Monday, April 26, 2010

Masa Muda Dulu Memang Aktif...Camping Sana Sini...Sekarang???

owhhh...semalam semasa melayari fb yang lama ditinggalkan...terpandang satu gambar yang telah ditag oleh seorang rakan lama....hurmm...memang lama gambar ni...gambar semasa saya mengikut perkelahan pengakap di air terjun hutan Berkelah di Pahan...sangat seronok ketika itu...asiklah berkhemah sana dan sini...ianya merupakan satu memori  yang tidak dapat dilupakan...teringat masa mewakili sekolah di daerah maran ke JAMBORI PENGAKAP ASIA PASIFIK DI BUKIT KELUANG, BESUT TERENGGANU...sangat cantik itu tempat...dek kerana minat yang mendalam dalam melakukan aktiviti luar yang lasak seperti ini, aktiviti ini diteruskan hinggalah ke menara gading...di UiTM pula saya telah menyertai kelab kayak dan rekreasi atau dalam singkatannya KEDARI...banyak gunung yang telah berjaya ditawan, seperti GUNUNG JERAI, GUNUNG ANGSI, GUNUNG DATUK, GUNUNG LEDANG....dan ada beberapa tempat telah berjaya ditawan untuk berkayak seperti PULAU KAPAS, TAMAN NEGARA, PANTAI BALOK,  TASIK KENYIR, TASIK CHINI...saya memang sukakan aktiviti sebegini...selain mendaki gunung saya juga suka berkayak...teringat satu peristiwa yang terjadi semasa berkayak di TASIK KENYIR dari pengkalan gawi ke air terjun saok...ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit juga untuk sampai ke destinasi...penat???tak usah cakaplah...saper yang tak penat berkayak kan...yang memerlukan kekuatan tangan sepanjang masa...

tapi kini...semuanya sudah berlalu...semuanya telah saya tinggalkan sejak berumahtangga...kekadang rindu itu sesekali datang menggamit...ye saya rindukan saat2 seperti itu...saat gembira bersama rakan terutamanya semasa mendaki GUNUNG DATUK di rembau negeri sembilan...sangat seronok bukan...teringat aksi2 sahabat, ada yang menjadi pengacara sepanjang pendakian...letih???memanglah, trek pendakian yang tidak menentu, ada  kekadang curam, ada yang mendatar...tapi ianya tidak sedikit pun mematahkan semangat kami semua...

gambar di bawah ini semasa saya mengikuti perkhemahan di air terjun BERKELAH...kalu korang pandai, cuba cari mana satu saya...beza???memang berbeza...hahaha...

tapi kini, semuanya tinggal kenangan...ianya memerlukan komitmen yang besar untuk saya lakukan semua itu...sungguh saya tiada kemampuan...kerana saya ada tanggungjawab terhadap anak2...dan juga suami...tunggulah bila mereka berdua sudah besar...bolehlah saya melakukan aktiviti seperti ini lagi...tapi...mampukah saya di ketika itu...hahaha...jawapannya...hendak seribu daya...tak hendak seribu kali dalihnya....kan...kan...

notadijariku: anis msaid..kalu ko singgah sini, mohon maaf sebab aku cilok gambar ni dari fesbuk ko...tak sangka gambar ini masih ada dalam simpanan ko...sonok kan berkhemah dalam ujan di air terjun berkelah ni kan...hehehe...
korang pulak macam mana???suka tak lakukan aktiviti macam ni???tak suka???rugilah...

4 comments

Sunday, April 25, 2010 10:05:00 AM

mana gambo di gunung gunung..kan byk kenangan tu...ehehhee

Sunday, April 25, 2010 11:21:00 AM

hua hua..aku nmpak dh hang..ya Allah tuh ka hg izan..beza mmg berbeza.ya la tuh masa anak dara sunti..la nih mak dara meniti dh...hehehe..aku tau..hg dulu bapoknya bangge kalau citer bab pi khemah jambori tuh...aku pun tumpang dengaq la ..hehe..tp tuh la aku pun suka aktiviti lasak cenggitu gak..time sekolah pun aku pengakap..then rajin gak gi khemah nih semua..
then kt uitm jengka pun aku sempat gak masuk kedari..tp tak la byk tempat aku pi cam hg..yg sempat pi Pantai balok (aktiviti kayak+camping..ngan Gunung datok ..kt nogori ja..yg len..emm tak sempat join..pepun mmg best aktiviti cam ni..tp tu la bila la nak leh menjoyinkan diri lagi kan izan kan..tepuk dada tnya keinginan...?

Sunday, April 25, 2010 2:01:00 PM

asha
uikss banyak weii...tapi tak scan...dulu mana ada kamera digital...semenya kai kodak...


fyzz
hehehe...seme tu tinggal kenangan yang indah lam idup kita kan...

Monday, April 26, 2010 3:10:00 PM

aku masa muda x aktif..pasif je..
skrg pon same gak..

akn dtg pon same gak..

anak aku kot nnti aktif..dr kecik bg minum active revive isotonic..

aku x bole dah nk minum air2 bergas ni..ada kang kene kencing manis la, darah tinggi la..takut la

Post a Comment