Thursday, May 13, 2010

.:Saper Kata Melayu Tak Hebat???:.

nak balik dah ni...aku tinggalkan korang² ngan entry ni ek...malam kan tak leh online..lappy tak sehat...esok baru kuar wad...
haah, saper kata melayu tak hebat???memang hebat ok...tetambah lagi lam arena blog ni...ate nak jadi pemblogger tegar kan...:p
eh lupa jelah tentang tu, aku nak citer sal Tun Daim Zainuddin ni...

memula nengok share yang dia ada ni...giler tul...

sumber dari email

SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai ‘Daim Yang Diam’ Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu apa ‘formula’ yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan ‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia. Apatah lagi di kalanganmereka yang terkaya di dunia.

Hinggalah suatu hari aku dihantar melakuka n tugasan Tanzania. Ketika itu aku hendak menukar ‘travellers cheque’ di sebuah bank berhampiran Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.

Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah masuk ke perkarangan bank tersebut.

Mahu taknya, potret Daim ’sebesar-besar alam’ tergantung di dalamnya. Dalam hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain kat Tanzania ni muka macam Daim? Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang ‘albino’ jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)

Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu.

“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin.

We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe,” katanya dalam ‘accent’ Afrikanya yang pekat itu.

Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi ‘ranking’ orang-orang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes. Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus ‘low profile’…seperti mana ‘Daim Yang Diam’.

Siapa kata Melayu tak hebat?

(Dua tahun lepas ICB menerima anugerah ‘Bank Terbaik 2006’ daripada The Banker di London.)

notadijariku: nengok, walaupun tak dapat nak realisasikan bank di negara sendiri namun beliau berjaya bertapak di negara orang...kredit to him...cayalah...
erkk...bila aku nak punya bank sendiri ni ek???ada sesapa nak ngaku sedara tak lepas tu???

5 comments

Thursday, May 13, 2010 4:31:00 PM

bank ape kak izan??? bankrooppt?? ishh.. idak le kan... Ameen.. moga2 bank la kaaaaannn

Thursday, May 13, 2010 4:51:00 PM

wah..aku mmg minat ngan Tun Daim zainudin nih..aku juga thn lepas...masa aku wat stu projek paper aku..aku baca gak individu yg berjaya di Malaysia..and one of them adlh Tun daim la...he's very brilliant n succesful..aku bangga beliau adalah anak Melayu...

tp cam tak caya kan..tak sngka ada bank yg berpuluh2 branch kt dunia..

Thursday, May 13, 2010 5:23:00 PM

huhu mmg kaya si daim nih ada satu umah dia kat tmn melawati mcm istana!

Thursday, May 13, 2010 5:24:00 PM

jom la buat bank. haha

Friday, May 14, 2010 8:32:00 AM

no wonderlah leh ada bank sendiri bagai...dia kan penah jawat jawatan menteri dulu..x silap menteri kewangan kot..but not sure..bis byk la duit dia..

Post a Comment