Monday, May 17, 2010

.:Isu Fesyen Tudung Bersanggul:.

entry ini adalah copy n paste bulat2 dari blog INI ...thanks to umi nuha...

Saya rasa.. amat penting untuk saya kongsikan satu perkara ni.. Act, saya baru jer tau ttg perkara ni. Kalau kita semua perasan sekarang, fesyen bertudung bersanggul sangat2 femes sekarang. Saya tengok, majoriti yang bertudung, especially yang pakai shawl...msti akan mengayakan tudung yang dipakainya dalam keadaan bersanggul.
Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dlm pic diatas. Memakai tudung yang menampakkn bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan kawan2 semua .

Renungkanlah hadith2 dibawah :
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

KOMEN :

Sama2lah kita sebarkan isu ini.. Agar ianya dapat memberi kesedaran utk diri saya & kita semua. Saya sendiri pun... masih x perfect. Banyak sgt perkara yang harus diperbaiki. Disudut +ve , dunia blogging ni banyak memberi info y selama ni saya x tahu & banyak juga memberi kesedaran drp semua sudut. Sebarang n3 drp blog ini yang dapat memberi info, kebaikan @ pun kebajikan utk semua, saya izinkan kawan2 yang datang kesini utk copy n3 tersebut.. Adalah baik jika ilmu y kita tau itu dapat dikongsi beramai-ramai. credit to empunya blog...http://arryrozy.blogspot.com/2010/05/sanggul-dan-tudung.html

terima kasih kepada ejaMaria jugak...

notadijariku: bersamalah kita renung-renungkan...Allahualam...

27 comments

Monday, May 17, 2010 11:00:00 AM

iskk... naseeeebbb la x pakai gini...

Monday, May 17, 2010 11:01:00 AM

mak aku penah ckp pasal ni. kt cni rakan2 seketeri aku mmg ramai yg pakai tudung camni skang. hurrmmm nanti ai copy paste plak

Monday, May 17, 2010 11:04:00 AM

.:anna:.
tulah tu kan...rambut secotek cam akak ni, mana lepas nak wat sanggul...

.:noj:.
copy la jah...sebar...sebarkan...

Monday, May 17, 2010 11:15:00 AM

izan, tudung ni rambut pendek pun bole pakai... dah ade jual sanggul palsu utk tepek kat kepala bila nak pakai tudung cam nih... hari tu ade kuar paper...

Monday, May 17, 2010 11:17:00 AM

huhu..zan..nasib baik tak pakai staik cam tu..dan sememangnya rambut ku pendek..ya allah..takut membacanya..huhu

Monday, May 17, 2010 11:18:00 AM

bagus tuk renungan semua, tak salah sebar2kan sesuatu untuk kebaikan..sama2 la kita renung2kan..dan perbaiki apa yg perlu kan.. ^_^

thanks 4 sharing!

Monday, May 17, 2010 11:19:00 AM

.:ejaMaria:.
owhh gitu pulak...tak tau la kak...tak minat ar plak pakai2 gitu...hehehe

Monday, May 17, 2010 11:21:00 AM

.:elyies:.
lor, ada hati gak ke nak pakai gini...tak yah la yies...wat dosa jek..


.:mamalieyna:.
sharing kan caring namanya...:p

Monday, May 17, 2010 11:33:00 AM

sorry kepada yang terasa tp aku xsuka cara pkai tudung gitu nampak mcm lawak pon ada
ritu ada tgk dalam tv cara2 pakai sanggul tu ala2 rambut palsu kena klip kat rambut.pakai tudung biasa kan senang je sarung je ni nak kena kelip plak rambut palsu bagi nampak bonggol

Monday, May 17, 2010 11:40:00 AM

.:nana:.
aku tak terasa pung...tapi bukan ke pakai rambut palsu tu haram???camner tu???

Monday, May 17, 2010 11:41:00 AM

aku nak copy paste jugak...

Monday, May 17, 2010 11:43:00 AM

.:lynn:.
copylah...sebar-sebarkan...sharing kan caring namanya...

Monday, May 17, 2010 11:44:00 AM

huhu..rmbut aku yg seco'et ni ikat pon xlepas daaa

Monday, May 17, 2010 11:51:00 AM

rambut mmg pendek .. heh..heh.. kt ofis kita pun dah jadi trend gitu .. baru tau ada maksud disebaliknya ... TQ izan ;-)

Monday, May 17, 2010 11:53:00 AM

hm..tak taula nak ckp..ni kene tanye ustazah / ustaz..dorg lebih pakar..aku klu nak pakai yg nipis2 n ketat mmg tak lepas..ade SIRIM kat umah..hehehehe..tp klu pakai tdg n pakai ank tdg tak nmpk rmbut pun tak leh ke..sbb aku mmg pakai tdg sarung cmni..cume takdela aku sggul rmbut bg tggi cmtu..tak minat pun..cmne tu..

Monday, May 17, 2010 12:00:00 PM

statement tu sanggul pd yg bertudung ke cmana.. kot tak bertudung tu aku mmg sedia maklum..

skrg ni takde sanggul2 lagi dah..

Monday, May 17, 2010 12:14:00 PM

good entry

pasti aku akan copy paste kan

Monday, May 17, 2010 12:33:00 PM

ish ye ker..baru tau kak izan..iza pon sanggul tinggi gak skang ne...nk copy paste leh x?

Monday, May 17, 2010 12:41:00 PM

.:zetty:.
aku plak ingat nak pendekkan rambut aku ni weii...rimas..


.:diana:.
sesama

.:lia:.
ko tak minat???aku lagi nyelah...heheh...

.:ayang:.
ko baca balik memolek...

.:wanie:.
ha, apa lagi copylah..

.:ieza:.
copylah dik...akak pun copy dari blog orang lain...just creditkan kat mana ko kopi...kalu tak leh kopi kat blog akak, ko p kopi kat blog yang akak kasi url tu...

Monday, May 17, 2010 12:43:00 PM

oh..
baru tau..
thanks kak izan..
;)

Monday, May 17, 2010 12:50:00 PM

.:nadd:.
sama-sama...

Monday, May 17, 2010 2:17:00 PM

sesuai ke kalo aku jd tukang buat entri 3? mcm x je..x pe la..abaikan..ehehe

Monday, May 17, 2010 2:23:00 PM

.:sevunation:.
sesuai jek...kata sharing kan caring...ko suka kan

Monday, May 17, 2010 2:28:00 PM

hah..kepada semua kaum wanita..kdg kita rasa ia fesyen..tetapi hikmah sebaliknya yg kita sendiri x sedar..

Monday, May 17, 2010 8:14:00 PM

aah zan..bagus share benda2 camni..

now ni tgk ramai sgt pakai cenggini..x kenan sgt..sanggul tggi2 pastu buh brooch kat belakang..sampai nmpk bentuk leher..jinjang ke apa ke suma bentuk nampak..ada tu tudung belah depan pendek, atas dada, yg belakang sket punyer labuh sampai ke pggang..alahaiiiii

Tuesday, May 18, 2010 9:06:00 AM

ishhh2...sekarang nie macam2 fesyen yang kuar..masalahnya orang kita nie suka mencuba benda2 baru tapi tak tau hukum hakamnya..
p/s: jadikan info ini sebagai panduan sebelm nak mencuba sesuatu tu.."selamat beramal"..

Saturday, May 29, 2010 2:12:00 PM

hehehheee... ni asalnya n3 y do olah oleh saya.. tp dirujuk dr blog azroy..

its ok.. lg tersebar ..lg bagus.. skarang makin menjadi-jadi... smakin menunjukkan tanda akhir zaman..

owhh..ada sambungan drp n3 ini:

http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/05/perlukah-rambutsanggul-palsu-bagi-yang.html

SALAM PERKENALAN.

Post a Comment