Tuesday, April 13, 2010

Tempoyaki

Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan di simpan di dalam bekas tertutup untuk beberapa hari sebelum di makan sebagai tempoyak. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular dan mendapat sambutan dari dalam dan luar negeri.

Tempoyak Dalam Sejarah
Tempoyak turut dirakamkan dalam Hikayat Abdullah sebagai makanan harian bagi penduduk Terengganu, semasa melawat Terengganu (sekitar 1836), dengan menyatakan bahawa makanan kegemaran mereka adalah "... tempoyak dan pekasam dan petai dan jering dan sebagainya...."

Cara Memasak
Terdapat pelbagai jenis cara masakan menggunakan tempoyak ini di antara yang sangat popular ialah gulai tempoyak. Gulai ini biasa dimasak bersama ikan atau ayam bergantung kepada selera masing-masing. Selain itu tempoyak juga boleh di buat sambal tumis ikan bilis atau sambal tempoyak (tempoyak yang digaul bersama cili padi).

***********************************************
hai kengkawan...so saper suka makan tempoyak angkat tangan???saya???tentulah suka...kalu ada tempoyak lagi laju bertambah2 makan nasi tu tau...tapi kan, kalu kat umah tu, tempoyak ni dipandang sepi jek...sebabnya saya sorang jek yang makan manakala hubby hanyalah memandang kosong tempoyak ni...kalu ada geng makan tempoyak ni cam si asha tu, si nora tu, wahh memang beh la...derang memang geng tempoyak saya...

dulu, masa belajar kat itm tu, saya selalu bawa tempoyak ke dewan makan...sebabnya yelah, kekadang lauk kat dewan makan tu tak kena dengan selera kan...tambahan lagi bila time ikan jaket atau daging dugong masak kicap...so kalu ada tempoyak sebagai pelaju selera oklah kan...

berbagai aneka jenis masakan kita leh variasikan dengan tempoyak ni kan...pertamanya yang paling saya suka adalah sambal petai tempoyak...wow, sungguh² menyelerakan la...

hurmm...yang ni pun sangatlah menyelerakan...ikan patin masak tempoyak...kalu belah temerloh sangatlah glamer masakan ini...ishh...kecur air liur lagi ni...

my beloved dss fren...kalu korang masih ingat, ani (rohani muhamad) selalu bawak sambal tempoyak daun kayu ke ostel kan..dan kita2 jugalah yang menumpang 2-3 kaki...hehehe...sangat sedap...

tapi kan, sambal tempoyak cam gini pun sedap...sangat menyelerakan la...tul tak asha???

dan lagi menyelerakan bila dicicah dengan ulam-ulaman seperti ini...

notadijariku: teringat zaman studi dulu...time lapar yang kronik, saya suka sapu tempoyak ni macam jem kat atas roti...dan sangat enak dimakan begitu sahaja...hahaha...giler tul...:P...tapi beh woo, tak caya???try ar cuba...lalala...

15 comments

Tuesday, April 13, 2010 2:11:00 PM

sedapnyer tempoyakkk.. sokka betul la... tetibe tingin nak makan sambal tempotak cicah kacang botol or timun batang tu.. huhu

Tuesday, April 13, 2010 2:26:00 PM

ada bau tempoyak kat sini la.. larik! x suke!
tp dorian sukaaa sangattt...

Tuesday, April 13, 2010 2:30:00 PM

aku xsuka mkn tempoyak cicah ngan ulam tp aku suka gile2 pucuk ubi msk tempoyak mak aih meleleh air lior aku ni

Anonymous
Tuesday, April 13, 2010 2:50:00 PM

lenlain eh terima la kau tmpoyak di wat masakn..tapi kalu dah jdi JEM TEMPOYAK....ermmmm..nk nilai mcmana tuh!!!

Tuesday, April 13, 2010 2:54:00 PM

ish..nape aku tak teliur tgk mknn2 yg ko kate sdp tu..sbbnye aku tak mkn tmpoyak..laki aku la yg suke mkn..tp da bininye tak mkn makenye dia nak mkn kenela bli kat kdai.hehehehe..eh sayur daun kayu tu sayur ape..pucuk ubi eh..

Tuesday, April 13, 2010 3:03:00 PM

dalam banyak2, tempoyak yang last tu gak pembuka selera. heheh colek dengan timun .. wah sedap!

Tuesday, April 13, 2010 3:12:00 PM

erkkk durian pun aku tk mkn, camne aku nk makan tempoyak?
errr.......

Tuesday, April 13, 2010 3:21:00 PM

sekali hidang sume base tempoyak, mau kat bilik air pun bau harum durian nih... hehehe...

Tuesday, April 13, 2010 3:36:00 PM

siti suka sambal tempoyal petai tu..tapi papa kurang sikit mkn tempoyak..tak tau napa..

Tuesday, April 13, 2010 3:57:00 PM

aku tak makan ini semua. tapi start duduk serumah dengan tuan belog ni..dia yg ajar aku. yg paling aku ingat sekali adalah satu mlm tu lauk kami hanyalah ayam goreng dimakan bersama tempoyak, aiyooo.. eh zang, aku suka la sambal apa tu.. sambal kayu tu ek? laki aku memang tak makan tempoyak, tapi kalu sambal kayu tu suka plak dia. ada tak sesapa rajin nak ajar aku cemana nak masak sambal kayu???

Tuesday, April 13, 2010 5:26:00 PM

wah sgt menggiurkan tgk gmbr2 tempoyak itu..nasib baik kat rumah ni ada tempoyak tau..frozen lagi hehe..siap bwk naik flight hari tu :-p

Tuesday, April 13, 2010 5:48:00 PM

Sambal kayu??? Heheh.. Ape ke gile ko ni zan? Ade ke mkn temp0yak ngan r0ti.. :p

Tuesday, April 13, 2010 8:48:00 PM

haha tak reti nak mkn tmpoyak..tp kan suka terliur tgk ikan patin tu..huhu

Tuesday, April 13, 2010 9:23:00 PM

tempoyak?? Memang sedap.. Adik saya lagi giler tempoyak.. Kengkadang dia tumbuh lada pastu gaul ngan tempoyak. Pastu amik ikan bilis, cicah ngan tempoyak, makan depan tv.. Mcm tu je.. meratah.. Sampai abg ipar pernah ckp, adik ni kalau sesat dalam hutan pun tak susah. Bawak bekal ikan bilis ngan tempoyak je... hehehe.. uihs... panjang lebar plak komen ni.. sorry ye..

Saturday, March 05, 2011 12:43:00 PM

A'aa.. Ani asal balik kampung mesti bawak balik satu tupperware tempoyak daun kayu utk akak.. dia tau akak suker sangat.. rindunya air tangan Ani.. tingat zaman belajar dulu..

Ehhh.. tapi makan tempoyak dengan roti.. tak pernah cuba lar pulak.. pelik.. tapi benar eak..

Post a Comment