Wednesday, January 26, 2011

Kalu Aku Kata, Dia Ni Takde Otak Punya Orang...Korang Setuju Tak???



SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.

Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.

Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.

Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.

Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut.

“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.

Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.

Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya.

“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.

“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

sumber berita dari myMetro
komen aku:
adik manis, kalu takmo anak tu, tak yah la sampai membunuh...letak la depan masjid ke, kasi kat orang ke...atau letak kat rumah perlindungan...anak tu pun ada hak untuk hidup...naper perlu bunuh dia sampai cam gitu..hurmm....adik manis ni memang takde otak gamaknya...akak sedih la gini...

adik manis tau tak, orang lain nunggu bertahun nak dapatkan anak...tapi adik manis plak, dapat jek anak terus tikam laju2 sampai mati...naper adik manis...kekusutan minda melanda kah???

ye, adik manis, tiap masalah ada jalan penyelesaiannya tau...alahaii...

notadijariku: memang dasar takde otak...aku Elmo OK...

27 comments

Wednesday, January 26, 2011 9:49:00 AM

baru jer baca tadi isu nie kat blog lain. sini pun ada. tapi memang x akal la pompuan nie. kalu x nak sgt pun anak dia, bg jer kat org. hmmm
sedih!!

Wednesday, January 26, 2011 9:56:00 AM

setuju sangat2..

Wednesday, January 26, 2011 9:57:00 AM

100% SETUJU

SMLM TGK DLM BERITA.. RSA CAM SEDIH SGT:-(

Wednesday, January 26, 2011 10:04:00 AM

macam mana dia leh ada anak sedangkan laki dia dalam penjara dah 3 tahun???

Wednesday, January 26, 2011 10:04:00 AM

x gune betul org cenggini..kau kejam! kau kejam! cet!

Wednesday, January 26, 2011 10:11:00 AM

moral nye : kalau marah kat laki... jgn bunuh anak... bunuh je laki tu sekali... laki yg jadi sebab pregnant kan ?

Wednesday, January 26, 2011 10:19:00 AM

setuju,baby kecik cinonit tak berdosa jd mangsa...

Wednesday, January 26, 2011 10:23:00 AM

ish2...dunia²

Wednesday, January 26, 2011 10:24:00 AM

mental problem la tu.. sian baby tu kan.. kucing pun tau sayangkan anak..

Wednesday, January 26, 2011 10:26:00 AM

ye la..ayu pun dgr dlm hot fm pagi tadi..tergezut tul..sanggup tu..tak sakit ke dia beranak? nauuzubillah..

Wednesday, January 26, 2011 10:27:00 AM

meroyan agaknya tekanan hidup. tp dibuatnya kat anak. kejam betul ibu ni X(

Wednesday, January 26, 2011 10:28:00 AM

mcm2 dunia skrg..mak bunuh anak..anak bunuh mak..pastu manusia saling bunuh membunuh..itulah alamtnya dunia akhir zaman...sian bb tue..

Wednesday, January 26, 2011 10:29:00 AM

subhanallah kenapa macam nie...betul kata cik mot org lain tunggu punyalah lama tapi dia senang2 jer bunuh.....
dunia..dunia....nie semua tanda2 nak kiamat

Wednesday, January 26, 2011 10:31:00 AM

dia ni ade masalah mental kot...huhu

Wednesday, January 26, 2011 10:35:00 AM

kita ni masih berusaha keras tuk dapat anak, ini dah lahir boleh bunuh camtu je, aduhhh luluh rasa hati.

Wednesday, January 26, 2011 10:41:00 AM

alamak pandai lynn buat spekulasi..huhuhu

Wednesday, January 26, 2011 10:41:00 AM

eeeeee...bengang tul la

Wednesday, January 26, 2011 10:46:00 AM

gilakkkkkk!

Wednesday, January 26, 2011 11:01:00 AM

aaarrrggh.baik bagi gua anak tu.biar gua jaga baik2.

Wednesday, January 26, 2011 11:02:00 AM

sian bayi tu...bertubi2 kena tikam...

Wednesday, January 26, 2011 11:29:00 AM

dik dia bukan mengong dik .. tapi dia telah mengalami satu penyakit iaitu meroyan selepas ngandung .. penyakit nie memang ada di kalangan ibu lepas bersalin disebabkan tekanan perasaan yg dia x mampu nak kawal .. + dia punye hubby dlm penjara , mak x der dan anak itu adalah anak hasil dia dgn jantan lain .. bukan dgn hubby dia ..
jadi dia tertekan sehingga hilang pertimbangan .. hhuhuhuh

tapi akak still sedihhh sgt2 .. x perlahh biarlah bayi itu tenang di dlm syurga jannah .. aminnnnn

Wednesday, January 26, 2011 11:49:00 AM

bodoh gile!!

Wednesday, January 26, 2011 12:20:00 PM

hanya Allah yg blh mmbalasnye..xpelah,baby tu dah selamat dlm syurga,dari kene dera samapi mati

Wednesday, January 26, 2011 12:21:00 PM

kesian nye baby tuh ..kejam betui aku ade dgr brita semlm ...
yela die pi main ngan org lain time laki die dlm penjara ..mana tak takut ..klu laki die kuar bunuh die plak sbb curang..huhu

Wednesday, January 26, 2011 3:07:00 PM

gila...gila...gila..

Kesian baby tu.

Wednesday, January 26, 2011 3:56:00 PM

sian bb tu taw..wpun bkn warga mesia..tp tu adalah anugerah dr Allah s.w.t

Wednesday, January 26, 2011 11:52:00 PM

bila dh mental disorder... bengong btul..

Post a Comment