Sunday, January 30, 2011

Rita Rudaini Tamatkan Sengketa Dengan Mertua


PETALING JAYA: Hubungan yang keruh melibatkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, dengan keluarga mertuanya kembali jernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.

Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini pada malam Khamis lalu apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.

Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.

“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.

Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.


Detik-detik itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Bukan sahaja bermaaf-maafan malah Rita yang kini mengandung lima bulan anak kedua turut menjemput ibu bapa mertuanya itu melawat cucu mereka di rumahnya di Manjalara, Kuala Lumpur pada masa akan datang.

“Kalau mak dengan ayah rindu dekat Rayyan, boleh datang melawat,” kata Rita yang tentunya berasa lega dengan peristiwa bersejarah itu.

Kedua-dua pihak memanjatkan rasa syukur kerana kekeruhan yang berlaku dapat dijernihkan apabila mereka berjaya menamatkan sengketa yang telah berlaku.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada bulan Februari 2008 sehingga menimbulkan kekecohan apabila perkahwinan berkenaan tidak mendapat restu keluarga.

Akibat kejadian itu, kedua-dua pihak gagal mencapai persefahaman untuk berdamai sehinggalah ia berpanjangan.

Selain Aidil Zafuan, kembar bintang bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan tersebut iaitu Zaquan Adha turut memilih artis sebagai isteri apabila bernikah dengan Ayu Raudhah pada 21 Januari lalu.
sumber dari SINI

KOMEN AKU
alhamdulillah...cam ginilah yang kita nak...BUANG YANG KERUH..AMIKLAH YANG JERNIH...dan harap makcik janganlah bezakan kedua menantu makcik tu...sebab bagi saya keduanya cantik...ada sentimental value...eh, kecantikan tersendiri...cantik tu kan subjektif...eh tetiba plak...harharhar...
pepun harap rumahtangga kalian berdua kekal hingga ke ujung nyawa....betul lah kata orang...kekadang, kehadiran cucu tu bleh memautkan kembali hubungan yang telah renggang....kan kan...

9 comments

Sunday, January 30, 2011 8:45:00 PM

yup betul la tu cik mot...
cucu tu penyambung zuriat kan...lgpun takkan tak suka ibunya sampai anaknya pun dibenci...air dicencang takkan putus kan cik mot..hehe
syukur alhamdulillah akhirnya selesai persengketaan :)

Entri Terkini : ‘Spiderman’ terima padah

Sunday, January 30, 2011 9:12:00 PM

harap2 xder la benci sampai kesudah kan...

Sunday, January 30, 2011 9:25:00 PM

aah moga tiada benci sampai biler2 ..
dia dah ngandung anak kedua punnn .. kenapa nak benci kan .. benci punn mereka berdua onn jugakk .. ngandungg punnn ekekekeke

Sunday, January 30, 2011 11:07:00 PM

bgslah dh berbaik...

Monday, January 31, 2011 8:03:00 AM

aduhai..hari ni kuar plak kat paper kisah sebaliknya..macam2 artis ni..

Monday, January 31, 2011 8:07:00 AM

Alhamdulillah!.... akhirnya depa berbaik jugak...

Monday, January 31, 2011 9:03:00 AM

Syukur...Semoga Rita akan terus bahagia dengan perkahwinannya...kesian rita....

Monday, January 31, 2011 9:20:00 AM

mcm tulah... hrp2 dah berakhir seme sengketa tuh... lgpon rita pon tgh peknen skrg nih kan???

Monday, January 31, 2011 10:06:00 AM

alhamdullialah.. ambil yang jernih buang yang keruh..

Post a Comment