Monday, January 24, 2011

Bukan Diriku TETAPI Kejora Dan BintangI


salam semua...
owhhh, ari ni merupakan episod last sinetron BUKAN DIRIKU tuu...dan esok akan bermulanya citer baru yang bertajuk KEJORA DAN BINTANG...lakonan BAIM WONG jugak...sesapa yang minat baim wong tuuu jangan ketinggalan ye...aku???layan jek citer yang ada sekadar mengisi masa lapang time balik keje menunggu aktiviti seterusnya...wahhh, cam lapang beno aku ni kan balik jek dari keje...hahahaa...

ok, ni serba sedikit info sal citer terbaru ni...aku tempek sini senang...sok2 aku sendiri nak review kan...mana la tau....lalalala...
Sinetron hebat 72 episod yang telah mendapat sambutan hangat di Indonesia ini dibintangi oleh barisan pelakon yang berbakat besar yang semakin mendapat perhatian iaitu Alyssa Soebandono yang membawa watak sebagai Kejora, Rachel Amanda sebagai Bintang, Baim Wong sebagai Erlangga, Lucky Perdana sebagai Fitra, Mathias Muchus sebagai Ryan, Cut Keke sebagai Hanifa, Eva Anindhita sebagai Janet dan Mieke Wijaya sebagai Nenek Gautama.

Kejora Dan Bintang mengisahkan tentang seorang gadis bernama Kejora (lakonan Alyssa Soebandono) yang memiliki segalanya. Beliau seorang gadis yang cantik, ceria, bersikap optimis dan lahir dalam keluarga yang berada. Kejora juga memiliki seorang adik perempuan bernama Bintang (lakonan Rachel Amanda) yang menghidap autisme tapi sangat mahir bermain piano. Ayahnya, Pak Ryan (lakonan Mathias Muchus) merupakan seorang ahli perniagaan yang cukup dikenali di Jakarta. Ibunya pula sudah meninggal dunia. Setelah kematian ibunya, Pak Ryan menikahi Hanifa (lakonan Cut Keke) seorang janda beranak satu bernama Janet (lakonan Eva Anindhita).

Suatu hari, Kejora pulang ke rumahnya di Jakarta. Walau bagaimanapun, bagasinya telah tertukar dengan bagasi yang dimiliki oleh Erlangga (lakonan Baim Wong) yang merupakan cucu kepada Nenek Gautama (lakonan Mieke Wijaya) yang kaya raya. Erlangga ialah seorang pemuda kacak yang manja tetapi agak sombong dan keras kepala. Kejora tidak mengetahui yang Erlangga sebenarnya merupakan teman lelaki kepada Janet; saudara tirinya. Kejora terpaksa berhadapan dengan sikap sombong dan angkuh Erlangga akibat insiden tertukar bagasi. Apakah perkembangan perhubungan mereka? Adakah mereka akan saling membenci ataupun benci bertukar menjadi cinta? Sama-sama kita saksikan.

Jangan lupa saksikan kisah Kejora Dan Bintang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 25 Januari 2011 di Astro Ria menerusi saluran 104.
eh oklah...tak sabar nak nengok gimana akhirnya sinetron BUKAN DIRIKU ni...sedar tak sedar dari mula episod pertama tu aku layan...yang sinetron baru ni tak taulah...tu diaaa....sampai 72 episod tu...kata orang, citer ni cam copycat dari citer korea tajuk BRILLIANT LEGACY..entah la, tak tau lak sejauh mana kebenarannya even aku kipas susah mati korean drama ni..
sesama la kita saksikan...tunggu aku abis nengok citer brilliant legacy tu baru leh wat komen balas...cehh...hehehe....

daaaaa.....

notadijariku: cehh...dah jadi cam duta sinetron dari seberang la plak...aigooo....

4 comments

Monday, January 24, 2011 12:54:00 AM

satu yg leceh sinetron ni, panjang sangat episodnya.
sampai duk menghitung hari bila lah sinetron ni nak tamat

Monday, January 24, 2011 5:27:00 AM

sietron..
gue kadang2 je layan..
ehehheee

Monday, January 24, 2011 8:35:00 AM

baim wong?minatttt giler..
hehehe..x sabar nak tengok kemuncaknyer petang ni..tp cam dah tau jer endingnyer.. hehehe...
*isnin - khamis pun ade sinetron kat TV3 - baim wong ngan marshanda berlakon..sejuta cinta marshanda...hehehe...

Monday, January 24, 2011 12:13:00 PM

cam best jer .. nak tngk lahh :))

Post a Comment