Sunday, December 5, 2010

Tuala Wanita Dalam Rahim???Agagaga...


berita penuh dari SINI

TASEK GELUGOR: Seorang ibu muda menderita kesakitan selepas melahirkan anak sulung kira-kira dua minggu lalu, berikutan tuala wanita yang dipercayai digunakan ketika proses kelahiran anaknya tertinggal dalam rahimnya.

Nurhidayah Abdul Hamid, 24, dari Permatang Sungai Dua di sini, melalui pengalaman yang memeritkan beberapa hari selepas dia dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mohd Abdul Muhaymin Mustafa, 24, mendakwa isterinya melahirkan anak perempuan secara normal pada jam 10.53 malam pada 15 Julai lalu, sebelum dibenarkan pulang dua hari selepas itu. Apabila berada di rumah, kesakitan yang dialami Nurhidayah semakin serius.

Kakitangan Telekom Malaysia itu yang turut demam, dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Dua untuk mendapatkan rawatan, Jumaat lalu.

Doktor hanya memberikan antibiotik, ubat demam dan batuk kerana menyifatkan kesakitan yang dialami wanita itu perkara biasa bagi mereka yang baru melahirkan anak.

Berikutan Nurhidayah terus mengalami kesakitan dan sukar untuk berjalan, Mohd Abdul Muhaymin membawa isterinya ke sebuah klinik swasta Isnin lalu, sebelum diminta merujuk ke Hospital Kepala Batas (HKB).

Apabila pihak hospital melakukan pemeriksaan ke atas isteri saya, doktor mendapati tuala wanita yang dipercayai digunakan menahan darah masih dalam di rahimnya, katanya di sini.

Selepas tuala wanita itu dibuang, Nuhidayah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), Butterworth, kelmarin, untuk rawatan susulan. Ibu muda itu kini masih dirawat di HSJ dan keadaannya dilaporkan stabil.

Mohd Abdul Muhaymin mendakwa seorang pegawai dari HPP menemuinya petang kelmarin berhubung kejadian itu.

Pegawai berkenaan mengakui berlaku kesilapan petugas HPP dan memohon maaf di atas kejadian berkenaan, katanya.

Beliau yang kecewa dan kesal dengan kejadian itu, mendakwa kejadian berpunca daripada kecuaian doktor dan jururawat yang mengendalikan kelahiran anaknya.

Berikutan kejadian itu, Mohd Abdul Muhaymin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara di Kepala Batas, Isnin lalu.

Saya akan mengambil tindakan undang-undang kerana kejadian itu, menjejaskan kesihatan isteri saya. Sepatutnya kejadian itu tidak berlaku jika pihak berkenaan menjalankan tugas dengan berhati-hati, katanya.

Beliau berkata, kejadian itu meninggalkan pengalaman pahit terhadap isterinya yang melahirkan anak sulung dan harus menjadi pengajaran kepada hospital berkenaan untuk memastikan perkara itu tidak berulang

______________________

kalu lah menda ni terjadi kat aku...tak terluah aku nak citer camner...
hurmm...sakit bersalin tu satu hal...
sakit lain plak kena tanggung atas kesilapan orang lain...
cmner tu...
tak tergamak weii nak toreh perut berkali2...
cukuplah sekali...tu pun ngeri masih terasa...hahaha...

notadijariku: what say you???

8 comments

Sunday, December 05, 2010 11:35:00 AM

nie bukan pertama kali blaku kan. napa la cuai sangat. takut kene nyakit lain plak nanti. saman jer.biar rasa.

Sunday, December 05, 2010 12:16:00 PM

salam.. ni kena cek doc ada sijil ke tak macam hari tu

Sunday, December 05, 2010 2:21:00 PM

saman!!!!..biar jadi teladan supaya perkara seperti ni tak berulang

Sunday, December 05, 2010 2:48:00 PM

Safari09
mat, mung suh aku ke g saman ni...hehehe

brutalsolo
tulah tu, jangan2 doc tak bertauliah..haihh...jangan jadi kat diri sendiri susah...takuttt

mata hati
ok, nak p saman jap...

Sunday, December 05, 2010 4:14:00 PM

x bek gelakkan org...

Sunday, December 05, 2010 5:51:00 PM

uish senggal....kalo gunting tertinggal tu..lagi naya...

Monday, December 06, 2010 9:03:00 AM

cuai betol lah.. sblm jahit tu x cek dulu ke?? ni nk marah nih..

Monday, December 06, 2010 9:50:00 AM

sssoooo ngeri la kak...

Post a Comment