Tuesday, April 20, 2010

Wanita Akal Senipis Rambutnya...Korang Percaya Ke Tak???

WANITA AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walaupun ada segalanya
Apa yang tidak ada dalam syurga
Namun…
Adam tetap rindukan Hawa
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu,
isteri ataupun puteri
Dijadikan wanita itu dari tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tapi kalau sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok
Menghasilkan bayang-bayang yang lurus
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka semakin liar
Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan
Nantinya mereka semakin menderita
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Disitu punca kekuatan dunia
AKAL SENIPIS RAMBUTNYA
Tebalkan dia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera
Hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
Mereka lihat nialaian dan keadilan Tuhan
Bisikkan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Ia bukan dikriminasi Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pastikan tidak terhibur dan tidak menghiburkan
Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus
Bahkan akan terus membengkok
Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya
Apabila wanita derhaka
Dunia lelaki akan huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharap ketaatan
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Illahi
Pimpinlah dirinya sendiri kepada-Nya
Jinakkanlah diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu

“JANGANLAH MENGHARAP ISTERIMU SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHARA

ANDAI PERIBADIMU TIDAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARAM ALLAH WAJHAH…”

9 comments

Tuesday, April 20, 2010 9:03:00 AM

blinang airmata.. moga anna mampu jd wanita n isteri yg baik utk suami n mjadi anak yg baik utk ibubapa.. utk k.izan jugeeeek..

p/s: pk camne nak masuk sooorga ni.. ssh nye la.. Nauzubillah..~insaf~

Tuesday, April 20, 2010 9:05:00 AM

apekehal plak ni?

Tuesday, April 20, 2010 9:10:00 AM

anna
moga tercapai hasratmu itu dik...

noj
tah...mimpi kut...suh laki aku baca jap...semalam dia lupa jemur baju yang aku dah basuh...mencikkk

Tuesday, April 20, 2010 9:20:00 AM

erm..
wut shud i say?
shud i say less or shud i say more.
tapi apa yang ko ckp tu betol...

Tuesday, April 20, 2010 9:24:00 AM

miss geli
betul kan...ke kena tambah sikit lagi??

Tuesday, April 20, 2010 9:51:00 AM

haha.. sbb laki tak jemur baju ke??hehehe..

Tuesday, April 20, 2010 9:53:00 AM

hadoi la....lupa la..dah agkt pun tk kat pintu tu nk jemoq...alih2 tido terus...huhuhu..ampunnnnnn saya datuk menteri kewangan.....

Tuesday, April 20, 2010 9:58:00 AM

izan: hahahah...papa pun lupa jemur baju yg siti basuh...hahahaha

Tuesday, April 20, 2010 10:03:00 AM

fiza
haah...semalam akak tido awal...bangun pepagi nengok baju lum berada di jemuran...gagah jugaklah akak menjemurnya

harris
huh...tiada maaf bagimu

siti
ekekeke...bukan susah pun jemur kain...kalu lipat???huwaa memang tolak tepilah...

Post a Comment