Tuesday, May 18, 2010

.:Apa Yang Perlu...Apa Yang Tak Perlu...Meh Kita Baca Meh:.

pertama sekali, mekasih banyak² kat bro nescafe ais ni...pertama kali masuk blog beliau, aku dah jatuh hati...banyak info² yang menarik yang terdapat kat blog beliau...dan sekali lagi diingatkan bahawa entry ni aku copy paste bulat² dari blog beliau...buktinya ada DI SINI...

*    *    *    *    *    *

Jangan risau, ini bukan entri provokasi ataupun entri cari gaduh, jauh sekali cari jodoh. Ianya hanyalah sekadar pendapat yang ingin di kongsi bersama, tidak kira anda seorang yang suka berkongsi kereta, ahli kongsi gelap atau duduk di rumah kongsi. Janji anda 'cool'.


1. Tak payahlah minta visitor atau reader tulis verification words bila nak bagi komen. Kadang kala, verification words yang di beri tu memang payah nak baca. Dua tiga kali juga cuba. Simpan emas apa dalam blog? Memang remeh macam makan sireh. Tapi mulut boleh jadi merah. Jangan risau dengan spam. Tak adanya orang yang nak spam-spam.Kalau di spam, ludah saja pakai sireh. Biasa betul.

Takut dengan Anonymous. Benda tu biasa, dan boleh di delete. Tak pun, simpan dulu komen, dah baca, baru approve kan. Yang mudah, janganlah di susah-susahkan.

komen aku: betul tu...renyah dan remeh bagi meke² yang suka buh verification code...aku ni cam nak rabun dah...kekadang salah masuk code tu...kena ulang semula...sedih weii...sian kat aku ni...sob...sob...

2. Audio atau bunyi-bunyian. Sama ada ia adalah bunyi-bunyian yang datang dari Mp3, radio (zaman Jepun, main radio kena pancung kepala), youtube dan sebagainya yang di set secara autoplay. Biasanya memerlukan masa untuk loading. Ia juga sebenarnya memakan bandwith yang besar juga jika anda hostingkan file bunyi-bunyian tersebut pada file host kerana setiap kali berlakunya view page blog, selama itulah berlakunya proses download dari hosting anda.

Juga, Kasihankan pada visitor yang mungkin mementingkan penggunaan bandwith. Masalah kepada pengguna broadband yang selalu download dan upload. Broadband unlimited? Connection unlimited, tapi bukan speed unlimited. Cukup had bandiwth, speed kembali berlenggang-kangkung. Gua pernah rasa.

Selalu gua terkejut bila terlupa turunkan voleume speaker, mulalah. Macam nak sumpit blog tu. Gua tetap sabar. Banyak pilihan. X kan ada. Harap ianya bukanlah antara salah satu faktor kenapa blogger Malaysia ramai yang sakit jantung semasa melayari internet.Heh.

Kalau tak tahan juga nak letak lagu kesukaan untuk menunjukkan yang kita adalah Die Hard Fan artist tersebut, hinggakan tak boleh tidur kalau tak dengar suaranya, setkanlah supaya ianya manual.

komen aku: sebab tulah aku tak pernah on kan speaker baik di rumah ataupun di opis...sunyi giler opis aku ni tau...dah la jauh di pelosok sana...

nak baca lebih banyak...pe kata korang terjah jek blog beliau tu...banyak info² yang berguna yang leh dijadikan panduan...bersamalah kita betulkan apa yang salah kan...barulah kita leh jadi blogger yang beretika...tak gitu...

notadijariku: walaupun berlambak blog yang memaparkan tutorial di pasaran...namun hati aku dah jatuh chenta sepenuhnya pada blog beliau...mekaih kat noj yang perkenalkan aku padanya...lalala...

9 comments

Tuesday, May 18, 2010 10:49:00 AM

ahahahhahaaaa.... rase nak lempang jek kalo tetibe bukak blog org, tetibe ade sound kuat baaapppaaakkk... lemah jantung... sengal...

Tuesday, May 18, 2010 10:50:00 AM

.:anna:.
tau takper...sebab tu ai tak on speaker...sakit jantung...pekak telinga ni

Tuesday, May 18, 2010 11:04:00 AM

betul2..yg pakai verification word tu siti setuju..huhu..tak larat eh nak tulis2...buang mas apuna da gak..huhu

Tuesday, May 18, 2010 11:09:00 AM

pastu sbb berukben slow nanti lagu sekat2 cam cd cetak rompak

Tuesday, May 18, 2010 11:12:00 AM

.:siti:.
tau tak per...seme nak cepat skang ni...hahaha...eh siti dah buang ke verification code tu??

.:wanie:.
ko ok ke ari ni...kata on leave...hahaha

Tuesday, May 18, 2010 11:43:00 AM

ala... kalau ade widget2 banyak kuar2 kat screen pun aku lemas memandang, lagi pulak telinga... huh

Tuesday, May 18, 2010 11:59:00 AM

tang sound saya setuju..coz saya pun leh terkezut weyyy bile bukak itu blog..heyyy macam2 hal...

Tuesday, May 18, 2010 12:28:00 PM

cam bagus je blog beliau tu, harus terjah gk pasni! apa yg diperkatakan beliau tu, benar2 belaka..so kengkawan, silalah buat apa yg patut, saya sgt2 bersetuju dgn idea / pandangan beliau itu.. =P..tetiba skema lak...ihiks..

Tuesday, May 18, 2010 12:35:00 PM

aku setuju...

dulu aku pernah dimarah oleh cekgu izan sbb memekak..ahahah eh silap...cik geli yg marah aku....dah sehari dia masuk blog aku dekat 123 kali...caya la cik geli...

Post a Comment