Monday, September 20, 2010

.:Moga Cepat Sembuh Kapten:.


salam semua...korang masih ingat tak entry aku yang NI...pasal one of our officer yang crash tu...adehh...sedihla...buat masa sekarang beliau masih lagi di wad kebakaran di hospital Sultan Ismail tu...siyes...sedih masih menyelubungi kami di opis ni...dan dah plan tuk melawat beliau di sana lam waktu terdekat ni...tadi bos ada offer suh naik heli ngan capt husin...tapi itu adalah esok...ayakss..kalu balik lambat kang, saper nak pikap anak² kat taska...naik helikopter ni bukan leh drop kat merata² kan...adehh...camner ni...aku kepingin benar melawat beliau di sana...

*****************


JOHOR BAHRU - Suasana pilu dan sedih menyelubungi wad kebakaran Hospital Sultan Ismail di sini, sebaik waktu melawat dibuka.
Ahli keluarga, jiran dan kenalan rapat Kapten Zaini Ramli, 38, dilihat mengunjungi wad berkenaan untuk memberi kata-kata semangat kepada beliau yang melecur 70 peratus di badan setelah terlibat dalam tragedi pesawat ringan jenis Liberty 9MHKI terhempas di kawasan Ladang Sri Pulai, kelmarin.

Bapa kepada Zaini, Ramli Saad berkata, sepatutnya anak beliau pulang ke Jitra, Kedah hari ini bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

“Sepatutnya Zaini pulang ke Jitra pada hari ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di sini,” katanya.

Menurutnya, anaknya tidak menghubu­ngi untuk pulang tetapi seperti kebiasaan Zaini akan pulang seminggu sekali untuk bersama keluarga.

“Zaini akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga pada setiap minggu dan beliau tidak menghubungi saya untuk balik, mungkin beliau menganggap saya sudah tahu yang dia akan pulang,” katanya.

Bagaimanapun, Ramli berkata, beliau menerima panggilan daripada Jabatan Penerba­ngan Awam kira-kira jam 10 pagi yang memberitahu bahawa pesawat yang dinaiki anaknya terhempas di Kulaijaya.

“Sebaik dimaklumkan hal itu, saya agak terkejut menerima panggilan tersebut, pihak JPA ingin mengambil kami sekeluarga di rumah tetapi cuaca tidak mengizinkan, kami menaiki van untuk ke Johor Bahru,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Ramli berkata, beliau sekeluarga akan beraya di hospital untuk menemani Zaini.

“Buat sementara ini, kami sekeluarga tinggal di hotel yang agak jauh, hari raya ini saya akan berada di hospital untuk menemani Zaini.

Memang sangat sedih dengan apa yang berlaku tetapi saya redha dengan kejadian menimpa beliau,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail.

Semasa kejadian, Kapten Zaini Ramli, 38, daripada Jabatan Penerbangan Awam (JPA) yang bertugas sebagai penguji dilaporkan melecur separuh badan.

Dia yang parah dikejarkan ke Hospital Kulaijaya sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut.

*****************

notadijariku: doaku moga capt zaini sembuh seperti sedia kala...amin...

6 comments

Monday, September 20, 2010 3:44:00 PM

terok sgt ke...sian kan...kalo tebakar ni maklom je la mesti lambat nk pulih tu..mkn masa...

Monday, September 20, 2010 4:11:00 PM

sedihnya... sian sgguh.. gi la melawat kalo berkesempatan n boleh.. kalo kt putrajaya ni nk jgk melawat..

sian anak n isteri dia

Monday, September 20, 2010 4:33:00 PM

elokla pi ziarahnya..bg semngat ngn kunjungan tu..hari ini mungkin milik kita tapi esok lumpasti..anak2..alahai kalu dekat boleh jer sub sama kakak..hihii..
tapi tak pe dah ade niat..allah akan permudahkan..

krim salam assalamualaikum buat kpten ya..Tahniah anak jitra pun bleh tinggi di ats sana..demi khidmat pejuangan diteruskan..amin

Tuesday, September 21, 2010 9:07:00 AM

ha ahla..dah sibuk beraye aku lupe nak gi ziarah dia bg pihak ko..adus..kelupaan sungguh..klu tak mmg dkt sgt nak gi tgk dia ms blk ry kat jb aritu..takpe..anak2 sekali skala lmbt amik..dorg phm nye..

Tuesday, September 21, 2010 11:17:00 AM

kesian nye ... brape percent terbakar ...
hopefully cepat sembuh ... sedey ...

Wednesday, September 22, 2010 7:45:00 AM

alahai zan, hosp. ni dekat dgn rumah aku zan.. hosp. sultan ismail ni hosp. baru.. mcm putrajaya gak.. kalau kau nak melawat raya haritu boleh gak tumpang tido kat rumah mak pak aku.. harap moga dia cpt sembuh kan zan.. :)

Post a Comment