Tuesday, August 3, 2010

.:Epilog Syurga Cinta Di Slot Akasia TV3:.

owhh, citer Illusi dah melabuhkann tirainya...aku ni jarang bangat layan citer² kat tv ni...aku bukan kaki tv...tapi tiap petang sesambil suapkan anak² makan...uruskan anak² mandi petang, makanya layan gak ar aku slot akasia di TV3 ni...banyak gak ar drama yang aku layan...tapi kadangnya aku tak sempat nak ikuti episod terakhir...selalunya gitulah...

so semalam, bermulalah citer baru di slot akasia tu...EPILOG SYURGA CINTA...rasanya drama ni lebih kurang citer syurga cinta lakonan heliza helmi dah awal ahsaari tu jek...cuma yang tu filem dan yang ni drama...yang paling beh, aku suka adik mia...pandainya dia berlakon...mulanya aku ingat dia berlakon jadi anak si zizan ni...rupanya adik la...hehehe...

so, korang cam aku tak???ada layan citer² gini???


SINOPSIS EPILOG SYURGA CINTA

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya.

Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

************

notadijariku: tak sabar nak tunggu drama LAGENDA BUDAK SETAN the series hari selasa depan...huhuhu...

7 comments

Tuesday, August 03, 2010 12:20:00 PM

kalo sampai umah awal.. InsyaAllah.. gigih ena tengok.. tapi kan.. ena tengah layan BBC la skrg nie.. Adeihhh!! nampaknya sorang kat depan sorang kat belakang la jawabnye.. tu pun kalau anak2 tak kacau.. huhu

Tuesday, August 03, 2010 1:09:00 PM

tak tgk tv dah. lagipun skang ni pepetang asben ai yg kongker tv. dia tgk river monster kt cenel 555 rasenye. ke cenel brape tah

Tuesday, August 03, 2010 1:26:00 PM

takda layan sgt siri akasia tgk citer tertentu sj...last tgk adam maya la...smpai umah skrg dh 6 lebih tak sempat nk layan tv...kkdg layan mata je...huhuu

Tuesday, August 03, 2010 1:51:00 PM

mcm syurga cinta...ke mmg ambik dari syurga cinta?

Tuesday, August 03, 2010 3:51:00 PM

tu la pasal tetiba lak aku leh terlepas 1st episod citer baru nih.. hoho xpe balik kang layann.. aku xde astro.. hanya layan akasia di petang hari jek.. hehe

Tuesday, August 03, 2010 5:29:00 PM

slalu layan smbil masak...hehehe..tp skrg dah susah skit..dapur x menghadap tv...

Wednesday, August 04, 2010 11:57:00 AM

ai pun layan citer ni gak..lagi2 biler cik adik mia tue berlakon..comey sgt..aqil siap panggil kakak comey...

tp jalan citer ni...mcm pernah ada dlm filem yang si awal dan budak af tue berlakon jea..

Post a Comment