Thursday, December 30, 2010

Good Bye 2010 | Welcome 2011

hurmm...aku mendengus panjang...sedar atau tidak tinggal esok sehari jek lagi tahun 2010 akan pergi meninggalkan kita...(esok plak cuti...cuti akhir tahun...jumpa lagi tahun depan...)selamat tinggal 2010...selamat datang 2011...eh tak terlalu awalkah untuk aku buat pergulungan...tapi takpelah, sementara aku masih ingat ni, baik aku mencoretkan sesuatu di tahun 2010 ini...

bagi aku tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan yang terindah buat aku...walaupun tak seindah tahun 2009 yang mana aku dikurniakan seorang putera yang merupakan pelengkap keluarga kecil kami....namun 2010 jugaklah aku rasa kehilangan seseorang pegawai yang telah pergi buat selamanya...kehilangan itu ini...tapi aku masih disini...yang terjadi tetap terjadi...biarkan ianya berlalu....

aku rasa korang pun tentu ada kisah suka dan duka korang tersendiri kan...dan bagaimana dengan korang punya azam???adakah semenya tercapai...ha...cakap pasal azam...asal nak masuk tahun baru jek sure perkara pertama yang akan diperkatakan adalah pasal azam...tak caya...korang nengok ar awal tahun nanti, sana sini akan up sal azam 2011....kalu aku so far, lum ada azam lagi takat hari ni...cehh...cam idup takde matlamat lak kan...siyes, aku tak suka nak berazam tuk lakukan sesuatu yang aku tak leh janji dapat tunaikan...bagi aku biarlah aku berazam tuk sesuatu yang aku betul2 boleh buat...erkkk aku cakap cam minachi plak...arghhh lantak la, janji aku paham...hahaha...

so seperti tahun yang sudah, aku akan buat pergulungan kisah suka dan duka yang berlaku sepanjang tahun...seperti di entry INI...jom layan n3 cecah wall pada kali ini...

dimulakan pada 28 Januari 2010 buat sekian kalinya kami ke langkawi sekali lagi untuk menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 4...syukur kepadaMU ya Allah di atas rezeki yang diberikan...


dan pada 12 Februari 2010...aku dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa satu satunya adik lelaki ku itu...bukan kemalangan kereta tapi kemalangan yang telah menyebabkan pehanya sedikit terkoyak...

keadaan tempat cedera sebelum dijahit...

dan keadaan selepas dijahit...bleh tahan kemas la jahitan dia kan...hehehe...

2 Mac 2010, besday my hubby...tapi nan ado sambutan..hanya ucapan romantik ala jentik2 sebagai pengganti diri ini...aler apa ada pada sambutan...yang penting sekali ada ucapan sebagai tanda ingatan kan bang....weee.....

jangan terpedaya dengan angka di atas  kek tersebut...nampak muda benor kan...hahaha...

tanggal 20 Mac 2010, merupakan ulang tahun kelahiran yang pertama buat HADIF NASR IRFAN...tiada sambutan yang dibuat kerana bajet yang agak berkurangan….namun rezeki itu tetap ada…dan buat pertama kalinya juga kami sekeluarga berpeluang menaiki helikopter semasa berlangsungnya karnival wow putrajaya...aku rasa inilah hadiah yang terindah sempena hari lahir dik irfan ini...



hepi besday kakak…7 Mei 2010…genaplah 3 tahun umur puteriku ini…hanya sebiji kek dan sebuah basikal sebagai adiah sempena hari lahirnya ini…

kek 2 dalam 1...oklah tu...berkongsi kan amalan yang mulia....hehehe...


pada 2 June 2010, dalam perjalanan pulang ke putrajaya dari kampong di penang….kami telah menyinggah ke Cameron Highlands…dah alang2 satu jalan jek kan…kalu idak tah bila la nak pergi sana 4 beranak…

jalan jalan cari pasal diteruskan lagi…dan pada 13 June 2010 kami sekeluarga menyinggah pula ke Colmar Bukit Tinggi semasa dalam perjalanan pulang ke putrajaya dari kampung halaman di jengka...

ingat lagi tarikh  29 June 2010...wishlist yang pertama buat tahun ni berjaya ditunaikan...sebuah sofa baru pengganti sofa yang telah uzur dimamah tahun...

sofa lama yang semakin uzur...

telah ditukar kepada sofa baru yang masih bergetah...hahaha...

28 Ogos 2010…hari kelahiranku yang ke 29 tahun…no card, no cake and nothing but thanks to hubby for suit ucapan…hehehe, mana taknya besday tahun ni jatuh bulan puasa...so belanja berbuka kat luar jelah....

pada 7 September 2010, suasana sedih mula terasa bila mana kami di pejabat telah menerima berita yang Capt Zaini telah terlibat dalam nahas kemalangan udara dan beliau telah ditempatkan di Hospital Johor Bahru…

keadaan pesawat yang terlibat dalam nahas tersebut...

10 September 2010 selamat hari raya aidilfitri…sangat seronok kerana tahun ni merupakan kali kedua kami menyambutnya 4 beranak…dan tema pada tahun ini adalah PINK...jambu kan dua lelaki lelaki itu...hahaha...

23 September 2010 tarikh yang tidak dapat dilupakan....kesedihan menyelubungi kami di pejabat apabila menerima berita pemergian Capt Zaini ke rahmatullah…dan pada hari pengebumiannya…aku dan pegawai2 yang terlibat ke rumah arwah di Jitra, Kedah dengan menaiki King Air milik DCA...

23 Disember 2010…buat pertama kalinya selama 4 tahun menjadi suami isteri, kami dating berduaan…nengok wayang, buat wayang di Mid valley…citer pilihan, HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH…

dan tahniah buat HARIMAU MALAYA diatas kejayaan mereka menjulang Piala AFF Suzuki malam tadi...dan 29 Disember 2010 menjadi saksi...adiah terindah buat NEGARAKU untuk penghujung tahun 2010...

30 Disember 2010 ari ni kerja macam biasa....

dan yang pasti 31 Disember 2010 PM kita telah mengumumkan public holiday buat rakyat Malaysia...weee.....

notadijariku: aku tau, rini seme blog akan kecoh sal kemenangan ini...tak caya???sila cek skang...weee...

11 comments

Thursday, December 30, 2010 8:22:00 AM

yea yeaa esok cuti! hehe..

oooh dh buat pergulungan, ok la buat hari ni, esok org cuti kan..

byk pahit manisnye kan..kenangan 2010~

Thursday, December 30, 2010 8:33:00 AM

weee... mesti la cite pasal bola... menang 1st time tu... bangga weh...

hepi new year... wish siap-siap... sok lusa akak bz kat majlis pengantin ;p

Thursday, December 30, 2010 8:37:00 AM

byk kenangan pahit n manis sepanjang thn 2010...selamat tahun baru...

Thursday, December 30, 2010 8:44:00 AM

cik mot.. takutnyer tgk peha y terkoyak tu... apa pun... alhamdulillah..kt selamat menharungi tahun 2010.. ehhh.. esk sehari lg...

semoga thn baru y akan menjelma akan memberi kita pluang kehiupan y lbh baik dr thn sebelum2 ni...

kebetulan n3 cik mot lbh krg j dgn lya...

Thursday, December 30, 2010 8:45:00 AM

gulung izan jgn tak gulung.. hehe.. ena jer memg tak pernah gulung apa2.. gulung tikar jer la kot ;p

Thursday, December 30, 2010 9:12:00 AM

penutup yg mans - malaysia juara! hehehe..

#amik la, laju dowh trafik dia..heheheh

Thursday, December 30, 2010 9:19:00 AM

huhu...nk wat pergulungan camnih...mau makan masa 3ari 3malam...ngeee

Thursday, December 30, 2010 10:25:00 AM

suke tgk gmbr raya tu.. irfan muke ketat.. comel je.. hahahah

Thursday, December 30, 2010 10:45:00 AM

kalo kat kedah, bila cuti jatuh ari minggu, hari jumaat, maka dapat satu lagi cuti ganti hari ahad...horeeyyyyy

Thursday, December 30, 2010 12:11:00 PM

sbr la kak ..mcam2 kenangan ada
kte bukak lembaran baru ekh.
ingat azam baru OK huhu

Thursday, December 30, 2010 3:20:00 PM

nk gulung 2010 dah gulung dah..rumusan plak bleh dak....2011 pasti kena sambar jugak belalai...

Post a Comment