Thursday, April 29, 2010

Khas Buat Mereka Yang Bergelar Teman


Teman

Dalam mencipta seribu kenangan

Dalam jalinan persahabatan

Adakalanya kita sering tersasar

Dan terlajak…

Mungkin tanpa disedari

Kita telah menyala

Sejuta bara permusuhan…

Adalah bukan menjadi suatu

Peribadi yang lemah dan goyah

Untuk sesekali kita tunduk

Mengaku keterlanjuran

Dan kelemahan diri

Mencantas dedalu angkuh yang menjulang

Menjinak buas ego yang meliar

Namun,

Kita pastinya masih punya waktu dan ruang

Untuk menilai

Dan melurus

Erti jalinan persahabatan

Kerana sesungguhnya

Erti persahabatan itu

Bukanlah hanya sekadar

Menumpang…

Erti ketawa yang berteman…


.:Sad but true:.

2 comments

Thursday, April 29, 2010 2:25:00 PM

betul... i like it.. :) sokong



komen i punya entry gak ye.. klik kuat-kuat kat sini >>Sebab-sebab Blogger takde Idea nak tulis Entry



Thursday, April 29, 2010 4:22:00 PM

aikkk bagai ku kenal saje ayat ayat ini. ampeh.

Post a Comment