Thursday, June 10, 2010

.:Jangan Sombong...Tak Elok Tuk Kesihatan:.

hurmmm...memandangkan sok aku cuti lagiii...so tak leh nak tunggu ari jumaat la nak buh entry sal tazkirah ni...arhh...bagi aku setiap hari adalah penghulu segala hari...bleh???meh baca dan sematkan lam hati...

****************

Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]

Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..


5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.


6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.


amin...selamat beramal... :) sekian, tazkirah pendek tuk ari ni...sekali sekala kena ada santapan minda dan  rohani kan...tak gitu???

4 comments

Thursday, June 10, 2010 9:08:00 AM

waaaaaaaahhhh...

suke tazkirah gni...pendek & padat... mesej pun sampai..

idak la mcm sesetenagh, kopi pes pjg2.. hengat ade ke org nak baca???
ko dah pandai sgt, wat la rumusan...mcm yu wat ni kak...

baru namenye BIJAK... bukan PURA2 BIJAK...

wkakakakaka... x de yg sentaaaapp kan???

Thursday, June 10, 2010 9:26:00 AM

bestnya tazkirah ni.

thanks kerana sentiasa mengingati sesuatu yang baik...

Thursday, June 10, 2010 10:15:00 AM

.:anna:.
yey...saya memang bijak...lalala...

psstt...psstt...ko kasi saper sentap ni dek non???

.:ibu emy efy eqy:.
selamat beramal semua...

Thursday, June 10, 2010 11:57:00 AM

wahh tazkirah..sedang meresap di jiwa sanubari aku nih.. insap insap insap...

Post a Comment