Wednesday, November 24, 2010

.:2 Alam Filem Pecah Panggung Ke Pecah Punggung???Ada Sesiapa Yang Dah Nonton Sila Kasi Prebiu:.



Adam adalah anak kepada seorang bekas pelakon bangsawan bernama Zainal. Dia bersahabat baik dengan dua orang temannya iaitu Ishak dan Hassan. Sewaktu kecil Adam adalah seorang kanak-kanak yang sangat petah dan pandai mengaji Al-Quran berbanding dua temannya.
Kerana kecemerlangannya di dalam pelajaran dia akhirnya dihantar untuk meneruskan pengajiannya di London. Manakala teman baiknya Ishak dihantar oleh bapanya di Al-Azhar, Mesir. Hassan di hantar oleh bapanya ke Amerika meneruskan pengajian dalam bidang perundangan. Sewaktu di London, Adam telah melakukan pembedahan menukar jantina selepas terpengaruh dengan budaya songsang barat. Dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang jejaka Inggeris dan meneruskan kehidupan di London sebagai pelakon pentas bagi meneruskan legasi bapanya.

Apabila dia ditinggalkan oleh lelaki Inggeris tersebut Adam telah menukar namanya kepada Amy itu pun kembali ke tanahair untuk memulakan sebuah kehidupan baru. Sekelip mata sahaja Amy menjadi popular kerana Aura dari London yang dibawa bersamanya itu menjadi.

Dia terbabit lagi dengan cinta seorang lelaki bernama Juan Agustin seorang bintang Pop Malaysia yang sangat popular di Taiwan. Saban hari kehidupannya semakin jauh dari Tuhannya sehingga pada suatu hari segala tembelangnya pecah kerana dia dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki di dalam sebuah ladang getah.

Kini 7 dosa besar yang dilakukannya mula mengejarnya satu persatu akhirnya dia nekad dan menggantungkan diri. Perjalanan jenazah Adam ke kubur adalah satu kembara terakhir seorang manusia yang melakukan 7 dosa besar. Apakah perjalanannya ini hanya seperti membawa seorang bangkai untuk di timbuskan ke dalam perut bumi? Apakah kesukaran yang bakal diterima oleh jenazah yang cukup popular ini?

Bagaimanakan Hj Ishak seorang sahabat baik kepadanya menerima dan menguruskan sahabat baiknya itu pada hari-hari terakhir jasad itu di atas muka bumi? Dimanakah sebenarnya tempat untuk manusia yang tidak tahu membezakan antara sesuatu kekal dan batil akan ditempatkan pada simpanannya sebelum dibangkitkan semula?



______________

owhh, nengok sinopsis macam best jek ni...tapi bila masa nak p nengok...
arghhh...sesapa dah nengok sila kasi bintang....
kalu beh aku p nengok rehat kang...hahaha....

notadijariku: kakgeli, aku nunggu review dari ko ni jek...

13 comments

Wednesday, November 24, 2010 11:48:00 AM

blom tgk lg.. tp last week ada baca dlm paper, mcm kureng best jerrr.. x tahu lah..

Wednesday, November 24, 2010 11:51:00 AM

tu la kan.. bila la dapat p tengok citer ni kan?. huhu

Wednesday, November 24, 2010 11:55:00 AM

ye la..cita nie publisiti bukan main lagi..tapi ayu pun lum dgr lagi apa2 komen...best ker?

Wednesday, November 24, 2010 12:00:00 PM

x penah tgk lg pon...hehe

Wednesday, November 24, 2010 12:24:00 PM

xtgk la kot hahah aku awal2 dan anti ngan cite ni
propa lebey 40 juta kunun..

Wednesday, November 24, 2010 12:35:00 PM

cam best je sinopsis cite ni..tapi apekah daya nak tgk cite ni tak termampo..nak campak anak kat ner..hahahha

Wednesday, November 24, 2010 12:35:00 PM

cam best je sinopsis cite ni..tapi apekah daya nak tgk cite ni tak termampo..nak campak anak kat ner..hahahha

Wednesday, November 24, 2010 12:38:00 PM

sinop cam best jek.. ermm bole buat iktibar gitu..
nak tengok la nanti... tiket wayang sentiasa free nie.. hahaha

Wednesday, November 24, 2010 12:40:00 PM

nengok publisiti mcm best jer,40 juta konon...citer xtau lg cmner..

tp bila baca sinopsis tu mcm best plak..citer ni dh ditayangkan ker?..mcm xpnh nmpak jer iklan kt cinema....klu berpeluang tu,ndak jugak nengoknya..tp bila ek?

Wednesday, November 24, 2010 12:54:00 PM

mcm nak tgk..mcm je la...

Wednesday, November 24, 2010 2:42:00 PM

aku tgk dr.rozmey n oning wambut die jer da seram sjuk da..2 lom lg g tgk pilem die nih...uishhh...seram..seram..

Wednesday, November 24, 2010 3:11:00 PM

ooo.. gitu ek dia nyer sipnosis.. menarik.. tapi kupasan jalan citenye semenarik sipnosis ker?? huhuhu.. kak, mung g la tengok..kak geli tak dpt tiket katanya, full house kan.. dasat gak cite ni ek

Wednesday, November 24, 2010 3:23:00 PM

zan, member2 office aku ada yg dh tgk. diorg kata hampeh buang duit. mcm filem jaga bajet.

Post a Comment