Tuesday, May 18, 2010

.:Isu Facebook:.

AMARAN: ENTRY INI MEMERLUKAN PEMBACAAN YANG TELITI DARI MULA SAMPAI ABIS...KERANA TIADA GAMBAR DISERTAKAN UNTUK MENYEJUKKAN ENTRY...sekian

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99)

3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian



notadijariku: bersamalah kita renung-renungkan apa yang diperkatakan ini...

20 comments

Tuesday, May 18, 2010 1:03:00 PM

mmm dah dpt psl FB ni kat fb gak... benda2 ni tepuk dada tanya selera kan...
kat blog pun lebih kurang je jadi nye, klu gambar2 / komen tak tapis dulu... cume kat fb laju lagi la...

Tuesday, May 18, 2010 1:05:00 PM

.:kak ejaMaria:.
tul tu kak...kat blog leh gak moderate komen...kat fb nan ado...tu kekadang dapat komen yang bernanah bijik mata...

Tuesday, May 18, 2010 1:05:00 PM

ooo.. ermm pasni buh isu2 semasa je.. insaf disitu..

Tuesday, May 18, 2010 1:25:00 PM

tu la tak sangkakan...dlm kita bersuka ria melayari tenet tanpa sepadan nie rerupanya bahaya jugakkk...takutttt...

Tuesday, May 18, 2010 1:33:00 PM

banyak keburukan dari kebaikan kan?tepuk dada tanya selera...ehehe

Tuesday, May 18, 2010 1:44:00 PM

.:ayang:.
ha, kolah, gaduh ngan adik buh lam fesbuk...bahye weii..:p


.:ibuhaikal:.
tulah tu, tiap yang baik ada buruk dia jugak...just tepuk...tepuk...sampai tak larat nak tepuk...


.:nana:.
selera kata baik berblog...fb hanya tuk berkebun jek...:P

Tuesday, May 18, 2010 1:52:00 PM

ooooo

aku byk gak buat gitu asal ada gambar kakak2 aku yg bukak tudung ke aku private kan and bagi tengok kat family member ngn kawan2 ppn je

Tuesday, May 18, 2010 1:54:00 PM

Semua yg dihighlight-kan artikel ustaz nie mmg betul belaka.. bukan takat FB.. sumer medium perantaraan di dunia Maya nie lar.. harus ada batasnya..

Tuesday, May 18, 2010 1:58:00 PM

.:wanie:.
bagus²...anak sapalah ni...bini abang labu kan..hahaha..

.:kak iena:.
tul tuh kak...kena jaga la batas2nya kan...macam2 hal dah skang ni

Tuesday, May 18, 2010 1:59:00 PM

aku dah baca ni izan...

aku mmg tak setuju betul bab yg tagging tu...ada je nama aku di gambo yg kadang2 bukan ada aku pun...
dan adanye gambo lama2 aku yg nampak lutut..ehehehehhe

tak baik tu...itu dulu...skrg baik dah...muahahahahahhahaa eheheh ye ke baik, baiklah skit kan

Tuesday, May 18, 2010 2:01:00 PM

hurrrmmm..btol la yg dicakapkan oleh ust. zahazan.. bpada2 la.. nak tukar skit peribahasa sbb mcm kurang relevan utk isu ni..

tepuk dada, tanyalah iman...

Tuesday, May 18, 2010 2:05:00 PM

mcm2 masalah gak yer...

Tuesday, May 18, 2010 2:05:00 PM

tq for sharing...

aku dh baca ni dlm harian metro... tu lah, setiap perkara yg kita buat semua dikira ibadah selagi tk melanggar hukum syarak.. even ber"blog" pun dikira ibadah jika info yg kita sampaikan dlm blog tu berunsur ilmiah dan bukan sia-sia (lagha)...

tp apa yg kita buat tu boleh mengundang kpd dosa sekiranya kita berlebih-lebihan...

so dgn kata lain, berpada-pada lah kalo nk ber"fb" ke, ber"blog" ke... bersederhana itu lbh baik...
just my 2 cents ;-)

Tuesday, May 18, 2010 2:05:00 PM

Sama je kat mana2.. Kalau dah niat x elok.. X elok jugak la jadinya.. Dgr cite mark zurkenberg yg wat fb tu jewish.. Dan sgt2 menyokong yahudi masa dia kat unibesiti dulu..

Tuesday, May 18, 2010 2:11:00 PM

.:asha:.
baguslah dah baca...aku sharekan lagi...

.:anna:.
iman kata apa na???

.:sam:.
hurmm...kita diambang bahaya...

.:delima:.
naik juling aku baca komen ko...bapoknya panjang...pepun aku setuju weii..

.:siti:.
banaykkk siti...kita yang tak perasan...

Tuesday, May 18, 2010 2:19:00 PM

BAB TAGGING MENAGING NI...ia sebenarnya mneunjukkan seseorang tu igt akan seseorang..walaupun kdg2 x ada gambar kita atau pun mungkin gambar yg di post tu ada berkaitan dgn kita...jika adalah berlaku deikan..anggalah bahawasanya rakan atau kawan kita tu sedang merindukan kita ini..jdik x timbulakan kawan tu memperli atau sebagai kat kita...bersangka lah baik...sbb apa ..kita selamat kwn kita pun selamat..kot ye la kita terasa dgn gambar yg di upload tu..maafkan jelah...mana tau kawn kita tu mgkin x ada niat mangata kita atau mgkin dia nk berguau ngan kita..KATA KAWAN LAMA..jdik ignore jelah..jgn terlau emosi sgt...

Tuesday, May 18, 2010 2:27:00 PM

heheheheheh

Tuesday, May 18, 2010 2:30:00 PM

.:are race:.
erkk no komen

.:echa:.
ko gelak kat saper ni...ke takde menda ko nak komen???

Tuesday, May 18, 2010 2:47:00 PM

ehehehe....aku tak kisah ttg gambo2 yg lain....aku pun dah mulai paham kenapa org tag2 gambo tak berkenaan...

aku kan jarang bukak fb..so mmg lambat la nak paham walau aku dahulu yg ada id fb dari ko izan..ehehe...

tapi yg gambo2 lama2..tu segan jugak ai..nampak betis..tapi time sib baik lawo.tapi aurat kaki aku tu babe..eheheh

pis no war

Tuesday, May 18, 2010 7:59:00 PM

takutnya tersalah jadi berdosa pulak!

masih bercuti darwisy demam teruk pulak kali ni. sob..sob..

Post a Comment