Friday, August 20, 2010

.:Zakat Fitrah:.



Owhhh…hari ni dah hari ke 10 ramadhan kan…dan semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ni…so nak Tanya korang semua…ada ke yang dah mula bayar zakat fitrah???kalu Tanya aku balik, tak tau la aku kan…sebab itu adalah urusan hubby…tak de plak dia inform aku yang dia dah bayar zakat seme…harap² dia tak lupa la tanggungjawab nan satu ni…bukan per, aku ni jenis yang tak suka melambatkan sesuatu…kang ada yang malam raya baru nak bayar, tak ke haru…dah la dok kat mana…malam raya dah berada di mana…kan kan…

Owhh oklah, ni aku share ngan korang semua, kadar bayaran zakat firtarah bagi tahun ni…

Berikut dibawah ini adalah Kadar Zakat Fitrah 2010 bagi seluruh Malaysia.

1. Selangor – RM7
2. Pahang – RM7
3. Perak – RM 7
4. Kedah – RM7
5. Pulau Pinang – RM7
6. Terengganu – RM5, RM7 dan RM8
7. Johor – RM5 (Beras biasa/beras hancur) dan RM7.50 (beras wangi)
8. Sabah – RM6.60 —>RM6.80 *
9. Negeri Sembilan – RM6.50
10. Melaka – RM6.30 —> RM6.50 *
11. Sarawak
12. Perlis – RM6
13. Wilayah Persekutuan & Labuan- RM7
14. Kelantan – RM6.90 —> RM7 *

***************

KADAR FITRAH
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Sekian, sharing is caring kan...so tahun ni zakat yang dikenakan ke atas keluarga kami adalah sebanyak RM28...4 kepala kan...

5 comments

Friday, August 20, 2010 11:41:00 AM

waktu yg paling afdhal : ayah aku tetiap taun bayar time ni. nk pg semayang raya, mesti pegi awal2 sbb nk bayar fitrah dulu.

asben ai plak bayo di dalam bulan ramadhan. taun ni tak bayo lg. next week la tu

Friday, August 20, 2010 12:31:00 PM

keluarga zue pon rm28.00 juga :)
sharing is caring. thanks kak

Friday, August 20, 2010 1:20:00 PM

eddy byr awal ramadhan aritu tp fidyah aku je blm byr lg. dh gi byr baru ckp huhu

Friday, August 20, 2010 2:22:00 PM

mahalnye johor..
mak aku pki beras pe ah..kene tanya dulu a mcm ni..

Friday, August 20, 2010 3:16:00 PM

orang gaji kena bayarkan zakat sekali tak

Post a Comment