Saturday, January 1, 2011

Perginya Tak Kembali..Allahyarham Faizal Yusup


1.1.11...dikejutkan dengan berita pemergian pelakon Faizal Yusup ke rahmatullah...
semoga roh arwah dicucuri rahmat...Al-fatihah...

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.
Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.
Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.
"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.
Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Berita Penuh Di SINI

4 comments

Saturday, January 01, 2011 8:01:00 PM

sedih .. dan takziah buat keluarga arwah ..

Saturday, January 01, 2011 8:10:00 PM

tu la kan izan.. pemergian yg tak boleh di tahan2 walaupun hanya sedetik.. itu janji NYA.. giliran kita? wallahuaklam..

Saturday, January 01, 2011 9:08:00 PM

al fatihah.

Saturday, January 01, 2011 9:39:00 PM

saya pun terkejut dpt berita ni td. dah la suke tgk dia berlakon. hari ni hari dia,sok lusa ntah giliran sape pula..Al-fatihah buat Allahyarham..

Post a Comment