Sunday, December 26, 2010

Kan Dah Kena Tegur...Tulah Seksi Sangat...


Rais tegur artis berpakaian seksi..Berita Dari SINI

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.

"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir.

"Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Krismas 1Malaysia anjuran ahli perniagaan, Datuk Seri Vanatiah Anthony, di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu.

Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Sementara itu, Ketua Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Zaira Jaafar berkata, biarpun penampilan seseorang itu merupakan hak individu namun ia perlu mempunyai had dan batasan.

Beliau berkata, tindakan artis wanita yang mengenakan pakaian menjolok mata bukan sahaja tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi Malaysia, malah menunjukkan mereka tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.

"Bukan tidak boleh berpakaian moden dan mengikut trend, namun artis wanita juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling.

"Jangan berpenampilan keterlaluan kerana mungkin ada di kalangan peminat dan masyarakat tidak boleh menerima imej sedemikian walaupun atas dasar bersikap terbuka mahupun atas nama kebebasan," katanya.

Zaira berkata, artis wanita sepatutnya lebih menonjolkan pakaian bersifat tradisional seperti kebaya moden apabila menghadiri acara besar dan berprestij seperti majlis penganugerahan.

Kata beliau, ia bukan sahaja membuatkan pemakainya kelihatan lebih menawan dan sopan, tetapi turut menampilkan ciri-ciri kewanitaan, sekali gus memperkasakan fesyen kebangsaan.

gambar dicilok dari blog SINI...mekasih...

ulasan aku...hurmm...memana anugerah aku nengok skang yang menghadirinya berlumba2 dedah sana sini..salah satunya tuuuu gambar kat atas adik beradik tiga orang tu...2 kemban...satu tutup sikit...sib omaknya tutup seme...kalu maknya kemban gimana...sure orang kata gini..."dah omaknya gitu, tak leh nak wat apa la...huhuhu...so tepuk dada tanya selera...

sampaikan pak aziz sempat melawak lagi tuuu..."kenyang saya malam ni...hahaha...ye ar, nengok meke2 yang naik pentas berkemban...maunya dia tak kenyang mata...hahahaha....

gambar ni plak dari SINI

notadijariku: agaknya negara kita kekurangan kain kut...E.N.T.A.H la...tak tau nak cakap pe...

13 comments

Sunday, December 26, 2010 8:41:00 PM

owh..meke ni rupanya. tp ramai lagi kan yg kemban kemban nih. nak pegi mandi tepi sungai gamaknya neh. huhuhu

Sunday, December 26, 2010 9:07:00 PM

Kalu bdan tu ramping... molek.. sedap²xpe gak... mcm rozita cik wan tu.. nie alahai...tgkpun x lalu.. nampak mentahnya lahai... Paham..sportingggtapi berpada²laa.. Ape agaknya perasaan mak dieryek...kain berlambak jualkat jln tar tue..4hengget semeter pun ade kaluxtop up..hahah

Sunday, December 26, 2010 9:15:00 PM

http://www.ohbulan.com/wanita-seksi-yang-buat-aziz-satar-satu-dewan-kepanasan-di-anugerah-skrin-2010/#more-10599

ni lagi dasat kot??

semoga ALLAH menjauhkan kita dan keluarga kita semua dari sifat2 seperti ini dan semoga ALLAH memberi hidayah kepada mereka.. aminn..

Sunday, December 26, 2010 9:22:00 PM

yg mak nye elok bertudung,suh la anak tu pakai sopan,pe slh nye..

Sunday, December 26, 2010 10:47:00 PM

dewan mlm tu tak pasang ekon.....

dan kebetulan...bulan ni...kilang pakaian di malaysia ditutup..operasi check stock... ehehehehhehehehe

Sunday, December 26, 2010 11:36:00 PM

hmm..diorg bangge tu pki cenggitu ;p

Monday, December 27, 2010 12:09:00 AM

negara kita kainnya terlampau cukup mungkin sebab terlampau panas sebab tu kemban-kemban gini. hehehe.

Monday, December 27, 2010 7:36:00 AM

ehe.. kelakar dngar pak aziz ckp mcm tu.. sy yg mlu

Monday, December 27, 2010 7:42:00 AM

Nasib baik la ena tak tengok, kalo tak sure mulut ni duk ngomel deme2 ni pakai baju tak cukup kain.. sian, org2 yg susah2 tu.. tukar baju setahun sekali pun belum tentu.. kalo ada pun baju yg org sedekah...

kalo setakat pakai tu utk diri sendiri tak pe jugak.. ni utk tayangan UMUM.. dah melibatkan org lain pulak.. haihhh!!

Monday, December 27, 2010 11:20:00 AM

mmg patut pn kena sound...pakaian tu mmg seksi gilossss...yg last skali tu hubby akak siap ckp..die pk g-string tu..sbr je la..tk malu tul..dh la pki color putih

Monday, December 27, 2010 3:12:00 PM

salam...

aiseymen...makin patut kene tutup makin banyak yg terbukak. nasib baik tak tgk mlm tu..

Wednesday, December 29, 2010 4:34:00 PM

adek bradek tetek kecik ni pun nk tayang jugak ...laayyyannn

Post a Comment