Monday, January 10, 2011

Menjelang Ramadhan Dan Syawal Tahun Ini..Aku Pasti Akan Merindui Wajah Ini Nan Satu...


jangan betulkan pandangan mata anda...betul la ni...tak tipuu...hehehe..
eh tetiba aku nak citer sal puasa, raya segala pe kess kan...pose tahun lepas pun lum stat berganti...
adehhh...kena mulakan dari sekarang ni...ada 5 hari jek...

yang sebenarnya motip entry aku ni, aku nak citer sal Y.M  Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah... kira cam idola aku jugak la...more to ayahanda buat anak yatim tak berayah cam aku ni....ye ar, puasa dan raya aku lebih bermakna tiap kali tunggu pengumuman dibuat kat kaca telebisyen tau...seingat aku dari aku kecik dan tau apa erti hari raya, pastu remaja, pastu isteri orang sampailah ke mak budak ni kan, aku akan nunggu munculnya ayahanda ni di kaca tb semata nak dengar  pengumuman yang akan dibuat...
cam dah sinonim la, ayahanda dengan pengumuman puasa dan raya...siap leh hapal segala ayat yang beliau nak ucapkan...kan???ternyata memang sinonim sungguh...

tapi berita pagi jumaat lalu buat aku rasa syahdu ar plak...ilang salah satu seri puasa dan raya aku tahun ni...sebabnya ayahanda dah BERSARA....dan akan diganti dengan ayahanda yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini...owhh....makanya, takkan nampaklah dah la muka beliau yang akan muncul 2 kali setahun di kaca telebisyen...sure aku akan merinduinya....

KUALA LUMPUR: Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini.

Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, yang bersara hari ini selepas berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Sabtu Awab, berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

"Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lalu," katanya pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini, hari ini.

Sabtu berkata, Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.

Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.

Engku Ibrahim, 79, juga adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu. - BERNAMA

notadijariku: tetiba rasa sedih menyelubungi diri ini...buat ayahanda...moga sehat selalu hendaknya...

13 comments

Monday, January 10, 2011 8:15:00 AM

alamak dh tk leh tgk engku la lepas ni ek..

Monday, January 10, 2011 8:33:00 AM

yup betul, seingat akak, dari kecik2 lagi dok menatap wajah dia ja setiap kali nak announce tarikh posa n raya, dari dia muda sampai dia dah tua

Monday, January 10, 2011 8:47:00 AM

ala...dah tak syok la dah tukar orang lain..

Monday, January 10, 2011 8:48:00 AM

kalo org muda announce lepas ni..mcm tak cukup feel la...kan

Monday, January 10, 2011 9:11:00 AM

orang dah abis ganti pose dah...yahoo..

Monday, January 10, 2011 9:36:00 AM

hilang la sket seri nak dgr pengumuman puasa dan raya kan...

yela yg lama harus la berganti baru kan..hehe

Monday, January 10, 2011 10:32:00 AM

2 tiga taun lepas cam dah kurang lak tgk pgumuman.hehehe. dengar org bagitau jer.huhuhu

btw, cam ner nak buat no 2 jadi kecik (kata ganda) CM? dulu cam tekan CTRL+ALT+0178 tp x jd jer.salah fomula ker? hehe

Monday, January 10, 2011 10:34:00 AM

hmm tengku tu nak rehat dah..dh nk msk 80 pun umur dia...mana tau yg tukang umum muda beli n cute mute hehe..

Monday, January 10, 2011 10:41:00 AM

haah wajah yg dinanti selalu :-)

Monday, January 10, 2011 11:14:00 AM

@MrS. F!zA
tulah tu...tak berseri la raya tahun ni...sob sob...

@MAMASYAZA
tul tu kak...nostalgia kan...

@eLYies
huhuhu, nak wat camner, sampai ms bersara sudah...

@~aSHa
eh takdelah muda sangat...dah 66 tahun pun pengganti dia tuu...

@mama dhia
ko tolong gantikan tuk akak sekali bleh???

@Fieza79
huhuhu...dah tak berseri dah...gonna miss him la kan...

@CWM Safari
haah, mung salah formula tu...aku doh v formula hok betul kat blog mung der...

@mrs_zura
hahaha, kiut???kita nantikan...

@SyaNa
eh iman sempat kenal tak ngn moyang ni...hehehe

Monday, January 10, 2011 12:21:00 PM

aku selalu jumpa dia ni live semasa semayang terawikh kat pj...

tetiap ari dia ada

Monday, January 10, 2011 12:27:00 PM

hehehehe tengku ngah dh x sihat.. dh tak kuat dh.. kesian die..
tuan danial org nye..bagus... :)
bak kata org opis ni la..
nafas baru la pengumuman raya pasni

Monday, January 10, 2011 12:28:00 PM

oooo.. suda tuka ka.. aisey, best tak nanti cara dia umumkan ek??

Post a Comment