Wednesday, July 7, 2010

.:Sehati Berdansa...Sehatikah Mereka Selepas Itu:.

Utusan Malaysia hari ini - 'Sabrina peserta Sehati Berdansa keenam bercerai' - mengesahkan bahawa pasangan aktres Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin Abdul Halim sudah bercerai sejak sebulan yang lepas. Hasil perkahwinan itu melihat mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ariyana berusia dua tahun.

Bila diminta komennya mengenai perkara itu, Sabrina yang bernikah dengan Shahrin empat tahun lalu, memberitahu dia "perlu merahsiakan kisah penceraian"-nya kerana menghormati keluarga kedua belah pihak. Meskipun sudah tidak lagi bergelar suami isteri, namun dia Shahrin masih berkawan baik "demi anak kami".

Artikel tersebut turut melaporkan perceraian Sabrina sebagai yang keenam dalam sejarah rancangan 'Sehati Berdansa'. Pasangan peserta lain yang turut mengalami nasib yang serupa termasuk
Asheed Def Gab C-Sharifah Noor Shima, Atilia-Ariff Johan Abdul Aziz,
Dira-Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid,
Radhi (OAG)-Shazlin Sharif
Anne Ngasri-Abdul Wafi Hassan.

************************

komen aku...aku rasa program ni tak perlu diteruskan ar...nengok ar, dah 6 pasangan yang sertai program ni telah bercerai...adakah ianya satu kesinambungan yang baik atau sebaliknya...sebab isu penceraian di kalangan artis terutamanya semakin menjadi²...cam trend lak...alahaii...fikir-fikirkanlah...
SELAMAT BERAMAL...

notadijariku: apa pendapat korang lak...hehehe...pepagi gini sibuk lak aku ngan gosip² artis ni..haih...macam² hal...

15 comments

Wednesday, July 07, 2010 9:28:00 AM

mintak dijauhkan dari ahli keluarga kita!

Wednesday, July 07, 2010 9:28:00 AM

hehehe kebetulan je seme tu. org lain tak menari pun bercerai berai gak

Wednesday, July 07, 2010 9:32:00 AM

.:noj:.
tulah kebetulan yang sama kan...
minta dijauhkan dari keluarga kita...

.:fiza mak darwisy:.
tulah tu...mohon yang terbaik buat kita semua kan..

Wednesday, July 07, 2010 9:34:00 AM

tu la..ayu pun ada terpikir kebetulan ini..so..sokong gak pasal program tu tak perlu diteruskan..tapi...semua nie kebetulan je..dah memang jodoh diaorang tak panjang..apa pun minta dijauhkan..amin!

Wednesday, July 07, 2010 9:35:00 AM

.:mummy ayu:.
kebetulan yang kita nampak kan...tapi pengacaranya sedang hangat bercinta...hehehe

Wednesday, July 07, 2010 9:35:00 AM

komen aku - dah takde jodoh, nak buat camne

Wednesday, July 07, 2010 9:46:00 AM

macam ada sumpahan plak disitu kan.... haihhhh yg paling aku kesian si Anne tu la.. tengah peknen lak tu.. alahai..

most of them yg bercerai tu usia perkahwinan deorang kurg dr 5 thn kan except Atilia yg dh kawen 10 thn tp takde anak...

Wednesday, July 07, 2010 9:49:00 AM

hhhhmmmmmmmm nak komen apa ek.... tak masuk sehati berdansa pun bleh bercerai gak..... selagi tak faham apa erti sebenarnya perkahwinan camtulah lah jadi...
p/s : sehanti berdansa tu memang berantu lah.. tgk lah pengacaranya pun....... dua2 clash...kuikuikui

Wednesday, July 07, 2010 10:46:00 AM

ala... yg mengacara lagi la... belum kawen dah cerai... ape kes?

Wednesday, July 07, 2010 11:01:00 AM

betul kata nojah


tersurat dan tersirat...

yg nampak bahagia pun kadang2 palesu je...

Wednesday, July 07, 2010 11:07:00 AM

Macam badi plak kan, masuk sehati berdansa pastu sehati bercerai.

Kebetulan & tak der jodoh lah tu gamaknya.

Wednesday, July 07, 2010 12:36:00 PM

tula..smpai atilia pun ckp psni klu dia kawin dia tak nak msuk sehati bedansa lg..hahahah..tkut kene sumpah gamaknye..huhuhu..

Wednesday, July 07, 2010 12:49:00 PM

huhuhuhuh

entahlah kak

Wednesday, July 07, 2010 1:15:00 PM

dunia artis kawen cerai je.huhu

Wednesday, July 07, 2010 3:10:00 PM

tu la aku pun baca paper komeng cenggitu gak..yer la lam program tuh..even laki bini bila dh menang tuh peluk cium tnpa segan silu..

tp nak wat guana..tk dak jodoh..kan kan...tp mmg cam suwe je kan...ramai gk pasangn yg berai2 dh dek kerna progrm itew..
kebetulan....

Post a Comment