Monday, May 3, 2010

.:Layan Novel Sekali Sekala:.

korang pernah layan novel???aku dulu suka sangat layan novel2 ni tau...terutamanya keluaran alaf21 ni...paling last aku layan citer ombak rindu tu...hehehe....pastu semalam masa jejalan bawa anak suami ke alamanda ke mph bookstore tuk mencari buku iqra si kakak...tetiba aku ternampak novel di bawah ni...wahh, ada sambungan rupanya citer ombak rindu tu...tabik ar kat pengarangnya si Fauziah Ashari yang sememangnya punya idea yang banyak dalam penghasilan novel² yang berkualiti gini...tabik weii...aku ni karang cerpen pun tak jumpa penghujungnya lagi...hahaha...

owhhh, nilah novel yang aku katakan di atas...RINDUKU...CINTAKU

******************


Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

ni sambungan citer ombak rindu

dan aku ngah baca skang adalah sambungan citernya lagi...tak paham???gini
  1. OMBAK RINDU
  2. CINTA TIADA AKHIRNYA
  3. RINDU CINTAKU
novel yang pertama aku dah baca sampai abis...yang kedua aku tak tau plak kewujudannya...yang ketiga aku tengah baca skang...hehehe..


notadijariku: dulu aku suka baca novel karya dari aisha sofea terutamanya...sangat best...sampai aku rasa cam aku jek watak lam novel tersebut...feeling harus adalah kan...hahaha

5 comments

Monday, May 03, 2010 12:03:00 PM

mcm mana tau ia adalah kesinambungan??
tah2 cite lain..org yg same je buat..eehee saja je bg confius2 siket

eh, tp btol la..manede tulis episode satu ke..dua ke..tiga ke..tajuk pon da lain dah..ehehe

Monday, May 03, 2010 12:11:00 PM

aku suke syarifah abu salem... aisya sofea pun layan gak...

Monday, May 03, 2010 12:32:00 PM

waaa..syoknya..siti suka baca novel, tapi dah lama tak beli novel..leh tak gitu?

Monday, May 03, 2010 3:01:00 PM

suka layan novel norhayati ibrahim .. dah ada dua hero nieh x dan nak membeli novel dah ;-)

Tuesday, May 04, 2010 10:58:00 AM

Kita SERUPA...hehe..peminat NOVEL alaf21 =)

Saya pun baru tau gak citer 'Ombak Rindu' tu ada sambungan...dah pun baca 'Rindu Cintaku' itu..sungguh sedih jalan citernya..sampai nanges2 gitu ahakss emo betul ngeee

So,skarang ni nak dapatkan novel yg ke-2 tu la..belum jumpa lagi..sungguh susah nak carinya huhu..

Post a Comment