Tuesday, April 6, 2010

Wahh...Jengka Sudah Glamer Sekarang!!!

sumber dipetik dari surat khabar Utusan Malaysia bertarikh 5 April 2010

MARAN 4 April - Penduduk Felda Jengka di sini menggesa pihak berkuasa agar bertindak tegas terhadap para pemilik lembu dan kerbau yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran di jalan raya hingga boleh mengakibatkan kemalangan.

Menurut mereka, pihak berkuasa sepatutnya mengutamakan keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya daripada terus menjaga hati penternak yang hanya mementingkan diri sendiri.

Seorang bekas pemandu teksi dari Felda Jengka 1, Paharadzi Said, 60, memberitahu, beliau pernah terlanggar lembu yang tidur di tengah jalan raya pada waktu malam ketika melalui Felda Siantan Jengka 19, Maran tidak lama dahulu.

Akibat pelanggaran itu, katanya, teksi yang ketika itu membawa seorang penumpang, rosak teruk menyebabkan beliau terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membaikinya.

"Bagaimanapun, kejadian itu tidak membuka mata penternak dan ternakan mereka terus menjadi masalah kepada pemandu di laluan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini

Seorang lagi penduduk, Hamzah Tawang, 53, dari Felda Jengka 16 berpendapat, sikap 'tidak kisah' penternak di kawasan tanah rancangan itu yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran amat dikesali.

Sehubungan itu tegasnya, pihak berkuasa perlu menjalankan operasi menangkap lembu dan kerbau supaya dapat menyedarkan para pemiliknya.

"Selain itu, keadaan jalan raya yang kotor disebabkan terdapat banyak najis lembu bertaburan sudah pasti menggagalkan usaha kerajaan untuk menjadikan tanah rancangan Felda kawasan yang bersih dan ceria," katanya.

Seorang penduduk dari Bandar Jengka, Abd. Rahman Basri, 48, berkata, penternak perlu sedar mengenai risiko ke atas pengguna jalan raya sekiranya terus membiarkan ternakan berkeliaran.

"Saya menyokong penuh usaha menangkap ternakan yang berkeliaran di jalan raya kerana saya sendiri pernah terlanggar sekumpulan kerbau yang melintas jalan secara tiba-tiba di laluan Felda Jengka 4," katanya.

Seorang anak peneroka Felda Jengka 17, Mohd. Yusof Mohamad, 40, sikap tidak prihatin penternak itu boleh mengundang pelbagai masalah kepada penduduk setempat dan orang ramai yang menggunakan jalan raya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Jengka 4, Wan Mustafa Roni Wan Hayat menjelaskan, pihaknya telah menasihati penternak supaya membina kandang.

Katanya, ternakan berkeliaran boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya sekali gus memberi tanggapan buruk terhadap sikap penternak terbabit.

"Ada ramai penternak yang prihatin dan menyediakan kandang, pagar elektrik serta menguncikan laluan masuk ke ladang selepas waktu petang bagi mengelakkan ternakan mereka berkeliaran.

"Namun masih terdapat juga segelintir peneroka yang tidak menyediakan kandang dan membiarkannya berkeliaran mencari makan. Inilah yang sering menimbulkan masalah,'' katanya.

********************

hehehe...glamer sudah...terang² signboard kampung halaman saya itu...ishh...

3 comments

Tuesday, April 06, 2010 11:18:00 AM

serius rindu sgt nak pegi balik kat jengka. lg2 kat uitm..

Tuesday, April 06, 2010 11:25:00 AM

jengka tu kat mana? kat KL ke?
keh keh keh keh....
aku tk penah jejak lg jengka wehhh..

Tuesday, April 06, 2010 12:06:00 PM

ingatkan glemer sebab apa la tadi..dah ada jalan raya besor ker? rupanya sebba lembu..mmg selalu gitu lan kan..lembu2 bebas berjalan ke sana sini..kang kalau kena curi..bising sekampung.

Post a Comment