apalah sgt jika dibandingkan dengan maruah dan kehormatan diri...apatah lagi perasaan suami kita yang halal dgn kita tp lelaki lain yg melihat "aurat besar" kite..tentu luluh dan kecewa hati suami walaupun suami x ckp ape2 dan nmpak cool...karenah di hospital kerjaan ni x boleh jangka...ade kes, walaupon doktor perempuan yang sambut kelahiran tp ade juga lelaki lain yang ade dlm labor room...paling "kurang ajar" plak adalah lelaki yang berkeliaran keluar masuk dlm labor room...mereka telah dididik dgn ilmu barat, sebab tu mereka mcm takde adab keluar masuk labor room tanpa minta izin...sebenarnya itu dan mencabul privasi pesakit spt dlm peraturan hospital...lebih2 lg hospital yang tidak membenarkan suami teman isteri sewaktu hendak bersalin...hospital spt ini memg sewenang-wenangnya tidak ambil peduli soal privasi dan maruah pesakit...jadi kite berusahalah dan berdoa mendapat rezeki yang lebih agar kite pegi hospital swasta untuk mendapatkan doktor perempuan...insyaAllah...Allah akan gantikan balik "duit" kite yang habis di hospital swasta dgn rezeki yang lebih berkat kerana kita berusaha mempertahan maruah diri, kehormatan, dan kesucian agama..

Post a Comment