Thursday, November 4, 2010

.:Bermula 15 Disember Ini...Saya Akan Menukar Nombor Telefon Mudah Alih Saya...Sila Ambil Perhatian:.



owhh...tidakkkkkkkkkkk...aku ni dah ler lemah nak menghafal nombor bagai...ni plak nak menukar no baru...gimana ni ek...dah la selama ni no pon kawan² aku suh miskol, kendian save jek...pastu kalu berlakunya kehabisan bateri or berada di luar kawasan liputan, memang jadi satu masalah...sebabnya tak hapal no telepon kawan yang mahu dihubungi...bistu camno??? sapo nak jawab ni...

dan semalam aku ada terdengar sal penukaran no baru telefon selular degan 3 + 8...kan selama ni kita guna 3 + 7...owhh, maka akan bertambah lagi satu angka...

eh aku tak tipu ye...ni berita sepenuhnya...

________________________________

MALAYSIA BAKAL LAKSANAKAN FORMAT BARU PERKHIDMATAN TELEFON SELULAR DENGAN 3 + 8

Cyberjaya, 2 November 2010, – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengumumkan bahawa Malaysia kini di dalam proses melaksanakan nombor telefon selular dengan
format baru iaitu 3 + 8. Pengumuman tersebut dibuat pada satu sesi taklimat kepada pihak industri, badan-badan kawalselia, pihak media, forum-forum pengguna dan pihak yang berkaitan bagi memudahkan
pemahaman mereka terhadap perlaksanaan format baru perkhidmatan telefon selular ini.
Nombor telefon selular baru tersebut bermula dengan prefik-011 dan diikuti oleh lapan digit nombor pelanggan, iaitu 011 1XXX XXXX, akan dilancarkan pada 15 Disember 2010.
Ini merupakan langkah perancangan jangka panjang SKMM setelahmengambil kira jumlah nombor bagi perkhidmatan telefon selular sediaada iaitu format 3 + 7, semakin berkurangan dan tidak mampu
menampung permintaan industri pada masa hadapan. Perlaksanaanini juga ekoran dari perkembangan terkini dengan peningkatan bilangan pembekal perkhidmatan rangkaian selular dan potensi kepelbagaian perkhidmatan yang bakal diperkenalkan hasil dari perkembangan teknologi telekomunikasi.

SKMM mengambil pendekatan yang lebih komprehensif dalam melaksanakan format baru ini dengan mengadakan rundingan dan kerjasama yang erat dengan semua pembekal perkhidmatan komunikasi agar inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.Dalam ucapannya, Dato’ Jailani Johari, Ketua Pegawai Kawalselia danPengawasan SKMM menjelaskan, “Projek ini merupakan langkah awal pihak SKMM bagi melaksanakan format baru telefon selular dengan 8 digit nombor pelanggan. Berdasarkan pelan perancangan penomboran nasional, semua nombor bagi perkhidmatan telefon mudah alih aka ndimigrasikan kepada 8 digit yang akan dilaksanakan melalui fasa berperingkat mengikut keperluan dan SKMM akan memaklumkan
semua yang terlibat dari masa ke semasa berhubung keputusan tersebut”.

SKMM telah menubuhkan satu kumpulan kerja yang turut dianggotai oleh pihak industri yang terlibat bagi mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan pelan perlaksanaan tersebut. Kumpulan kerja yangdiketuai oleh SKMM juga membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempercepatkan lagi proses perlaksanaannya kerana ia melibatkan impak yang besar kepada semua pengusaha perkhidmatan telekomunikasi dan juga pengguna. “Kerajaan, melalui SKMM, telah bekerjasama dengan industri dalam membawa perlaksanaan format baru ini kepada pengguna dan akan terus memantau perkembangan persiapan dan ketersediaan pihak yang terlibat. Ini kerana ia melibatkan pelbagai sistem dan rangkaian pembekal perkhidmatan yang berbeza. Perkara seperti ini perlu diurus dengan baik termasuklah menaiktaraf atau menukar sistem dan rangkaian yang sedia ada bagi membolehkan projek ini dilaksanakan tanpa sebarang gangguan kepada perkhidmatan yang sedia ada.”
tambah beliau lagi.

SKMM menyarankan agar semua pihak yang terlibat dalam projek ini memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan kejayaan perlaksanaan format baru perkhidmatan telefon selular ini kerana ia merupakan satu daripada inisiatif strategik kerajaan bagimeningkatkan lagi peratus penembusan jalur lebar negara.Maklumat tambahan mengenai pelaksanaan sistem penombora ntersebut boleh dirujuk dan dimuat-turun di laman sesawang SKMM dialamat http://www.skmm.gov.my/

______________________

ha, so camner???anda sudah bersedia???

notadijariku: pening nak ingat no yang panjang²...

14 comments

Thursday, November 04, 2010 7:58:00 AM

eh.. betul ke wei... eh.. aku nak bitau jugak neh.. pape kalau nak call... nak sms ke.. guna no 013 aku ek.. hehehehee

Thursday, November 04, 2010 8:03:00 AM

@Echa
HARAP MAAF!!!
nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan...

weii...nipu sungguh...

Thursday, November 04, 2010 8:22:00 AM

owh.. camtu ker? alamak!! ea pun ada masalah yg sama la ngan izan.. tak hafal no tepon.. adoiyaiii!!

Thursday, November 04, 2010 8:26:00 AM

byknya no nk kena ingat..fengsan..hahaha

Thursday, November 04, 2010 8:26:00 AM

jenuh la nak menghafal byk nombor..

Thursday, November 04, 2010 8:28:00 AM

eh, da baru..bewarna kuning..
aku ingt ko yg tuka no tepon..ehe

tu utk sume or utk penggune tepon baru?

Thursday, November 04, 2010 8:37:00 AM

izan.. no aku yg 0136444220 la wei... dengan tanpa segan silu aku letak no hp aku kat sini.. hahahaahhaha

Thursday, November 04, 2010 8:52:00 AM

patutnya no phone yang sedia ada tak yah la tukar ke 8 digit tu...

wat je la pada sapa2 yang daftar no baru... sayangnya la kalau no lama tu dimigrasi... adeh...

Thursday, November 04, 2010 9:07:00 AM

ya ka cam tu...masalah ni...tak suka tuka2 no...huhu

kuning plak...??

Thursday, November 04, 2010 9:28:00 AM

cantik rmh baru.. segar mata den yg ngantuk ni.. kak ni tuk pengguna baru je kan???

Thursday, November 04, 2010 9:55:00 AM

aiseyman..tuh la tuh..nak tambah lak kan.aku pun ada dengaq kt hotfm..kemarin tak silap aku..nih kira kompem la..aku pun susah nak hapal nombor2 hp nih..pepun lawo la hp yg ada antena ..rujuk foto di atas..hehe

Thursday, November 04, 2010 10:06:00 AM

ni cite no baru ke rumah baru... ????
arrghhh belum hapal nombor dah penin... huh

Thursday, November 04, 2010 10:28:00 AM

tula..aku pun ade dgr kat hot fm psl ni..mmg tak tehafal la no byk2 ni..

Thursday, November 04, 2010 10:41:00 AM

mak ai..biar benar...takan lagi panjang nombor nak kena hafal..

ai cuma hafal nombor tepon hubby, dan no. phone umah kat ipoh, no my boss, my PPT I dan no sendiri..aje..hahahahha...

Post a Comment