Monday, November 1, 2010

.:Fesyen Yang Pelik-Pelik...Korang Berani Cuba???:.


salam semua...


hurmm...siyes talk la, ekseli aku tak berapa nak amik tau saper lady gaga yang sebenarnya...nampak sangat aku kurang amik tau sal perkembangan industri muzik antarabangsa...mahupun tanah air...hahaha...dan dari aktiviti lompat melompat ke blog dan web pepagi ni...maka, ternampaklah aku akan fesyen yang AGAK PELIK bagi aku yang digayakan oleh Lady Gagap ni..haiahh...memang rare ok...
fesyen yang dimaksudkan itu adalah Baju Daging Lady Gagap...ni aku syak dah kira cam kehabisan idea ni...pas ni tak tau lak apa fesyen yang nak diketengahkan oleh minah ni...mungkin baju daun kelapa sawit ke, daun sireh ke...eh sape tau kan...beliau suka fesyen pelik² cam gini kan...

nengok, 100% bajunya ini adalah daging asli...perghh...kalu wat daging goreng kunyit beh gak ni kan...kenyang perut weii...

siap kat atas rambut ni pun daging gak...bukan takat itu, kasut, tas tangan pun diperbuat dari daging asli...sangat membazir ok...

huhuhu...bau lembu...ni pelukan terpaksa ke apa???

dan antara fakta menarik sal baju daging ladi gagap ni...

1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli
Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .

2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.

Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.

3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm…Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.

4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.

5. Baju daging ini selesa dipakai!
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu. Hmmm, betul ke apa yang Lady GaGa cakap ni? Ataukah ia sekadar propa semata-mata?

6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau. Hebat ya?

7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah
Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih.

___________________________

ha, amacam???berani ke korang nak try fesyen gini bagi meke² yang minat berfesyen...aku???owhh tidak sama sekali...wat rendang daging pun beh jugak tu...hahaha...

eh, citer penuh aku baca kat SINI...

15 comments

Monday, November 01, 2010 10:08:00 AM

lady gagap ni bongok, taksuke betik ngan dia, hohohoh!

Monday, November 01, 2010 10:08:00 AM

pening la kepala aku tgk ni. uweekkk nk muntah pun ade

Monday, November 01, 2010 10:17:00 AM

nk muntah..eeeee geli tekak mak!

Monday, November 01, 2010 10:24:00 AM

mcm2 hal la..dah abes pesen bulu2 skang amek isi plak hehehe

Monday, November 01, 2010 10:56:00 AM

sabo je la...

Monday, November 01, 2010 10:58:00 AM

geli...tak lalo..memula dapat emel nie memang eeeeeiii yer...rasa

Monday, November 01, 2010 11:07:00 AM

ga ga u la la...lady tergaga.......

p/s; nagtok2 layan lagu dier best gak kan..hahaha

Monday, November 01, 2010 11:11:00 AM

Salam..

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

Anyway kalau ada masa, silalah ke blog saya.

regards,
BLADE EDGE

Monday, November 01, 2010 11:40:00 AM

minah ni mmg pelik2..klu aku mmg tak sggupla..agknye klu jmpa anjing / bntg yg kelaparan kat tgh jln msti dia kene baham kan..hahahaha..

Monday, November 01, 2010 1:34:00 PM

tak de idea lain ker?

Monday, November 01, 2010 1:42:00 PM

eeeuwww.. pasni agak2 daging baju tu dia masak x, buat beefstick ke ape ke hihihi

Monday, November 01, 2010 2:05:00 PM

haha..jijik punya baju

Monday, November 01, 2010 3:46:00 PM

tah pepe... suka sgt tarik perhatian dunia...buduh !!

Monday, November 01, 2010 5:57:00 PM

eii..geli je...goreng dgn grm kunyit baru tau

Tuesday, November 02, 2010 11:02:00 AM

she's a satan!

Post a Comment