Monday, December 13, 2010

Hanya RM14 Ribu..Berita Buruk Untuk Gadis² Di Luar Sana


korang ada baca metro ahad semalam...citer sal dibawah ni???
hurmm...macam² hal la skang..cam desperado pun ado ni...haihh...
saper yang desperado???eh korang nilai sendiri la....

KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.

Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak

Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.

“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.

Sumber : MyMetro.com


so kesimpulannya...
Berita Baik Buat Lelaki Single...Lelaki Sudah Beristeri dan Mahu Beristeri Lagi 2-3 Orang
* alasannya???korang pikirlah sendiri...hehehe...
Berita Buruk Buat Gadis² Diluar Sana Yang Belum Berkahwin
*ha, baik korang timang² kan berapa rege hantaran yang patut korang letak selepas ini...

eh saya pun leh jadi calon terbaik...hahaha...
 notadijariku: fuhh, sib baik aku dah kawin...
tapi masih ada kekosongan 3 tu...erkk...kena wat langkah berjaga² ni...BAHYA...
jangan nak ngengada ye bang... :P

13 comments

Monday, December 13, 2010 1:04:00 PM

alamakkk!!!! menakotttkannnn.. mengerikannnnn!!!!!

Monday, December 13, 2010 1:06:00 PM

@LiErOSe~QiEmi
eh ko dah kawin kan...
so ilangkan rasa takut itu...hehehe

Monday, December 13, 2010 1:25:00 PM

haihh ni bahya buat gadis2, mak dara msia ni

Monday, December 13, 2010 1:46:00 PM

best nie..kne g maghribi la plak nampaknyer

Monday, December 13, 2010 2:10:00 PM

rmai lak yg andartu gadis tmptn pehni...

aku suka style rmbt kakak,sgt seswei okeh..comel!

kt mines ek?

Monday, December 13, 2010 2:10:00 PM

cutenya kakakkkkkkkk...auntie suka tgk rambut kakak cam gitu

Monday, December 13, 2010 2:30:00 PM

Jempot la dtg kenduri gwa nex year zan.. Gwa ingat nak tempah la satu awek arab ni.. Gwa ada baca pasal ni smlm.. Gebu.. Suci.. Setia.. Pergh.. Hahah

Monday, December 13, 2010 2:59:00 PM

gilosss...
imigran ...klu aku ttp nk mesian gak .. takmo imigran nih ....
tp tatau la org laki ..nk gebu lawa..body mantop ...

Monday, December 13, 2010 3:46:00 PM

seramnyerrrrr

Monday, December 13, 2010 4:17:00 PM

hah!! tetiba jer mata yg mengantuk jadi cerah. gebu, putih, menawan..huhuhu

boleh dipertimbangkan gadis maghribi ni sbb kat malaysia sekarang mahal sangat duit hantaran yg diletak oleh keluarga perempaun. nak mintak kurang pun tak berapa nak bagi. tambah tolak darah bahagi, mesti ada 20 ribu dalam tangan.

kalau kahwin gadis maghribi ni, dah save 6 ribu tu..hehehe. mak, esok saya nak kahwin...

Monday, December 13, 2010 4:45:00 PM

baca dah smlm..sib baik laki aku takde simpanan 14k...eheheehhehe...


btw aku nampak ada iras2 dora la anak dara tu..eheheh bila potong?

Monday, December 13, 2010 6:26:00 PM

ini satu berita gembira.. ekekekek

Tuesday, December 14, 2010 11:18:00 AM

kena hati2 ni... dh la pakej sempurna sorg isteri tu ade.. kang ade lak incik suami bercita2 kang.. bahaya...bahaya... kena cek pergerakan ni..jgn bg die g maghribi.. ahahahahhaha

Post a Comment