Monday, January 17, 2011

La Ikro Ha Fiddin


salam semua...malam tadi aku tido agak lewat...sebab mata ni agak tertarik untuk menonton drama La Ikro Ha Fiddin kat saluran Astro Prima...stat jam 10 malam hingga 12 tengah malam...

ni serba sedikit sinopsis cerita tersebut...


Telemovie hebat lakonan Sharifah Amani, Susan Lankaster dan Zach X- Factor. Script Telemovie ini adalah karya MARIANA HASHIM dan Penerbit FAIZ HELIMI. Akan menemui anda pada hari Ahad, 16 Januari 2011 jam 10 malam. Jangan lupa saksikan di kaca TV anda .


Cerita ini mengisahkan tentang Nurlia, lakonan Sharifah Amani yang sentiasa mengalami masalah dalam hidup dia tapi tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam. Zach X Factor pula membawa watak Dr Edward yang kematian bakal isteri di hari perkahwinan. Susan Lankaster pula sebagai biarawati manakala Fauzi Nawawi pula membawa watak seorang yang menggunakan nama agama untuk kepentingan peribadi.Kemudian, Dr Edward dan Nurlia ni ditakdirkan berjumpa, berkawan, dan mempunyai perasaan antara satu sama lain. Disebabkan berpegang teguh pada agama, Nurlia tidak menerima cinta Edward sehinggalah Edward memutuskan untuk membunuh diri.dalam filem ni zachery francis masuk islam akhirnya...dia pilih nama daud...eh dia bukan mati bunuh diri, tapi si samiri yang tolak dia jatuh gaung...sian dia tau...

La Ikro ha Fiddin dalam bahasa Arab membawa maksud, Tiada paksaan dalam beragama iaitu di petik daripada Al Quran ayat 256 Surah Al Baqarah yang bermaksud “La ikro ha fiddin…” “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)”; dan sambungan ayat tersebut “sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

komen aku...bagi aku citer ni banyak mesej tersendiri yang hendak disampaikan...jalan cerita yang mudah difahami...dan sesekali bila masuk bab sedih, air mata ni gugur jugak tanpa segan...huwaaa....

dan aku tertarik dengan lagu tema citer ni...sedih ar plak...korang dengar la sendiri...  


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

notadijariku: eh tetiba aku jatuh hati pada zachery francis ni...camner???☺

18 comments

Monday, January 17, 2011 8:24:00 AM

akak mmg dah plan nak tgk citer ni, tp tetiba tok umi kelam kabut nak tgk trilogi cinta, rosyam noor berlakon tu, punah plan akak

Monday, January 17, 2011 8:26:00 AM

@MAMASYAZA

insyaAllah akan ada ulangan kak...
beh citer ni...sarat dengan mesej...

Monday, January 17, 2011 8:27:00 AM

mlm tadi tgk 'aku masih dara'

Monday, January 17, 2011 8:30:00 AM

@~aSHa~
citer ni aku nengok cd cetak rompak jek...☺

Monday, January 17, 2011 8:31:00 AM

ena nak tengok tapi tak sempat.. dok wat itu dan ini.. sudahnya ena dengar je kat ujung2 campur ngn riuh endah anak2.. haihh!!

cantk kan amani pakai tudung.. suka sangat tengok.. :D

Monday, January 17, 2011 8:40:00 AM

malam tadi... tido awal esok Senin nak keje... ;p

Monday, January 17, 2011 8:48:00 AM

sebenarnyaaa cikMot nak highlight statment yg last tu, dan terkeluar entry ini secara tak langsung. kita tak tengok, mesti ada ulangan nanti, harus tengok. =)

Monday, January 17, 2011 8:55:00 AM

aku tgk separuh je
xtahan ngantuk
tunggu ulangan la nanti hehe

Monday, January 17, 2011 9:01:00 AM

citer nih mmg best.... sopan plak syarifah amani bila pakai tudung gitu kan??? tp bila ingat pesen dia berkemban kt anugerah skrin tuh, aduhaiiiiiiii.... sabo jerlah...

Monday, January 17, 2011 9:36:00 AM

best ek kak... ala rugi tak tengok.. malam tadi tengok ape ek.. ermnn ulangan raja lawak pastu tengok ape ek.. ntah la hahaahh..

takpe ulangan nanti nak tengok laa akak dah pomot baik punye cite ni kan.. lagipun comel jek tengok amani bertudung.. kannn

Monday, January 17, 2011 9:39:00 AM

takle tengok dow, laki aku konker tv tgk liverFOOL.. hehee

Monday, January 17, 2011 9:42:00 AM

xtengok pon...huhuhu...asik tengok si kecik...alih alih...astro yang tengok kiter...hahah

Monday, January 17, 2011 9:43:00 AM

mcm best gk tp lmbt sgt time tayangan tu....

**dh dpt dh fm&rantai..tq

Monday, January 17, 2011 9:49:00 AM

sy tengok separuh je sbb layan Anda ada 60 saat..hahha

Monday, January 17, 2011 9:49:00 AM

salam ..malam tadi pun kty layan citer nie

sobsobsob.sedih sangat .huhuhuhuhu

Monday, January 17, 2011 10:39:00 AM

tak tengok sbb lewat sangat..mata ngantuk!!!

Monday, January 17, 2011 11:29:00 AM

Hhhhmmm...mcm mana nak tgk, kat uman tak der astro...huhuhuhu...

Monday, January 17, 2011 11:41:00 AM

tak suka ngan zach xfactor..pesal amik die belakon ..eeiii over ...

aku tak tgk lagi... tp semua kate besh aku wat buta mata je kat zach tu

Post a Comment