Friday, December 24, 2010

Loghat

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara
loghat utara dengan loghat pantai timur?


Jawapannya: Loghat pantai timur
(Kelate) adalah munasabah Bahasa Melayu standard.

“Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di

situ didapati emaknya tiada.”

Loghat Utara (kedah):

“Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak”.

Loghat Pantai Timur (kelate):

“Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok.”



KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak

ada memang munasabahlah! hahaha…

___________

tapi dilahirkan dalam keluarga 3 negeri pantai timur...aku takde masalah dengan loghat belah pantai timur ni...
dan berkahwin lak ngan orang loghat utagha..so takde jugak masalah...hehehe...
selamat bercuti semuaa....

6 comments

Friday, December 24, 2010 10:54:00 PM

wah wah terharunya...bahasa kita loght berbeza...rasanya yang baku tang bunyi a ja utk org utaqa noooo.

Friday, December 24, 2010 11:24:00 PM

mummy org utara..abah org kelantan..so sy paham dua2 :)

Friday, December 24, 2010 11:37:00 PM

tapi suka ngan loghat kat sini..esp kedah dan kelantan..

kalau kat sarawak lain plak bunyinya.

Friday, December 24, 2010 11:46:00 PM

kadang-kadang loghat utara dengan timur macam nak sama je.. boleh ar cakap skit skit.. kalau pekat tu memang susah ar heehee

Saturday, December 25, 2010 12:40:00 PM

sume loghat paham...tapi nak bcakap xboleh...

liat betul lidah....

Saturday, December 25, 2010 3:49:00 PM

akak owhang utaqa

Post a Comment