Tuesday, August 24, 2010

.:Lagi Mangsa Mercun:.


hurmm...aku ingatkan dah 14 hari berpuasa ni, tiada mangsa mercun pada tahun ni...rupanya ada...dan yang paling terbaru...seorang kanak² berumur 6 tahun maut kerana letupan stor mercun...ni berita penuh...
 
Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di Kuala Terengganu tengahari tadi.

Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengahari.

Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan telah diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital.

“Kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun identiti kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 22 dan 23 tahun masih belum dikenalpasti.

Nor Shafli berkata, ketika kejadian beliau sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat sehingga menggegarkan rumahnya.

Beliau kemudian menjengah ke luar rumahnya dan melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat secara dekat kejadian yang berlaku.

“Apabila sampai saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagian dinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaring di luar rumah dalam keadaan cedera parah,” katanya yang merupakan seorang peniaga.

Beliau berkata salah seorang lelaki terbabit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala seorang lagi lelaki yang berada di bawah serpihan kayu daripada rumah yang meletup itu sempat memberitahunya ada seorang budak yang turut terlibat dalam kejadian itu dan mengarah beliau mencarinya.

“Setelah mencari saya tidak sangka pula akan menjumpai mayat kanak-kanak itu tersangkut di atas pokok dengan kepalanya cedera parah,” katanya.

Beliau berkata, dua mangsa yang cedera parah itu kemudian telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan.

haihh...sedihnya...budak yang tak bersalah menjadi mangsa...yang aku pelik...perayaan lain pun ada kedengaran bunyi mercun ni...tapi takde plak laporan diterima yang mengatakan ada mangsa mercun seme bagai...ke camner...so fikir-fikirkanlah ek...maybe kita yang terlalu taksub nak beraya kut...entahlah...

notadijariku: kepada sesiapa yang tahu ada yang menjual mercun, sila repot ke aku ek...aku nak beli barang sedua...huhuhu...:p

10 comments

Tuesday, August 24, 2010 8:24:00 AM

kat polis ade..hehehehe..ngeri seh nak bg main mercun..klu jd ape2 sp nak tgg..menyesal kendian tak gune beb.huhuhu..

Tuesday, August 24, 2010 8:40:00 AM

dh keluarkan berita ni pastu nk beli lagi mercun tu.. haishh..

Tuesday, August 24, 2010 8:53:00 AM

jgn laa main mercun..kalau nak main pun beli la mercun pop..mercun yg baling meletup..selamat..hehe

Tuesday, August 24, 2010 9:13:00 AM

bahaya tul la. yg aku pelik ape punye mercun yg meletup kuat sgt ni. hissshh

Tuesday, August 24, 2010 9:30:00 AM

tak pasal2 budak tu jadi mangsa...sian tul...haish kuala terengganu lak tu..

sbb tu aku haramkan anak2 aku belajar pegang bunga api pun..no way...setakat ini no way

Tuesday, August 24, 2010 9:36:00 AM

ekceli aku pun kengerian baca alkisahnya kt paper kemarin...yg jdi mangsa budak tuh..dh la baru 6 thn..sedey sngt..

tp lam topik borak jam kt hotfm tdi..fafau fbi..ag..dok bincang la.yg depa heran awat time raya cina..raya omputih..raya depabali..tak dak lak berita..putus jari kudung mata..kudung tangan semua nih kan...

Tuesday, August 24, 2010 9:48:00 AM

kya baca smlm...kecian ek...salah bapak ank yg dapat... dah ler ank tu pinjmn di dunia jer...xtau bterima kaseh langsung

Tuesday, August 24, 2010 10:00:00 AM

noj aku cite ... org yg jual/simpan mercun nih ...kuantiti byk ... kan die sebut simpan dlm stor ....

lg satu mamat penah kena tangkap tahun lepas ... pastu tahun nih buat lagi .. tak pasal budak yg tak bersalah jd mangsa ....

aku tak suka mercun bunga api bagai ... dr dulu sampai sekarang ...

Tuesday, August 24, 2010 10:31:00 AM

kat ofis saye ada.. heheh..kitorang siap nak oder mercun beteri & klcc tu lagi.. mcm nak seleberet new year lak!! hihihhi

Tuesday, August 24, 2010 11:05:00 AM

haishh.. kesian budak tu. ermm.. jgn la beli mercun kak. karang putus jari plak. meh beli kerepek potong kat blog saya. :P nak jadi stokis pun bleh. hehe..

1/2kg RM5 sahaja
1kg RM10sahaja(Makan 1family pun tak habis)

Klik sini http://wanshah87.blogspot.com/2010/08/kerepek-potong.html

Post a Comment