Tuesday, December 21, 2010

Kalau Perempuan Tak Tahu Memasak...Salah Ke??? Tapi Macam Mana Kalu Lelaki Tak Boleh Jadi Imam???


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

_____________________

lelaki terutamanya...sila jawab...sib baik saya tahu memasak...kalu takat nak kenyangkan perut suami tuuu no hal la...janji kenyang sudah...huhuhu....

15 comments

Tuesday, December 21, 2010 8:13:00 PM

haah, kdg2 ader yg smayang pun tinggal....

Tuesday, December 21, 2010 8:17:00 PM

Ayuni
hurmm...lets the man answer this...hehehe...

Tuesday, December 21, 2010 10:16:00 PM

ehem ehem.. test test 1 2 3

saya tak pandai menyusun kata apalagi menitip bait-bait indah. kalau ada tersilap kata, sorry lah ekk...^^

lelaki, ramai kaum sejenisku sekarang ni tak amik kisah tentang soal agama. tak hairan lah bila soal menjadi imam, masing2 menolak antara satu sama lain. last2 pakcik tua jugak yang mangimamkan solat.

menjadi imam bukan hanya terbatas di masjid, dirumah sekali pun masih ada tanggungjawab menjadi imam kepada yang mempunyai keluarga. sejak sekolah lagi kita mempelajari ilmu agama, tahu bertapa besarnya pahala solat berjemaah. tapi ramai yang tak amik kisah. tak bermakna selamanya tak layak menjadi imam. pokoknya, kenalah belajar..

isteri yang tak pandai memasak bukan lagi perkara luar biasa sebab ramai diluar sana gemar makan diluar berbanding masak sendiri. walaupun perkara ini dianggap remeh temeh dan bakal usami atau suami tak amik kisah tapi pada pandangan mertua, buruk benar situasinya.

so, sepatutnya sebelum kahwin, kedua2 pihak meletakkan syarat utama.. perempuan mesti pandai memasak dan lelaki haruslah layak menjadi imam dalam solat. salah satu syarat tak dapat dipenuhi, carilah yg lain...

panjang lebar ku menulis.. kay, masa utk makan malam ^^

Tuesday, December 21, 2010 10:40:00 PM

setiap org ada kelebihan dan kekurangan..jgn ditanya kelemahan org lain, tanya kelemahan diri sendiri dan cuba berubah, itu lg penting

Tuesday, December 21, 2010 10:48:00 PM

ahahahhaha dah pernah dgr nie dlm fb .. hebat jugak diperkatakan :)

Tuesday, December 21, 2010 11:20:00 PM

mmg BEST entry yg ni..tak sabar gak nk tgk JEJAKA yg berani reply !! ala, mereka dikurniakan 9 akal, tak kan la entry sesimple ni pun tak blh nk bg komen yg positif & membina kannn..

to cik Mot, wa respect lu !! pewittt

Wednesday, December 22, 2010 12:31:00 AM

well stated!

Wednesday, December 22, 2010 2:55:00 AM

aku setuju.. hahaha..

Wednesday, December 22, 2010 6:20:00 AM

itulh realiti dunia skrg....

Wednesday, December 22, 2010 7:45:00 AM

betul tu izan..

perempuan punye kekurangan nampak besar sangat.. sedangkan tanggungjawab lelaki tu lagi besar.. Nak bimbing isteri, nak didik anak.. kalo suami tak tahu semua tu mcm mana anak isteri kelak.. beruntugn sekiranya isteri lebih berpengatahuan dalam bab agama dan urusan rumahtangga.. tp tu bermakna tanggujawab dah selesai.. manusia perlu berubah dari hari ke sehari kan! rugged itu mungkin karektor tp jd imam itu kewajipan..

eh! ober pulak ngomel!.. haahha..larrikkkkkkkkkkkkkkkkk!!

Wednesday, December 22, 2010 8:49:00 AM

sangat sokong la perkara ni kak..
x terpikir plak..
jd perempuan nak kawen kene pandai masak dan lelaki nak kawen kene pandai jd imam..kan???

nak copy entry boleh x??
hehehe...

Wednesday, December 22, 2010 9:43:00 AM

akak baru je draf entry 'kenapa perempuan perlu bole memasak'... hehehe...

Wednesday, December 22, 2010 10:48:00 AM

kepada semua dia atas...
abe ni nok kena jawab jugak ker???
tapi kalu abe jawab jange kato abe ni riak, berlagak sombooig la...tuhan Laknat ogre mace neh...

....jadi abe takut timbul perkara di atas,kalu nk tahu..tanya lah tuan blog ni...heeheh..

cik mot....abe leh jadi imam kan??? tak tergolong dlam isu di atas kan!??

Wednesday, December 22, 2010 11:00:00 AM

Betul lah cik mot, tak terfikir plak pasal nih.

Wednesday, December 22, 2010 11:51:00 AM

100% setuju..tapi perempuan ni kalau tak tahu masak leh blajar tapi lelaki kalau tak leh jadi imam susah tau

Post a Comment