Monday, June 21, 2010

.:Laksa Goreng:.

selamat pagi semua...ada sehat ari ni??wahhh 2 hari cuti, 2 hari gak la aku tak berblog...malas kekdahnya...ate line beruk kat umah sangat menDUKACITAkan...so pendam jelah perasaan nak update blog kan...hehehe...so pepagi cam gini, memula sekali bila pc dah on, aku akan bukak fb...kedua nuffnang...ketiga barulah blog...nengok pagi ni ada beberapa komen yang kena  moderate...antaranya ada yang minta resepi LAKSA GORENG tu...aiyayaya...ada jugak yang siap minta resepi...hurmmm...maaflah gambar laksa goreng yang aku masak tu tak sempat nak snap...tapi dek kerana ada yang teringin nak nengok aku paste gak ar...tapi aku cilok dari SINI...mekasih pada empunya blog ye...

dan aku paste sekali resepinya ok...
Bahannya:

1 kg mi laksa (celur)
2 kg kerang (rebus dan ambil isinya)
2 keping fishcake (hiris)
40 sen taugeh
70 sen daun kesum (mayang)

Bahan kisar:
3-4 biji bawang besar
5-6 biji bawang putih
lada kisar ikut suka pedas


Caranya:
1. Tumis bahan kisar hingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan fishcake, kerang dan separuh dari daun kesum. Tumis lagi 2-3 minit.
3. Tambahkan 1/2 cawan air dan garam secukup rasa. Tumis hingga pekat tapi jangan kering.
4. Pada masa yang sama..celurkan mi laksa.
5. Toskan mi laksa dan terus masukkan ke dalam tumisan rempah tadi. Gaul rata.
6. Masukkan taugeh dan lebihan daun kesum..gaul rata..matikan api..hidang.


Nota: Mi laksa harus dituangkan terus sejurus selepas dicelur ke dalam rempah tumisan kerana ia akan resap rempah dgn lebih baik lagi .

(ekseli aku banyak tambah resepi ikut suka aku berdasarkan resepi di atas ni...sendiri nak makan kan, so sendiri tambahlah apa yang nak dimakan...hehehe...so pada yang nak mencuba, silalah...hehehe...)

dan tak lupa juga, popia goreng resepi paling simple...

sekian, entry warming up tuk pagi ni...

notadijariku: tahniah pada IDA yang berada di jepun, kerana telah selamat melahirkan baby boy yang telah diberi nama IRFAN FARIS...

11 comments

Monday, June 21, 2010 8:14:00 AM

owh boleh la mencuba (eheheh bila time tah aku leh cuba)

Monday, June 21, 2010 8:35:00 AM

xpenah rase laksa goreng.. iskk.. nnti la try.. tp popia sgt mgoda selera hookkeeeyyy...

Monday, June 21, 2010 8:50:00 AM

sedapnyer kak..kene try gak ni...
kak..ade award tuk akak...amek kat blog org ek..

Monday, June 21, 2010 8:50:00 AM

owhh boleh la cuba nnti...!

Monday, June 21, 2010 9:39:00 AM

aku tk penah makan lagi izan..tp cam sedap dn menarik ..leh cuba nnti...
emm tiba2 ingt nak makan mee sanggul lak...gulp..enak..

Monday, June 21, 2010 9:50:00 AM

.:asha:.
haah ek...bila ko nak ada masa nak memasak ni...ko kan ibu yang bekerjaya...bz manjang...:p

.:anna:.
try la...ko kan rajin memasak...

.:fieza79:.
sila sila...hehehe

.:mama dhia:.
try la jugak...hehehe...award dah amik...tapi amik masa nak publish...entry tengah query ni...hahaha...

.:fyzz:.
hang masak tau...satgi raya aku mai makan...

Monday, June 21, 2010 9:59:00 AM

zan,
aku macam nak makan mee kari ko buat arr


mesti kerang ko isi banyak banyak kan???


siyes aku tak nampak gambar...kecewa!

Monday, June 21, 2010 10:36:00 AM

laksa goreng??

ok ni first time dengar

Monday, June 21, 2010 11:31:00 AM

.:kak geli:.
haah kan...aku pun tingin makan kari ayam ko...haihhh dah lama tak rasa weii

.:wanie:.
ko nipu ni...ko dengar ke ko baca...haihh...

Monday, June 21, 2010 1:53:00 PM

aku wat laksa goreng ni klw laksa tu xabes, sayang dari buang baik aku goreng

Monday, June 21, 2010 9:07:00 PM

ohhh xdela sush ngat ye kak..

thnx/hihi

Post a Comment