Wednesday, August 4, 2010

.:Penubuhan Sekolah Mengandung Di Melaka...Ada Pendapat???:.


hai salam semua...ari ni ujan plak pepagi...ujan rahmat katanya...dan sudahnya aku sampai agak lewat ke opis...huhuhu...so cam biasa, pepagi ni, dengar hot chat kat hot fm tu, derang dok bincang sal tajuk di atas...ini adalah tajuk utama di akhbar² pada hari ini...

hurmm...lemau plak aku pepagi ni...tak tau nak bagi pendapat apa...yelah, remaja seawal 15 tahun dibenarkan berkahwin...bagi aku kan, ada pro dan kontra la penubuhan sekolah begini...ada baik dan buruknya...yang baiknya, mereka terhindar dari melakukan perbuatan zina atau seumpamanya kan...tapi tulah, kalu dah kahwin dalam alam persekolahan ni, banyak rintangan...tanggungjawab sebagai isteri, pelajar, anak dan sebagainya...tapi terpulanglah kan...cakap banyak pun tak guna...tapi aku pelik, ngaper stat kat melaka...dan pasni negeri² lain akan menyusul jugak ker...

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *
MELAKA Negeri Bersejarah akan mengukir sejarah seterusnya apabila Kerajaan Melaka di bawah Ali Rustam akan menubuhkan Sekolah Mengandung. Samada pihak Kementerian benarkan atau tidak, Kerajaan Negeri akan tetap meneruskannya bagi mengubati `penyakit budak miang' di sekolah. Itu kata Ali Rustam, KM Melaka yang pernah disabitkan dengan politik wang semasa pemilihan Umno yang lalu. Baca di sini.

Selepas ini rakyat Negeri Melaka tidak perlu bimbang lagi tentang anak-anak mereka yang `miang' kerana mereka akan dibantu. Jika sebelum ini kita dengar mahu diwujudkan Pendidikan Seks di sekolah-sekolah, kini mungkin wujud pula Sekolah Mengandung. Terlalu rapat kaitan keduanya. Saya tidak mahu menyebut idea Ali Rustam ini baik, bijak atau bahlol. Cumanya saya kesihan apabila Ali Rustam menyebut masalah zina akan dapat diatasi dengan kaedahnya itu. Benarkah begitu?

Teori Ali Rustam mudah. Pelajar-pelajar yang melakukan zina adalah kerana gagal mengawal nafsu, maka lebih baik mereka kahwin. Jika pihak sekolah tidak mahu terima pelajar yang mengandung selepas berkahwin, maka inilah sekolahnya. Apa terjadi selepas pelajar ini berkahwin nanti? Sudahkan kita fikirkan? Benarkah mereka yang berzina itu sebenarnya disekat dari berkahwin? Atau semata-mata mahu berseronok? Sudahkah kajian dibuat? Saya rasa tidak ramai yang melakukan zina itu adalah kerana mereka disekat dari berkahwin. Mereka cuma mahu keseronokan bukan mahu berkahwin.

Sekiranya jadi juga penubuhan Sekolah Mengandung untuk pelajar-pelajar miang ini, saya ingin mencadangkan agar Pengetua atau Guru Besarnya adalah bekas KM Melaka iaitu Rahim Thamby Chik. Beliau sungguh berpengalaman di dalam perkara `miang' dan budak mengandung ini.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *
so korang² pengunjung blog ni, apa pendapatan korang...meh la kita kongsi pendapatan riban² korang tu...

20 comments

Wednesday, August 04, 2010 8:01:00 AM

aku tak suke pun idea tuh... perkahwinan ni tanggungjawab... bukan setakat utk menghalalkan seks aje...
cam ne nak blajar, klu dah mabuk2... loya2... muntah2.... pastu bila dah sarat tak larat nak naik tangga pegi kelas... huh poyo!... cikgu pun tak kuasa nak ngajar...

Wednesday, August 04, 2010 8:04:00 AM

salam izan,

erk?mrmm.. niat yg baik tu memg la okkan.. tapi tu la.. umor mcm tu dah kawen, pastu esok kes cerai berai makin bersepah2 sbb masih muda utk kawal emosi& perasaan.. Kuatkan?
Tu yg tak faham tu budak2 skrg.. miang semacam! nape zaman kita dulu tak miang erk? p sekolah hanya pk sekolah aje..
Risaunya anak2 kita nanti.. mcm mana la kan!..

Wednesday, August 04, 2010 8:11:00 AM

kang dh tahu ada sekolah mengandung bersepah lg la budak mengandung takdak bapak ni.. tahu ada sekolah khas utk diorg.

Wednesday, August 04, 2010 8:14:00 AM

aku tak setuju!

sekian, terima kasih!

SYMP

Wednesday, August 04, 2010 8:28:00 AM

ini adalah satu galakan. Maka harus saya tidak bersetuju.

sekian.

Wednesday, August 04, 2010 8:35:00 AM

mengarut semua ni... tak setuju langsung.... orang yang mencadangkannya pun tak pikir panjang.

Wednesday, August 04, 2010 8:55:00 AM

huhu..ganjil...dgn ini akan menyumbangkan kpd peningkatan penduduk dan kurangnya pembuangan bayi???

Wednesday, August 04, 2010 8:55:00 AM

huhu..ganjil...dgn ini akan menyumbangkan kpd peningkatan penduduk dan kurangnya pembuangan bayi???

Wednesday, August 04, 2010 9:33:00 AM

aku pun tak setuju ...
tah pepe cadangan cam ni ..
ke ade kalangan org besar² nih berminat ngan budak bwh umo ??
bila buat undang² cam nih .. boleh la diorg kawen ngan budak bwh umo tanpa kena tindakan undang² kes rogol bagai ...

Wednesday, August 04, 2010 9:53:00 AM

mcm2 la. aku tak paham la negara ni nk jadik hape dah. tak reti aku nk komen cemane.

Wednesday, August 04, 2010 10:19:00 AM

aku tak stuju gak..makin beleluasa la kes seks bebas..sbb ngndg pun takpe..leh sek kat tmpt khas tu..gi pun bdk2 lg tak tau ape..cmne nak bela ank nnti..takyahla wat..da takde cr lain ke..

Wednesday, August 04, 2010 10:22:00 AM

ermmmmmmmm no komen..ada negatif n positif nye perkara ini..

Wednesday, August 04, 2010 10:38:00 AM

ehh mmg akan wt ke...buleh lak mcm tu...ekseli kalau wt camna pon ttp da efek disebalik yg lain...remaja2 skang ni dh advance mcm2 hal meka nk wt tmbah2 menda yg dilarang lg la suka nk wt...

kalau dibenar kawen awal pon skejap je btahan sbb msng2 dlm mood nk enjoy lg bkn ke arah nk bekuarga...huuuu

Wednesday, August 04, 2010 10:39:00 AM

kikiki no komen.. hehe

Wednesday, August 04, 2010 10:41:00 AM

kikiki izan aku no komen... aku lahir kt kl, membesokn diri kt johor, blajo kt pahang, kheje kt putrajaya.. ermm tapi mak pak aku kat melaka adalah bandaraya bersejarah.. lalala

Wednesday, August 04, 2010 10:55:00 AM

rasanya dia orang ni amik tindakan ni tanpa research yang menyeluruh.. nak tutup satu penyakit, takut penyakit lain pulak yang timbul. kalau ya pun nak tubuh, sillabus sekolah tu mestilah berbeza dari sekolah biasa.. sebab matlamat udah berbeza..

Wednesday, August 04, 2010 11:44:00 AM

susah la nak komen.ada pro dan kontra dia.tp benarkan lebih banyak kebaikan dari keburukan? adakah ini caranya? xde cara lain lagi kah? apa nak jadi dgn budak2 skrg ni? umur 15 taon nak kawen..seronok je pikir..t/jawab pikir ke idak?

Wednesday, August 04, 2010 12:06:00 PM

ada pro n con..tah la aku pun cam jah gak..i have no comment..tp aku pun dnegaq gak hotfm pagi tadi..mmg..hot topik gak la..yg penting..jgn smpai harubiru sekolah dh la..anak2 hantaq mak pak pi sekolah lak nnti hahaha

Wednesday, August 04, 2010 12:32:00 PM

pendapat di atas adalah betul dan mugkin dikalangan wanita ramai yg tidak setuju..tetapi kalu diperhatikan kajian yg di buat..74% bersetuju dgn cdangan penubuhan sekolah tersebut..mgkin juga ia kajian di negeri melaka saja tidak di negeri lain..tetapi ramai lelaki menyokong dibenarkan remaja berumur 16 tahun untuk berkahwin bg mengelakkan berlaku zina dan sebagainya..itu pendapar masing2 lah..pada pendapat saya adlah ia mesti berbalik kepada ajaran islam dan undang2 islam..peranan ibu bapa amat amat amat penting sekali...budak zaman sekarang terlampau dan terlalu bebas...maka pak x amaik tau pun...semoga kita semua yg ada anak dara dan teruna amik iktibar di zaman ni kerana zaman mereka nnt pasti makin berubah dan makin byk dugaan dan godaan syaitan nk menyesatkan umat muhammad cucu cicit nabi adam ne...barakallahu li walakum fil quran niazim..wawafaqni wa ihhakum fi hi minal ayati wal zil ril hakim....

Wednesday, August 04, 2010 1:04:00 PM

sy pun x faham kenapa perlu diwujudkan dan dibenarkan remaja berkahwin awal. bukan ker diorang tu tak matang lagi utk menempuh alam rumahtangga ni. lagi satu yg saya tak faham kenapa perlu bukak kat melaka. adakah kerana byk kes buang bayi kat sana..hak hak hak..jgn mara ek..gurau je..husbnd i orang melaka u..

Post a Comment