Thursday, January 20, 2011

Apabila Wanita Derhaka...Dunia Lelaki Akan Jadi Huru Hara...


hurmmm...salam semua...ari ni satu entry pun aku tak up...sebabnya sibuk benar hari ni...tak sempat nak bukak tenet pung...tapi tak kisah punya sebab aku bukan blogger tegar tak kira tempat masa dan ketika...aku pun ada privasi jugak kan...takdenya sampai dalam toilet pun mau update...hahaha...tak tenang nak wat kerjaan satu lagi tu...

so cuti hari ni kemana korang???aku plak pepagi dalam jam 10 gitu p mandi manda plus piknik kat kaki
Gunung Nuang kat langat tu..selalunya p piknik kat sungai congkak atau sungai gabai...tapi kali ni saje nak rasa suasana tempat baru plak...hehehe...tapi aku tak mandi pung...susahlah...leceh dan sebagainya...so takpe, biarkan anak2 dan somi jek merasa kesejukan air kat situ...

^____^

eh oklah, dah melalut dalam dua perenggan tu...berbalik pada tajuk asal...
what say you???betul ke dengan tajuk aku tu...eh aku bukan saje2 nak buh tajuk tu tau...tapi ada seseorang yang rekues nak nengok puisi yang pernah aku buh kat blog ni sebelum ni...katanya nak kasi kat suami dia...
so aku ni jenis takmo hampakan permintaan orang...dan disebabkan dia malas nak search, aku rajinkan diri up balik puisi yang aku pegang selama ni...aku sangat suka akan bait2 ayat yang terdapat kat dalamnya...
ni puisi yang aku maksudkan itu...

WANITA AKAL SENIPIS RAMBUTNYA
Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walaupun ada segalanya
Apa yang tidak ada dalam syurga
Namun…
Adam tetap rindukan Hawa
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu,
isteri ataupun puteri
Dijadikan wanita itu dari tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tapi kalau sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok
Menghasilkan bayang-bayang yang lurus
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka semakin liar
Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan
Nantinya mereka semakin menderita
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Disitu punca kekuatan dunia
AKAL SENIPIS RAMBUTNYA
Tebalkan dia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera
Hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
Mereka lihat nialaian dan keadilan Tuhan
Bisikkan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Ia bukan dikriminasi Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pastikan tidak terhibur dan tidak menghiburkan
Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus
Bahkan akan terus membengkok
Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya
Apabila wanita derhaka
Dunia lelaki akan huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharap ketaatan
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Illahi
Pimpinlah dirinya sendiri kepada-Nya
Jinakkanlah diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu

“JANGANLAH MENGHARAP ISTERIMU SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHARA
ANDAI PERIBADIMU TIDAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARAM ALLAH WAJHAH…”

semoga kita semua mendapat hidayah daripadanya...renung-renungkan...selamat beramal...

notadijariku: MJ yang sepi....hurmmm....

7 comments

Thursday, January 20, 2011 8:56:00 PM

Mj sepi la best..romantik..hahahaha

Thursday, January 20, 2011 9:13:00 PM

akak,puisi errr sajak errr kata2 tu kan,mengingatkan zaman kat jengka.sbb snggup print tampal kat dinding bilik asrama huhu.tp mmg best kan kata2 tu...

syoknyer g piknik...

Thursday, January 20, 2011 9:30:00 PM

@MrS. F!zA
best apanya...sob sob...

@izan_cute
hehehe...ni dari jengka dulu la ni...rindu ar zaman studi dulu...tapi naper masa studi dulu tak pernah nampak izan pun ek..aneh...walhal akak glamer ni...hahaha...
best woo piknik...banyak ikan kami bakar tadi...kambing pun ada...

Thursday, January 20, 2011 9:32:00 PM

hehe,siapalah izan yg comot dan cinonet ini utk org glamer cam akak kenal hehehe...

jeles2,izan betapa je kt rumah dgn anak2 hukhukhuk

Thursday, January 20, 2011 9:36:00 PM

@izan_cute
hahaha...comot tu nama timangan akak dik izan oiii...
hehehe...
aler, kalu izan dekat leh join sekali....tapi nun jauh disana...akak pun lama tak balik pahang ni...ishhh....

Thursday, January 20, 2011 10:07:00 PM

puisi ni mendalam maknanya.. hanya yg bijaksana dpt menafsirkan maksud puisi ni..

sya ni bukan jenis bijaksana..cuma tahu baca tanpa fikirkan maksud tersirat...tetete

Thursday, January 20, 2011 10:10:00 PM

@Mata Hati
hai MH...pe kabar hari ni...
cari saya ke hari ni???hehehe...

Post a Comment