Sunday, October 10, 2010

.:10.10.10:.


owhhh apa yang menariknya tarikh ari ni di mata anda??aku???hurmmm cam biasa..cuma ari ni ex SA aku di satu ketika dahulu kawin kat masejid besi depan opis aku tu...segan tul nak p jengah...mesti ramai orang la...hehehe...
pepun doa aku moga kalian berdua bahagia hingga ke ujung nyawa....

sama cantik sama padan...moga kekal buat selamanya....
sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isteri...
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan negara yang kacak ini bersama pilihan hatinya Dr Halina Mohd Yunos bakal berlangsung pada 10 Oktober dengan berkonsepkan Istana Kayangan. Ilham tersebut dicurahkan oleh perancang perkahwinan terkenal, Bill Bora yang bertanggungjawab memberi kelainan dan menguruskan majlis gilang-gemilang itu nanti.

"Memandangkan tetamu yang bakal menghadiri perkahwinan itu nanti adalah 100 angkasawan daripada 35 buah negara disamping tetamu kehormat dari dalam dan luar negera menjadikan majlis ini bukan majlis biasa. Konsep tradisional dan elemen dongeng melayu itu bakal membuka mata tetamu luar negara tentang kebudayaan Malaysia, Itu yang diinginkan oleh Datuk sendiri," ujarnya yang menganggap majlis ini bakal menjadi ‘wedding of the decade’.

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu telah memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan mereka sempena ulang tahun ketiga Dr. Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Dr. Sheikh Muszaphar dijangka akan melangsungkan majlis pernikahan pada pukul 11 pagi dan persandingannya pula pada sebelah malamnya.

"Persembahan Istana Kayangan pula melambangkan angkasa lepas, bulan dan bintang. Pasangan mempelai pastinya bagai seorang pahlawan Melayu mengahwini puteri dari kayangan. Banyak lagi unsur-unsur yang akan saya selitkan dari segi pemakanan, persembahan artis dan instrumen muzik. Saya masih mencari unsur-unsur lain bagi mencantikan lagi majlis ini. Setakat ini semua perancangan dan idea saya telah dipersetujui oleh Dr. Sheikh Muszaphar, tapi ia masih lagi diperingkat awal," ujar publisis Bill Bora yang mengakui memikul tanggungjawab yang sangat besar bagi mencorakkan majlis ini.

Namun begitu anggaran perbelanjaan masih belum dapat dipastikan kerana lokasi majlis juga masih dalam perbincangan. "Persidangan tersebut masih belum ditentukan tempatnya. Kalau boleh Dr. Sheikh Muszaphar mahu tempat tersebut berhampiran dengan tempat berlangsungnya kongres Angkasawan bagi memudahkan para jemputannya datang," ujarnya.

__________________________________________________________________
ok nak bersiap apa yang patut...ari ni ada jemputan kawin ex bos hubby kat gombak...orang dah jemput kenala p kan...selamat berhujung minggu semua...

5 comments

Sunday, October 10, 2010 11:05:00 AM

Selamat Pengatin baru Datuk Sheikh muzafar n Dr Halina..moga majlis perkahwinan yg gilang gemilang ini akan kekal bahagia selamanya...

Sunday, October 10, 2010 11:14:00 AM

mesti kat KLIA sibuk dlm bulan ni kan

Sunday, October 10, 2010 12:42:00 PM

wahh mesti meriah gila2 wedding ni...hrp berkekalan sehingga hujung nyawa...kalo tak rugi wedding puluhan ribuan ke ratusan ribuan ringgit ni..

Sunday, October 10, 2010 4:23:00 PM

ermmm...bestnya dorang kawen...

Monday, October 11, 2010 8:42:00 AM

tarikh 10.10.10 mmg spesel bagi mak aku. heheh

Post a Comment