Friday, January 28, 2011

Suami Pelakon Wilma Muhammad-Kapt. Mahir Effendi Meninggal Dunia


salam semua...mesti korang ada terbaca sal suami wilma muhammad, kapt mahir effendi yang telah pergi buat selamanya itu kan...ekseli aku pun tahu berita ni petang tadi...tu pun bila ada sorang opismate sms bitau...sebab masa tu aku kat luar opis...terkejut jugaklah...sebab ritu baru jek ketemu sama dia dan isterinya itu...wilma ada datang opis aku ikut hasben dia jumpa timbalan pengarah bos aku tu...eh ada aku up entry sal wilma tu kat SINI...cantik kan wilma sekarang...bertudung lagi...comel jek dia...dan hingga kini aku tak sangka sangat yang kapt mahir telah tiada...al-fatihah....

Jumaat, 2011 Januari 28

PETALING JAYA: Suami pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi,37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tunku, di sini, Khamis, dipercayai akibat serangan jantung.

Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

“Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.

“Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya.

"Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu.

Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat.

notadijariku:hurmm...kami kehilangan sorang lagi kapten yang dikenali...dan yang pasti, ajal maut, jodoh pertemuan...semuanya di tangan Allah...

6 comments

Friday, January 28, 2011 11:32:00 PM

Kesian kat Wilma..
apa2pun takziah pada keluarga Wilma

Al-Fatihah...Amin

Friday, January 28, 2011 11:33:00 PM

Ajal maut sukar diduga kn kak.
Takziah wat wilma sekeluarga.
Al-fatihah

Friday, January 28, 2011 11:58:00 PM

Al-Fatihah..

Saturday, January 29, 2011 12:15:00 AM

alfatihah
harap wilma tabah
lps ni bleh cari keje yg elok utk sara anak
harap jgn la dia bukak tudung utk buat comeback

Saturday, January 29, 2011 12:15:00 AM

alfatihah
harap wilma tabah
lps ni bleh cari keje yg elok utk sara anak
harap jgn la dia bukak tudung utk buat comeback

Saturday, January 29, 2011 1:11:00 AM

al Fatihah

Post a Comment