Tuesday, December 14, 2010

Say No To Lipas!!!


ritu masa balik dari keje..lepas parking kereta...aku kuar...aku ni jenis tebiat suka nengok cermin kereta, bekki2 tudung seme...
sekali masa dok asyik membekki tudung tu, terpandanglah anak² kecil sedang merayap² dalam kereta yang terpaksa aku resiakan...siyes...melatah mak tau...terus laung nama si suami...suh saksikan apa yang aku nampak...
korang nak tau apa yang aku nampak??anak² lipas sedang berpesta...bukan seekor dua, malah berekor²...
tu baru kategori anak²...kalu mak pak datuk nenek gimana agaknya...
arghhh ai hate lipas ok...busukkkkk...
hurmm....bukan nak cakap la...sebelum ni, aku pun, eh kereta kami pun pernah mengalami perkara gini..
beselah ada anak kecil...tak pat nak elakkan la...tetambah yang suka makan kat dalam kereta...
puas dilarang...gitu jugak...sudahnya lipas bermaharajalela...

lemas weii, bila nengok lipas...riso pun ada...takut meke² ni terlebih rajin dok gigit sana sini...
tetiba dok gigit wayar ke apa ke, tak ke jahanam sikit demi sikit kereta tuu...
aku sayang benar ahbang wira aku ni...walaupun ianya hanya kereta buatan MALAYSIA...
proud to be malaysian la...tetiba jek kan...

dan ritu, adalah seorang kawan hubby yang perkenalkan produk co go dari CNI untuk membasmi lipas² yang bermaharajalela dalam kereta itu...sembur memalam la kan...pagi soknya nengok mayat bergelimpangan di sana sini...sangat puas hati la...

gambar dari gugel sana...

 
CO-GO
PEMUSNAH SERANGGA MERAYAP

Semburan Serangga Merayap Co-Go menggunakan etanol sebagai pelarut. la mengeluarkan bau harum yang tidak berbahaya kepada manusia. Semburan Serangga Merayap COGO berkesan untuk membunuh serangga Invertibat seperti lipas, lalat, semut dan kutu.

Prinsip bertindak: Sembur lapisan nipis. Pelepasan perlahan-lahan. Kesan Berpanjangan.

Kandungan Utamanya: Piretroid sintetik, tidak berbahaya kepada kesihatan manusia.

MENGAPA CO-GO ISTIMEWA?
Racun serangga biasa bertahan beberapa jam sahaja. Perlu disembur ke udara dengan banyak, mengancam sistem pernafasan manusia. Amat busuk. Mencemarkan persekitaran (kesan minyak). Tidak dapat mencegah pembiakan serangga, berbahaya kepada binatang peliharaan. Berbahaya kepada tumbuh-tumbuhan.

SEMBURAN SERANGGA MERAYAP CO-GO
Kesan berpanjangan 1 bulan. Semburan ditempat berserangga. Berbau harum. Tidak mencemarkan persekitaran. Mencegah pembiakan serangga. Tidak berbahaya kepada binatang peliharaan. Tidak berbahaya kepada tumbuh tumbuhan.


KESAN EKONOMI
Dihasilkan dengan teknik pelepasan perlahan lahan untuk mencapai kesan berpanjangan. Biasanya kita menyemburkan dengan kuantiti yang banyak untuk beberapa ekor serangga. Cara ini bukan sahaja mencemarkan persekitaran dan mengancam kesihatan manusia, malah membazirkan wang ringgit. Anda hanya memerlukan sedikit semburan CO-GO untuk mencapai kesan membunuh dan mencegah serangga yang berpanjangan.

Cara menggunakannya:
1. Semburkan di sarang serangga secara dekat atau terus pada badannya.

2. Semburkan pada objek yang kering sahaja.

3. Jangan sembur ke udara mengelakkan pembaziran.

4. Jangan sembur pada perabot dengan permukaan bersyelek, etanol boleh dilarutkan syelek dan menyebabkan warna perabot berubah.

5. Jika terkena pada mata cuci dengan air bersih.

6. Bekas termampat, jangan dicucuk.

CO-GO membunuh:
1. Lipas: Semburkan dikawasan persembunyiannya.

2. Kutu anjing: Semburkan dikawasan telinga, perut atau seluruh badan.

3. Semut: Hanya sembur di lubang semut.


 
hurmm...korang pernah guna tak CO-GO ni???
 
notadijariku: aku ingat nak sajes kat ahbang yang kete aku citer kat atas tu..
bukan pe, beliau ramai anak kecik...tak bagus lipas bermaharajalela gini...
dikhuariti masuk telinga ke apa...haihh...

21 comments

Tuesday, December 14, 2010 10:40:00 AM

huhu
kalo sy..
saya bakar terus kite tue..
then sy beli keta baru..
nk jgk x???

Tuesday, December 14, 2010 10:41:00 AM

@Lelaki Ini
umar...bak duit sikit...ahkak memang nak beli kete baru ni...dah aim dah...cehhhh

Tuesday, December 14, 2010 10:44:00 AM

arrr lipas.. sebut pun dh geli..huhu..

Tuesday, December 14, 2010 10:45:00 AM

Eeeuuuwwwww...aku mencik lipas.

Ko tak jual ker penyembur lipas nih, aku nak beli ah.

Tuesday, December 14, 2010 10:51:00 AM

@Mama Hanim
geli kan..argghh tak suka la...

@fiza
weii aku bukan stokis CNI...
so mana ada aku jual...
ko p beli kat CNI sana...hehehe

Tuesday, December 14, 2010 10:56:00 AM

dalam kete dia dok berumah.bahye tu.hehehe. x pnh plak tgk brand go go nie. btw, my blog dah hilang. geram tul!!!

Tuesday, December 14, 2010 10:56:00 AM

ewwww lipas geli...bygkan tgh2 drive dia kuar,mau kaku wooo...nak kena g cari ni,kat ofis gile banyak cik lipas2 ini

Tuesday, December 14, 2010 11:00:00 AM

kita mmg lama dah guna Co-go ni kak,mmg puas hati..bau dia pun tak kuat..sembur kat dlm umah, jgn kata lipas, semua binatang pun mati.. sgt puas hati..

Tuesday, December 14, 2010 11:13:00 AM

sy pon jenis pantang nmpk lipas...
asal nmpk je rasa nk bunuh...asal nmpk rasa nk pukul... owhh pantang la..

Tuesday, December 14, 2010 11:27:00 AM

nanti gaji aku nak kirim kat kau ek..

Tuesday, December 14, 2010 11:27:00 AM

o0o kesan jangka masa panjang ek ...wahhh
bleh beli nih .. keta dulu mmg byk mende ni sbb dulu dok sentul slalu kena parking kat tong sampah...
keta skrg leh cegah ....

Tuesday, December 14, 2010 11:46:00 AM

hahahahha! takpenah guna cogo ke ngongo ke sebab ieda jenis tangkap lipas kunyah dalam mulut terus, hahahaha! tipu2 :)

Tuesday, December 14, 2010 11:49:00 AM

oh noooo..lipas is my biggest fobia..

Tuesday, December 14, 2010 12:01:00 PM

@SafaRi09
haah la ilang...goner jadi gitu mat???

@Hidayah
cari jangan tak cari...

@Sricahaya
bagus kan produk ni...tak sesia mencuba..

@cikbedahlaser
owhh...memang pantang jumpa ni...

@Mrs. Hakim
erkk...naper ko nak kirim kat aku lak...aneh ni...

@eima
berkesan la, mayat2 bergelimpangan...hehehe...

@Ieda Al-Habsyi
dik ieda, sok ko datang umah akak...
kat dapur banyak lagi ko lupa nak kunyah ni...

@zetty
hehehe...baruku tahu...KANTOI...

Tuesday, December 14, 2010 12:03:00 PM

**menjawab soalan anda di blog

Ye. Nursery Generasi

Tuesday, December 14, 2010 12:17:00 PM

eii kak,

geli lipas lagi2 yg dah jadi abah mak nenek atok tu rasa nak pengsan pun ada

Tuesday, December 14, 2010 12:18:00 PM

ni mesti kereta bersepah ni..heheheheh

Tuesday, December 14, 2010 12:37:00 PM

kt rumah aku manyak habuk.. nyampah betul!!

Tuesday, December 14, 2010 12:43:00 PM

hehe aku ada wat entry
pasal lipas
lipas ni ada warganegara tau
bese2 kt dlm kete tu lipas jerman
ritu aku ada try gel apa ntah
org kasik mmg mujarab abes mati tekangkang seme lipas

Tuesday, December 14, 2010 12:57:00 PM

hilang sebab awek magribi punyer pasal kot.hahaha. skunk, dah ada balik pun

Wednesday, December 15, 2010 3:16:00 AM

haha..penah gune ini...sangt2 la bekesannye, sembur kat lantai pon, lipas tak berani nak pass..
siyes, tak suke lipas...eeeeii....

Post a Comment